Tuesday, 8 April 2025

Tuhan, jaga dia untukku

mom was born in 1942 (tak de birthday/birthdate yg tepat pun sbb zmn dulu kan tak wajib daftar kelahiran cepat2, so register utk dpt surat beranak tu some time later, and then system assign random dates jer utk DOB masa tukar IC lama kpd my kad)
that means, tahun ni, my mom berusia 83 tahun, alhamdulillah. my mom dikurniakan kesihatan yg baik, tak de penyakit 3 serangkai, tp adalah sakit lutut ie tak leh solat kat lantai, kena solat kat atas kerusi sbb lutut tak leh nak bend (since few years ago)

alkisahnya, minggu terakhir sblm cuti raya tu...my mom sgtlah gigih mengemas rumah dan siap pergi menebas semak samun jugak masa tgh berpuasa dan cuaca panas terik (my mom sgtlah rajin extreme bab2 mengemas rumah/halaman etc)
then hari itulah, ie waktu lps solat maghrib, my mom diserang sakit kepala extreme sampai muntah byk kali, tak leh bangun langsung mcm nak pengsan dah..syukur my adik bongsu was around, bila dia check blood pressure, dh cecah 200 bacaannya, so my adik takut jd strok ker apa kan, terus decide utk antar my mom to ED kat HUSM kubang kerian.

me and my adik2 plak, bila dpt tahu psl ni, sgtlah terkejut dan risau..ready utk balik kg jugak if situasi semakin teruk..
so my mom dimasukkan ke wad sementara, close monitoring dan buat full check up esp CT scan kepala tu (takut ada blood clot etc).
syukur tak de blood clot or stroke...rupa2nya baru find out my mom ada masalah lemah jantung (heart disease).
so sempat overnite kat ward satu mlm dan esok ptg nya, my mom dh mintak kuar ward ie nak berehat kat rumah..masa tu MZ dan my adik hanim was OTW balik kg utk cuti raya.

then my mom kena beringat dh tak boleh buat keje berat2 or lasak2 sbb dia akan jd sgt2 letih ie jantung dh tak leh cope..tp so far she's not on medication sbb jantung ok jer if jaga kesihatan tanpa buat kerja yg jantung jd stress.

begitulah kisahnya..MZ dh nangis2 jugaklah sbb risau takut my mom kena dok lama2 kat ward or kena ditidurkan etc (trauma sbb dulu arwah ayah pun gitu, asalnya demam, masuk wad, lps tu terus koma)

MZ berdoa agar Tuhan memberikan shifa' utk my mom dan memberikan lebih masa dan peluang utk anak2 menumpang kasih bonda yg sgt kami sayangi. Aamiin ya rabbal alamin

gambar 1 syawal 

alhamdulillah utk kasih sayang dari Nya, MZ masih direzekikan dpt posing2 dgn my mom and my lil family

salam hari selasa uolls!
ari ni MZ ada kelas 3 jam

Monday, 7 April 2025

Beraya di rumah kawan @Denai Alam

lps setel attend wedding kat Dewan Istac, MZ pergi beraya kat rumah my coursemate laaa, rumahnya kat Denai Alam... every year dia buat open house raya dan every year lah MZ beria attend hahahah sbb nya boleh jumpa dgn kwn2 dan seronok tgk rumah my fren ni besar betul, interior deko pun sgtlah cantik (dia hire ID ie interior designer).

posing2 kat meja mkn..tuan rumah kat tgh2 ie nama my fren ni Liza, yg tudung pepel tu my fren nama Ummi.

MZ posing dgn Ummi jer, sbb Liza tgh busy kat dapur/layan tetamu etc

rumah2 kat sini sgtlah besar dan cantik!! Both Liza dan her husband keje sbg lawyer (ada legal firm sendiri)..anyway, MZ and frens memang sekelas since matriks lagi, sampailah main campus UIA gombak, dan dok hostel (mahallah) pun bilik sebelah menyebelah ajer ie kami semua kat floor yg sama (MZ dan ummi adalah roomates).

MZ tak snap2 pun gmbr mknn (segan jugak lgpun tetamu agak ramai/crowded),...memang ada sgt byk varieti mknn yg sedap2 belaka! MZ tak sempat jumpa my frens yg lain sbb timing tak sama, ada yg dtg waktu mlm, sbb open house rumah liza ni 5pm-10pm, so MZ sampai kat situ 5.08 pm hehehhe kira awal laaa --hari hujan lah masa sabtu tu...

salam hari isnin uolls!
MZ ada kelas 5 jam hari ni so sgtlah busy!

Sunday, 6 April 2025

Attend wedding @ISTAC

tghari semlm, MZ and lil family pergi attend wedding daughter of my colleague, eventnya berlangsung di Dewan Istac, Damansara. Mula2 tu kami tersalah tempat, sbb MZ ingatkan hanya ada satu ISTAC, ie tempat yg MZ selalu pergi kalau ada event UIA, rupa2nya, ada lagi satu tempat lain 5 km away yg dinamakan Dewan Istac (also under UIA).
Kami antara guest yg terakhir so food mana yg ada jer sbb guests tersgt ramai.

ni posing dgn my colleague ie mak pengantin, sblm MZ balik laaa (my colleague is Prof Ida merangkap my phd supervisor dan my mentor)

ni posing2 kat luar dewan (of course my zharfan is the photoG)

MZ pakai baju brand qiszar ni cuma bkn latest raya edition


one with my baby T ;)
.

lps settle attend event, kami bertolak utk attend raya open house plak...

Saturday, 5 April 2025

Berkenan sangat dengan benda ni

hari ni dh masuk 6 syawal..alhamdulillah kita masih lagi direzekikan utk menikmati bulan syawal yg indah...emm hari ni MZ keje laaa..kena jaga exam utk my masters students (9am -12pm)

anyway, ni kisah sebelum raya (kisah masa bulan ramadan ari tu)...Masa MZ sedang ber-FB, MZ ternampak iklan/newsfeed ie FB ads laaa..

haa, ni lah iklannya...MZ berkenan jewellery box tuuuu (felt bag tu MZ dh ada)..emm MZ memang salah seorang yg senang terpengaruh dgn iklan

MZ try usha2 click2 kat shopee...so terjumpalah bling2 yg MZ nak beli (within budget dan berkenan design)...dan alhamdulillah selamat sampai semuanya (nervous jugak setiap kali beli emas delivered by post gini)

nilah benda yg MZ berkenan tu!! memang cantik sgt in real/live! MZ memang minat la kumpul jewellery box yg cute2 kat mata MZ...

ni kat bahagian dalam

dapat sampul duit raya habib jugak :)

ni bling2 yg MZ beli ie bracelet planet (mcm biji sawi) saiz paling kecik bebolanya tu...

harga RM2707 - MZ byr via SpayLater (6x instalment zero interest)...harga bling2 habib memang agak mahal sbb upahnya mahalnya...harga per gm pun ditentukan oleh persatuan kedai2 emas (sama mcm tomei, poh kong etc)

sbb MZ beli bling2 ni sblm raya ie bln puasa, so kira gelang/rantai tgn utk raya lah :)

salam 6 syawal uolls!
ada yg attend open house raya ker hari ni?

Friday, 4 April 2025

Kisah 2 syawal

sambung kisah raya..sbb MZ hanya sempat beraya 2 hari jer di kampung, so ni lah kisah 2 syawal MZ beraya bersama dgn keluarga dan sanak saudara.

rumah pertama, kami beraya kat rumah my adik bongsu (Dr Awi), dia buat open house raya...mknn utama nasi arab, mee goreng etc etc

ada roti jala dan kuih muih jugak, semua pun sedap!!

tumpang posing2 kat rumah my adik..tema baju kasual for papa n boys masih lagi tone kaler biru..MZ pun bj biru jugakk (bj ni beli kat kedai2 dlm Aeon AU2 mall tu)

setel rumah my adik, kami singgah kat rumah my kakak plak (kakak no 2 ie Kak Su). rumahnya tema warna pepel, segala benda warna pepel lah, deko2 dan brg2, perabot, lampu, kitchen, toilet, sinki etc...memang terus pepel mata itamku gitu. ni posing2 kat ruang tamu.

ni posing berdua (rumah my adik)

dari rumah Kak Su, MZ singgah rumah my kakak sulung (Kak Nor), tak de gmbr tapi ada video ajer (ada MZ tepek kat ujung entry), lps tu MZ singgah rumah my aunty ie adik kpd my mom, pun tak de gmbr, lps tu MZ singgah rumah my kakak angkat (Kak Anie). so gmbr ni, MZ bersama my mom dan kak anie.

then weolls balik rumah jap, then 4 pm kuar semula, beraya kat rumah adik mr hubby plak (tak de gmbr), mknn meriah lah sbb memang open house raya kan!

ni video masa kat rumah my adik

ni video kat rumah my kak long ie video ni my niece (wanie) yg edit2..wanie ni anak sedare MZ yg pertama dlm our big family! dan anak tunggal la plak ie my kak long hanya ada seorang anak

begitulah kisah 2 syawal utk MZ tahun ni. happy sgt2 dpt berjumpa sanak2 saudara yg dikasihi,
how's ur raya story? nanti MZ cari masa utk BW yer :) MZ suka lah tgk gmbr2 raya--warna warni gitew!

Thursday, 3 April 2025

Home sweet home | sempat overnite di Temerloh

MZ bertolak dari kampung pagi semlm (3 syawal) ie 7.25 am, then lalu ikut terengganu dan LPT...hujan sgt2 lebat all the way, ada certain spots ada limpahan air kat jln raya jugak..

sama mcm route time balik kg, so kami memang dh plan siap2 nak caj baby T kat mana...so 1st charging kat kg gemuroh, terengganu, then masuk LPT2, caj kat Paka (TNB electron), then wajib caj kali ke3 ialah kat Gentari Gambang, dan kat sinilah there's a big problem!!!! sbb charger DC nya rosak!charger DC hanya ada satu, dan ada satu lagi charger AC (yg sgt slow) ada org tgh guna, even nak queue pun tak worth it. 
so kami buat change of plan ie kena detour pergi caj kat bandar Temerloh ie kat Hotel Jelai (around 80 km jugak dari R&R gambang)..masa tu dh pukul 5 pm, semua pun dah letih, karak highway plak jem teruk, so kami decide utk stay overnite kat Hotel Seri Malaysia Temerloh.

then pagi td, 8 am, kami check out lps breakfast, alhamdulillah, karak clear (ada jem sikit just before masuk genting sempah tunnel tu), so by 9.15 am kami dh selamat sampai kat Tol Gombak.

ni gambar masa dh sampai kat tol gombak

ni gmbr breakfast kat Hotel Seri Malaysia--tak de gmbr bilik sbb sama jer mana2 rupa/setting bilik kat mana2 Seri Malaysia pun..family room dh abih, so kami amik standard room then amik 2 extra bed, total RM253 termasuk bf for 2 pax, so masa nak bf tu, kena byr cash RM44 utk another 2 adult and 1 child.

ni sesi mengecaj baby T kat charger kat Hotel Jelai Temerloh...kami tak stay kat hotel ni sbb family room dh sold out dan sbb parking kereta utk hotel guest plak kat tepi2 jln gitu jer (kurang yakin dgn safety nya)

ni sesi charging kat R&R paka, syukur tak pyh q sbb dh booking awal2 sblm sampai kat this spot.

ni sesi charging kat Petron Kg Gemuroh..hujan lebat sgt2...

memang begitulah risiko utk pengguna EV kat msia sbb charging station masih sgt limited, so wpun dh plan nak caj kat mana, tgk2 charger offline/rosak, terus tak leh nak caj kat situ dan bateri yg ada pun tak leh nak sampai ke destinasi yg dituju..syukur semlm bateri masa kat gambang tu masih ada 50% so cukup utk pergi caj kat temerloh (memang tak cukup utk direct balik gombak)

salam 4 syawal uolls! ari sabtu nanti MZ ada jemputan wedding dan jemputan open house raya jugak yayyy

Tuesday, 1 April 2025

Salam 1 syawal 1446

Tak sempat nak buat entry semlm sbb bz beraya dari pagi sampai waktu maghrib..
Here are some our family raya pics






ni plak gambar kat rumah family arwah abg sulung mr hubby (kat pengkalan chepa)


Hari ni dh masuk 2 syawal..insya Allah ada byk jugak rumah utk MZ visit for raya ni..

How was your 1 syawal?

Sunday, 30 March 2025

Sehari sebelum raya

If ikut kalendar, raya esok..so hari ni, family MZ dh start masak2 juadah tradisi ie rendang daging..beli 5 kilo daging lembu ni sbb MZ kan big family..

Ni plak juadah iftar semlm ie 28 ramadan..ada sup tulang, kari ikan merah, sotong masak cili etc

Salam 29 ramadan uolls. Raya kat mana semua tu tahun ni..

Friday, 28 March 2025

Selamat sampai di kampung

Alhamdulillah MZ and lil family dah selamat sampai di kampung ptg semlm around  4.20 pm ie ptg semlm (khamis). MZ lalu LPT dan overnite kat Kuala Trg masa rabu mlm tu.. tghari khamis, check out dari hotel seri msia dan bertolak balik kg..

Salam 27 ramadan..berbaki 2 hari lg utk kita beramal di bln penuh barakah ni

Thursday, 27 March 2025

Photoshoot raya

photoshoot berlangsung hari selasa 25/3 ie sblm MZ start cuti laaa..
ni semua exco members utk my faculty ie AIKOL. Jwtn/tempoh lantikan MZ ni akan berakhir termnya pada 30 june nanti, kalau new dean dilantik lah, sblm2 ni, same dean dh 3 consecutive terms (setiap term lasts for 2 yers).

anyway, semua exco kena pakai baju tema raya-MZ amik jer mana2 baju dlm wardrobe tu..pakai kaler terang nak bg nampak ceria.






ni konon2 ala2 back to the nature (cuma time PS ni, ada kerengga dan nyamuk laaa) so snap2 cepat2 laaa

berbaki beberapa hari jer lagi utk kita meng-imarahkan ramadan yg penuh barakah ni
salam hari khamis uolls

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails