Thursday, 5 September 2024

Kisah akak grab | It's a real struggle

MZ jrg2 jer naik grab, biasanya kalau terpaksa barulah akan menggunakan perkhidmatan grab car ni...dan seingat MZ, jrg/tak pernah kot? dpt lady driver.
So masa MZ nak balik ke gombak dari hotel dorsett grand, subang tu, MZ amik grab lah, dan dpt lady driver!

MZ letak nama 'akak grab' jerlah utk tujuan entry ni, wpun actually muda lg driver grab tu, rasanya early 30s.
sbb keadaan jln yg jem, dan dia plak jenis peramah, so mcm2 lah yg kita org bualkan ie bersembang..
MZ ada tanya, dh lama ke bwk grab ni...dia kata baru jer, ie that was her 4th day (emm dlm hati MZ nervous jugak sbb risau dia kurang pengalaman kan...) tp syukur perjalanan selamat semuanya

MZ snap gmbr masa dlm grab tu...akak grab tu pakai tudung warna merah

antara kisah yg MZ nak share...akak grab tu ada citer..
sblm2 ni, dia keje menjual sayur, ie bersama suami dia..kat area selayang...
dan dia ada anak 3 org, yg sulung umur 7 tahun, autism, tp yg extreme mcm anak zarina zainuddin tu ie jenis pukul2 org mengamuk dan tak berapa pandai berckp..so dia citer, dia hantar anak dia kat pusat jagaan (swasta), kos yg sgt tinggi (latest rate RM1800), tp syukur sbb dpt bantuan dari pusat zakat, so dia cuma byr kos utk mknan jer for her son, and dia citer, anak dia yg autism ni, baru pulak diagnosed ada sawan/kecederaan saraf/otak...so dia mcm terkejut dan sedey sgt... MZ yg dgr her story pun rasa sedey..

akak tu ada jugak citer pls her struggle utk cari income..dia kata sblm PKP, dia jual cendol, and income agak stabil...bila abih pkp, dh tak dpt lesen dah utk menjual ie lesen jd sgt mahal then lps tu dh tak leh apply langsung dh lesen (based on her story), tu dia dan suami start jual sayur plak..

byk lg lah her story...betapa hidup sekrg sgt keras kan...

betapa kita semua kena bersyukur atas segala rezeki yg kita perolehi...if kita rasa susah, ada ramai lagi org yg lebih susah around us...

Never take things for granted...
Alhamdulillah for all the blessings.

have a blisful day everyone.
ari ni MZ kena buat online interview (satu sesi pagi dan satu sesi petang) utk LAP (students AIKOL yg tgh buat internship)

11 comments:

Ezna Khalili said...

Sedihnya cerita Kakak Grab ni Suzz. At least dia tak meminta-minta. Berusaha selagi terdaya. I tak boleh dengar cerita macam ni. Kalau I la dalam Grab ni mesti I menangis.

mummy_ayu said...

betul...nowadays, ramai sgt yg struggle dr pelbagai aspek... MA ni kalau rasa susah..skt2 tu mesti akan fikir ramai yg yg susah byk, berat lagi ujian mereka... so syukur alhamdulillah dgn apa yg ada hari ni...kann...

Carneyz said...

Ujian setiap orang tu berbeza. Semoga puan driver grab ni cekal dan tabah dengan ujian dia dan dimurahkan rezeki bila buat grab ni.

Kalau dapat driver grab perempuan, dieorang rajin sikit bercerita. Saya pernah naik grab dari airport balik ke rumah, driver tu perempuan tapi dia kata dia selalu bawak grab malam2 dan tempat jauh2 sebab rate lagi mahal dan sebab malam anak2 dia dah tido so dia tak payah pening nak cari pengasuh jaga. Dia pernah bawak penumpang dari KLIA ke Penang satu malam dan balik ke kl semula utk hantar anak2 ke sekolah. Suami ada tapi duduk dgn bini no. 2. Hmm.

Ana Jingga said...

pelbagai cara untuk dapatkan rezeki laa nih kan, semoga ada keberkatan dalam setiap rezeki yang kita perolehi dariNya, aamiin.. kak ana follow sini , kunjungan pertama kali di tengahari, happy blogging MZ :)

thisni3za said...

Dugaan kita mcm2 kan..Syukur akak ni pandai drive & ade pilihan utk cari rezeki.

Mulan said...

Moga dipermudah kan semua urusan akak grab dan dimurahkan rezeki.

uncle gedek said...

Bagus juga dapat dengar story mory ni... buat panduan

Indonesains.id said...

Semoga rejeki akak grab dimudahkan..

Ammi said...

Harap2 anak di pusat asuhan tu dijaga dgn baiklah. Tak mudah caretaker nak asuh budak yg camni sbb tantrum dia boleh buat kita pun naik angin

Suria Amanda said...

Betul..hidup sekarnag makin keras, ikutkan sorang kerja memang x cukup..sebab itu juga la SA x berhenti kerja walau dah kahwin ni..sebab tu jugak bagi nasihat kat Dania..buat yang terbaik agar future dia terjamin..

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Hidup skr semakin keras memang. Semoga kakak grab itu dipermudah rezekinya selalu.

Saya saat di Penang malah seriiiiing dpt driver grab wanita. Yg sukanya kalo wanita , dia banyak KSH tahu rekomendasi tempat makan hahahahha. 👍

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails