Monday, 23 December 2024

Kali pertama makan @Sudu & Knife Sri Gombak

last week, MZ and boys singgah mkn (early dinner) kat Sudu & Knife, terletak kat Sri Gombak (satu row dgn 7-eleven dan zuss new branch)..1st time ni kami singgah kat restoran ni.

suasana selesa, interior deko konsep minimalis. service ok jer tak lambat sgt. minuman cepat jer sampai ni, toilet sgt wangi dan bersih, ada surau jugak!

razeen order fish n chip (lupa nak snap pic). dan ni plak sharing platter, so MZ share dgn ariff dan zharfan...mushroom soup ni sedap sgt! chicken wing dan spageti aglio olio tu pun sedap! set kombo ni dpt free dua minuman, so memang berbaloi2 la.

harga sgt reasonable ie total RM79.80 Insya Allah nanti nak repeat especially kalau teringin nak mkn menu western.

happy monday uolls!
ari ni MZ tak de kelas tp ada talk nak kena attend, dan plan nak gi visit my colleague kat HKL.

5 comments:

adnil linda said...

Sharing platter tu puas hati..

Suria Amanda said...

Nampak sedap..banyak tempat makan menarik area sana ye MZ...ntqh bila SA dapat JJCM area sana

mama tisya said...

tisya mmg fav sini..die suka menu pasta carbonara la...pernh order juga yg platter tu...sedap....skarang die dh buka 2 lot so besar la skit...tk singgah lg since die dh buka lot sebelah tu

Puan Hazel said...

Kami pun suka food S&K ni...
Murah la platter tu. Boleh la bawa Abang Angah makan b4 balik asrama nanti.
Kiranya ada 2 Zus cafe dekat SG skrg ni kan...

Ezna Khalili said...

Menarik ni. Portion boleh makan ramai2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails