Friday, 21 March 2025

Rezeki ramadan | julung2 kali menang lucky draw @UIA

hari isnin lps ie 17/3/25, MZ telah menghadiri iftar kat UIA, merangkap sesi prize giving utk lucky draw winners...

gambar tak ikut susunan (random jer ni)...ni juadah iftar (my plate tu)--nasi arab as the main course, sup tulang tu sgtlah sedap!

table -srvice so tak pyh bangun dari table sbb semua mknn terhidang kat bekas ni dan ada catering staff yg hantar nasi, minuman etc

actually sesi penyampaian hadiah berlangsung sblm iftar, nama MZ terpilih as one of winners dlm promo kempen bayar zakat kat unit zakat uia (IEF)...auto entry jer, dan rasanya ribu2 staff yg byr zakat via uia zakat unit ni. selain sesi penyampaina hadiah, of courselah ada sesi ucapan dari rector dan ada sesi tazkirah ramadan dan ada sesi penyampaian bantuan utk students UIA yg layak (asnaf). gmbr from hp my aikol colleague (representing another aikol winner yg tak dpt dtg), syukur ada jugak gambar kenangan.

sambung plak gmbr mknn...ni appetizer ie kuih2 dan buah2...semuanya sedap sgt! jag/termos hitam tu ada hot drink ie nescafe (MZ tak minum).

dpt door gift jugak ie biskut (rasanya tart nanas ni) dan kurma, diletak dlm paper bag UIA yg cantik

ni snap gmbr masa mula2 sampai kat banquet hall tu (dewan dlm UIA)

that's the event!

MZ zoom gmbr hadiah tu...ada 12 lucky winners...hadiah 1st prize tv, MZ dpt 2nd prize ie oven, hadiah 3rd prize garment steamer, saguhati dpt coins wafer habib 0.2 gm. actually, masa dpt call suruh attend event ni, memang organizer tak disclose pun MZ menang hadiah yg mana...so memang suspens sgt!

ni poster promo...kempen tu berlangsung bln Dec 2024...memang kewajipan MZ pun utk byr zakat pendapatan. syukur ke hadratNya kerana MZ direzekikan utk menunaikan rukun Islam ke-4, moga2 MZ dpt terus istiqamah gitu.
simpan sini invitation cardnya...cute sgt!

close-up gmbr hadiah

gigih MZ check harga microwave oven ni kat shopee ;) RM420 harganya. tapi hadiah ni dibeli kat harvey norman KL east (ada sticker/tag), rasanya harga mahal sikit sbb beli kat kedai offline, bkn online. apa2 pun alhamdulillah rezeki.
rasa bertuah sgt (feeling lucky hahhha) sbb terpilih (nama naik) antara ribuan staff...dan bknnya join beria pun sbb auto entry kan--tak perasan pun nama terjoin contest :p... (sbb tak de isi form ke apa ker).

salam hari jumaat di bulan ramadan yg penuh barakah.
moga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.

7 comments:

Cuya said...

Wahh memang bertuah betul akak. Tahniah!

mama tisya said...

tahniah menang lucky draw dpt oven tu..bole baking2 la

Puan Hazel said...

Alhamdulillah mewah rezeki MZ 👍🏻

thisni3za said...

Alhamdulillah..Seronoknya menang hadiah besar =D

Time Traveller said...

Tu diaaa sekali dpt microwave terus.. Alhamdulilah tahniah murah rezeki :D

adnil linda said...

kalau isi dalam nya warna pink, lagi lah MZ seronok nie..
Alhamdulillah, dapat menunaikan rukun islam yang ke4..linda masih belum lagi nie

Ezna Khalili said...

Rezeki ni Suzz. Tumpang happy :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails