Sunday, 30 March 2025

Sehari sebelum raya

If ikut kalendar, raya esok..so hari ni, family MZ dh start masak2 juadah tradisi ie rendang daging..beli 5 kilo daging lembu ni sbb MZ kan big family..

Ni plak juadah iftar semlm ie 28 ramadan..ada sup tulang, kari ikan merah, sotong masak cili etc

Salam 29 ramadan uolls. Raya kat mana semua tu tahun ni..

Friday, 28 March 2025

Selamat sampai di kampung

Alhamdulillah MZ and lil family dah selamat sampai di kampung ptg semlm around  4.20 pm ie ptg semlm (khamis). MZ lalu LPT dan overnite kat Kuala Trg masa rabu mlm tu.. tghari khamis, check out dari hotel seri msia dan bertolak balik kg..

Salam 27 ramadan..berbaki 2 hari lg utk kita beramal di bln penuh barakah ni

Thursday, 27 March 2025

Photoshoot raya

photoshoot berlangsung hari selasa 25/3 ie sblm MZ start cuti laaa..
ni semua exco members utk my faculty ie AIKOL. Jwtn/tempoh lantikan MZ ni akan berakhir termnya pada 30 june nanti, kalau new dean dilantik lah, sblm2 ni, same dean dh 3 consecutive terms (setiap term lasts for 2 yers).

anyway, semua exco kena pakai baju tema raya-MZ amik jer mana2 baju dlm wardrobe tu..pakai kaler terang nak bg nampak ceria.






ni konon2 ala2 back to the nature (cuma time PS ni, ada kerengga dan nyamuk laaa) so snap2 cepat2 laaa

berbaki beberapa hari jer lagi utk kita meng-imarahkan ramadan yg penuh barakah ni
salam hari khamis uolls

Wednesday, 26 March 2025

'Ter join' group FB SDR la pulak

SDR = sampul duit raya.

MZ suka la tgk diaorg ie members group sgt obses kumpul mcm2 SDR esp yg susah nak dpt ala2 limited edition dan high quality ie kertas keras dan design bombastik.

kat group ni tak leh menjual tp boleh swap---of course main postings psl sharing koleksi masing2 dan latest info psl kat mana dan dpt SDR, kena spend berapa RM etc. anyway ada jugak group FB yg lain2 yg mana tempat jual beli SDR.

anyway, sejak join group FB SDR ni...dh agak byk jugak koleksi SDR yg MZ dpt tahun 2025 ni....ni salah satu kesayangan MZ la sbb high quality ie SDR Jaya Grocer...kena spend minimum RM80 utk dpt SDR ni

salam 25 ramadan uolls!
ari ni MZ ada satu jam jer kelas (online) ---then nak kena siapkan packing utk balik kg laaa. Allahumma yassir.
tinggal beberapa hari jer lagi kita akan menyambut syawal...

Tuesday, 25 March 2025

Congrats my Zharfan

last Friday ie on 21/3/25, my Zharfan attended majlis penyampaian sijil dekan utk those yg dpt score deans list bagi kulliyyah information and communication technology (ICT). Alhamdulillah. well done my dear son. Mama is so proud of u! moga terus sukses dan cemerlang in many more semesters to come. my zharfan now in sem 2 first year, (rasanya dia akan amik pengkhususan AI).




zharfan and his frens merangkap his roomates yg mana sama2 deans list...
yg pakai tie merah tu best student utk 1st year sbb CGPA 3.9, zharfan CGPA 3.8.

salam 24 ramadan uolls
MZ menghitung hari nak bertolak balik kg dah ni..tp ari ni masih lagi dtg opis sbb ada kelas (online) dan ada sesi photoshoot raya utk exco members.

Monday, 24 March 2025

Diary Baby T | kali pertama balik kampung!

sambung lagi edisi entry Diary Baby T..lama tak bersiaran sbb bagi laluan kat entries cuti2 swiss..

alhamdulillah, finally kami berjaya bawak baby T balik kg minggu lps ie 14 mac (jumaat)...kami bertolak pagi2 lps subuh, lalu LPT sbb ada byk EV charger all the way.. alhamdulillah segalanya berjalan lancar, traffic lancar jer, tak de jem (yelah bknnya org kalut balik raya lagi kan time tu)

ni masa caj kat RR gambang (charger gentari)

EV charger gentari ni attach dgn petronas petrol station, sesi charging berlangsung dlm 30 minit, syukur tak pyh q ie ada 2 charger which is ngam2 utk 2 keta at one time.

kat signage tu ada lambang EV charger...so kami caj sekali lagi kat RR Paka..pun around 30 minit jugak prosesnya

kat Paka ni, EV charger under TNB Electron (guna apps Go To U) ie yg MZ selalu guna bila caj kat AEON Big Wangsa Maju

kami caj sorang2 jer tak de kwn dan alhamdulillah tak pyh q!kat sini caj dlm 45 minit jugaklah nak bg full bateri

sbb 1st time guna route LPT ni, kami masih ada 'range anxiety' so kami caj sekali lg lps exit LPT2, ie kat Petron Kg Gemuruh (actually if tak caj pun bateri cukup jer utk sampai kat kg MZ ie kg pdg kala, melor)

kami sempat singgah kat bazar ramadan peringat dan wajiblah MZ beli ketupat sotong ni (fav kuih laaa)

ni plak sesi mengecaj masa kat kelantan ie kat EV charger yg paling dekat dgn rumah my mom (Petron Selising), so dari umah my mom tu, charger nu dlm 15 min drive lah jugak roughly. charger pun under TNB Petron jugak.

kami balik semula ke KL pada hari ahad 16 mac...so kami back track route yg sama ie caj kat Petron Kg Gemuruh.

kami singgah caj kat RR Paka jugak (lupa nak snap gambar). wajib caj kat situ sbb jauh lagi nak sampai next charger ie Gambang...dan....nervous sungguh....ada prob masa caj kat Paka sbb charger tak leh nak connect, so kena call customer service dan dia activate manually dari HQ, dan harga pun sgt mahal jugakkk...1st time charging kena rate RM108 one session!!

anyway, ni gmbr masa last kami caj sblm sampai kat Gombak ie kat RR Gambang..charger gentari ni harga sgt ok..biasanya sekali caj, kos around RM50 gitu jer (sama jugak kat charger TNB electron)

lps kami sampai kat charger tu, another Tesla pun sampai, syukur kami cepat sikit jer dari Tesla hitam tu...so tak pyh q, sbbnya DC chargernya 1 ajer...jenuh nak kena q kalau dh ada org tgh caj

begitulah kisah perjalanan pulang kami ke kampung dan balik semula ke KL...so now mileage baby T dah 8k+ km, nanti lps raya nak kena buat maintenance kena gi rotate tayar kat HQ tesla cyberjaya.

salam hari isnin uolls merangkap minggu terakhir bekerja sblm cuti raya. ari ni MZ ada 5 jam kelas (semua online!) dan mlm pun ada sejam kelas online (kelas ganti)

Sunday, 23 March 2025

Juadah iftar & moreh

bukan latest tp memang one of ramadan 2025 lah...tepek sini sempena ramadan yg berbaki lebih kurang seminggu ajer lagi ni

most of the days, lauk pauk tapau ajer..MZ cuma masak nasi kat rumah...cuma ari ni (22 ramadan, MZ masak tp gmbr lom snap2 lagi masa MZ tulis entry ni)..dan kami mkn2 guna pinggan pakai buang jugak utk meminimakan sesi kena basuh2 pinggan (semua pun letih la lps iftar)

ni masa kuar moreh awal2 ramadan..kat warung puteri kat sri gombak jerr...ni antara pilihan collek2 yg ada

makan kepok lekor jugakkk

selamat iftar uolls!!
jgn lupa beramal apa yg patut sambil mencari/berdoa utk dpt lailatul qadar jugak..

Saturday, 22 March 2025

Cincin raya

actually dh sgt lama MZ tak beli apa2 new bling2...majority semua MZ dh jual (masa time nak travel gi cuti2 UK last year), so tinggal sikit jer ie mana yg 'terpaling' disayangi ajer..

alhamdulillah, ari tu MZ dpt lah beli cincin baru (sbb beli bln ramadan so MZ anggap cincin raya lah)--wpun harga emas sgt2 meroket sekrg ni, MZ masih nak jugak beli bling2...MZ beli kat Kedai Emas & Permata Sri Anggun kat prima gombak, ratenya sgt ok sbb dh termasuk upah (cuma design biasa2 jer, of course tak leh compare dgn kedai emas under persatuan emas mcm habib, tomei etc)

dpt paper bag warna hijau --rasanya sempena raya kot tema ijau tu

MZ amik design triple love ni (suka design lovey2 gini)

cincin ni berat 2.62 gm ajer, harga RM1074 (memang MZ ada bajet around RM1k jer pun)..MZ suka beli kat sri anggun sbb boleh byr guna credit card (alhamdulillah dapat cepat2 setel byr credit card outstanding tu sbb guna duit tax refund tu...MZ buat e-filing masa 1st march lagi)

kotak pun cute, tema hijau (rasanya sblm2 ni kotak cincin sri anggun ni warna merah)

bagi MZ (from my POV), apa2 bling yg MZ beli/pakai/miliki, MZ anggap sbg savings jer, dan utk enjoy wearing all those jewelleries...dan biasanya MZ akan decide utk jual kalau ada nak buat apa2 benda penting lah (cthnya travel!)

salam 21 ramadan uolls!
have a nice saturday!

Friday, 21 March 2025

Rezeki ramadan | julung2 kali menang lucky draw @UIA

hari isnin lps ie 17/3/25, MZ telah menghadiri iftar kat UIA, merangkap sesi prize giving utk lucky draw winners...

gambar tak ikut susunan (random jer ni)...ni juadah iftar (my plate tu)--nasi arab as the main course, sup tulang tu sgtlah sedap!

table -srvice so tak pyh bangun dari table sbb semua mknn terhidang kat bekas ni dan ada catering staff yg hantar nasi, minuman etc

actually sesi penyampaian hadiah berlangsung sblm iftar, nama MZ terpilih as one of winners dlm promo kempen bayar zakat kat unit zakat uia (IEF)...auto entry jer, dan rasanya ribu2 staff yg byr zakat via uia zakat unit ni. selain sesi penyampaina hadiah, of courselah ada sesi ucapan dari rector dan ada sesi tazkirah ramadan dan ada sesi penyampaian bantuan utk students UIA yg layak (asnaf). gmbr from hp my aikol colleague (representing another aikol winner yg tak dpt dtg), syukur ada jugak gambar kenangan.

sambung plak gmbr mknn...ni appetizer ie kuih2 dan buah2...semuanya sedap sgt! jag/termos hitam tu ada hot drink ie nescafe (MZ tak minum).

dpt door gift jugak ie biskut (rasanya tart nanas ni) dan kurma, diletak dlm paper bag UIA yg cantik

ni snap gmbr masa mula2 sampai kat banquet hall tu (dewan dlm UIA)

that's the event!

MZ zoom gmbr hadiah tu...ada 12 lucky winners...hadiah 1st prize tv, MZ dpt 2nd prize ie oven, hadiah 3rd prize garment steamer, saguhati dpt coins wafer habib 0.2 gm. actually, masa dpt call suruh attend event ni, memang organizer tak disclose pun MZ menang hadiah yg mana...so memang suspens sgt!

ni poster promo...kempen tu berlangsung bln Dec 2024...memang kewajipan MZ pun utk byr zakat pendapatan. syukur ke hadratNya kerana MZ direzekikan utk menunaikan rukun Islam ke-4, moga2 MZ dpt terus istiqamah gitu.
simpan sini invitation cardnya...cute sgt!

close-up gmbr hadiah

gigih MZ check harga microwave oven ni kat shopee ;) RM420 harganya. tapi hadiah ni dibeli kat harvey norman KL east (ada sticker/tag), rasanya harga mahal sikit sbb beli kat kedai offline, bkn online. apa2 pun alhamdulillah rezeki.
rasa bertuah sgt (feeling lucky hahhha) sbb terpilih (nama naik) antara ribuan staff...dan bknnya join beria pun sbb auto entry kan--tak perasan pun nama terjoin contest :p... (sbb tak de isi form ke apa ker).

salam hari jumaat di bulan ramadan yg penuh barakah.
moga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails