Monday, 11 November 2024

Terbukti sedap | Megi siam celup

'Megi' tu bkn refers to the brand 'Maggi yer' -- sebenarnya nak citer psl instant mee (mi segera) yg brand siam tu.

MZ mkn megi celup letak sup perut kat restoran Mai Shell Out Loud, location-wise, dekat2 dgn Maybank Sri Gombak/opposite pasar mini Big tu..

kena dgn selera MZ la...sgt sedap!! so far dh mkn 2x lah menu ni. 1st time mkn masa sarapan, then repeat hari yg lain, mkn masa lunch plakkkk


licin!

tulah meginya..rasanya memang siam mali (brand serda)
 

ni gmbr masa 2nd time mkn tempat yg sama ie mkn menu yg sama..rasa2nya harga satu bowl ni around RM12-14 (sbb tak tanya plak harga berapa, sbb masa byr, zharfan yg gi kaunter, total mkn 2 org ie 2 bowl dan 1 minuman, jd almost RM30)

boleh jer kalau nak tukar megi tu jdkan mee kuning, kue teow or bihun, dan boleh jugak amik ayam or daging kalau tak mau sup perut tu.

uolls suka ker mkn menu2 celup gini..
salam hari isnin!! ari ni cantik lah date 11.11

12 comments:

mama tisya said...

bole tahan juga harga meggi celup tu...kita suka bihun celup...meggi siam tu suka buat kerabu meggi

adnil linda said...

kalau betul2 ori pantai timur, baru sedap...hihihi...
tapi megi brand serda nie linda pun suka...sebab kalau terendam lama sangat pun, dia tak soggy...so suka lah

Ezna Khalili said...

Suka aneka mee dan sup jugak. Nak nak makan time tak sihat lagi berselera.

mummy_ayu said...

Morning sis MZ...
MA yg dok bangkok pun x pernah makan ni. he he he..

Lydia Miza said...

biasa makan ngan kuetiaw.wah nak try la ngan megi pula..eh LM pun sebut megi dah terbiasa walau tu nama dia instant noodle brand lain. tapi takut tak citer kena kecam pula nanti dengan keyboard warrior

thisni3za said...

owhhh..maggi tu..Sy pun suka tu sis...Nnt bleh ajak Hata gi try skali.. =D

Mulan said...

Nampak pun sedap, tengok sup tu aihh sebab memang suka sup2.

Wak Lat said...

wak selalu mkn meggi bodoh je., huhu

uncle gedek said...

Fuh! Ini erti sebenar licin!

Suria Amanda said...

Of course la fav SA ni...hehehe...sama la minat kita erk...masuk wishlist la..mana tau sesat ke Gombak plak..itu maggi Serda tu..memang Siam mari..sesuai untuk kerabu maggi..

fanny_dcatqueen said...

Saya kalo makanan berkuah memang sukaaa sangat. Apalagi jika tak ada napsu makan atau bingung nak makan apa. Pastilah yg berkuah seperti ini biasanya bisa menaikkan napsu makan 👍. Lihat plating-nya pun dah nampak sedap kak

Ammi said...

kalau ammi pulak tiap kali order mesti cakap awal2 "taknak perut" sebab tak reti nak makan. kalau ada juga, confirm ammi transfer perut tu ke mangkuk husband

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails