Wednesday 24 July 2024

Stellar caravan staycation | After check-in

entry ari isnin, MZ dh share video pendek ie masa room tour/check-in tu...
aktiviti utama bagi famili MZ ialah posing2 for future memories...
my boys and mr hubby memang dh sedia maklumlah... (mentally ready utk aktiviti berposing)... dan syukur mereka bagi kerjasama lah utk posing2 hahaha wpun diaorg sebenarnyaaa tak suka sgt posing2 ni tp kenalah ikut kata mamanya kannnn!!

why caravan? alkisahnya mr hubby yg suggest utk kami try caravan staycation, sbb all this while, biasanya normal staycation kat hotel/resort jer utk special celebration. dan utk kami feeling2 the cold wheather merangkap early preparation for overseas trip jugak nanti insya Allah.

jomlah MZ tepek pics yer...ada few parts of kisah staycation ni, sbb penat nak tepek byk2 gmbr dlm satu entry.

MZ tepek gmbr2 dari DSLR dululah yer..gambar2 berlima semunya MZ guna tripod+timer. ni gmbr 1st selepas check-in..muat2 jer kami berhimpit2 dlm caravan ni utk posing2...suhu masa ni tak sejuk mana pun...tp dlm caravan ni ada aircond so nyaman selesa lah!

posing kat luar caravan plak..nama jenis caravan yg kami stay ni ialah 'cozy caravan'--ada 2 jenis caravan semuanya kat stellar ni...rate nanti MZ share masa final entry nanti yer, so saper2 yg nak try staycation kat caravan, boleh lah usha2.,,nama caravan kami ialah N1 the nest. sebelah tent kami, ada public toilet (ada 4 unit-rasanya), boleh shower jugak kat situ, tandas nya jenis mencangkung). MZ mandi dlm caravan jer, tak yakin nak mandi kat public toilet tu wpun tak ramai pun total guests kat stellar ni sebenarnya.

wajiblah gmbr berdua sbb staycation ni memang sempena 20th anniversary

cozy caravan ni memang comes with a tent betul2 sebelah caravan, ada meja dan kerusi, tent ni utk kami ber-steamboat dinner...kami solat dlm tent ni jugak, boleh zip tutup terus both sides, memang mcm bilik jugak tent ni..MZ bwk picnic mat utk lapik masa solat...dlm caravan pun boleh jer solat cuma muat2 utk solat sorang jer at one time. masa waktu mlm tu, ariff memang study dlm tent ni sbb dia tgh exam laaa, MZ plak dah zzz awal2 lagi..zharfan plak tidur at 12.30 am sbb dia healing sorang2 kat luar caravan hahah enjoy the wheather katanya

view from our caravan & tent...kat bahagian bawah (lower ground/lower level) ada tapak2 khemah dan ada bangunan cafe merangkap reception jugak

langit biru dan awan kepul2...masa ni dh pukul 6 pm lebih ni..good wheather, nyaman especially bila ada angin bertiup...MZ pakai dress yg MZ beli kat Temu apps tu..tp memang kena pakai jaket sbb kat bahagian sleeve tu, materialnys stretchable so nmpk fit sbb kaler terang ie light grey

ni utk my future throwbacks (mesej untuk diri sendiri: hargailah pasangan kita sementara masih ada masa dan kesempatan, insya Allah)

ni kami menapak nak naik kat bahagian atas ie ada cafe utk breakfast, dan kat atas ni ada few more caravans tapi nama dan kategori berbeza ie namanya 'nest caravan'

ni spot utk OOTD ie sebelah tmpt mkn (utk breakfast) dan ada open cinema jugak pd waktu mlm (ada tayangan movie--zharfan dan razeen sempat dtg tgk movie jap time diaorg ronda2 waktu mlm utk enjoy the cold wheather)

next entry..our steamboat dinner...in the tent!

12 comments:

Kakmim said...

wahhhh...bestnya... pengalaman baru... semua ada full attendance lg la syokkk kn MZ

mummy_ayu said...

best nya....teringin nak gi road trip naik caravan mcm ni..

Carneyz said...

Bestnya! Tak pernah lagi merasa pengalaman tido dalam caravan tapi nampak selesa dan lebih privacy dari duduk dalam khemah.

adnil linda said...

kene tunggu last entry nie...hihihi...
seronok p tempat sejuk2 nie

mama tisya said...

sronok tu pengalaman stay dlm caravan ..view ala2 overseas

shaizhar said...

Pengalaman baru. Terima kasih atas perkongsian.

Suria Amanda said...

Wah pengalaman baru ni MZ..boleh la cuba nanti

Ezna Khalili said...

Cantik betul kat sini Suzz....nak posing2 tu wajib ya. Kadang Dania saje buat mata bulat la. apa la sebab tau I nak snap photo. Geram je....

Lydia Miza said...

menarik idea ni. luar dari kebiasaan

Mulan said...

Best best. Kami kalau travel oversea, nak tempat murah memang cari camping site. Book caravan masa winter. Murah. Masa summer memang lah mahal. Tapi sini MZ pergi cantik sangat.

fanny_dcatqueen said...

Saya langsung cari website mereka, dan tertarik dengan yg bentuk dome, transparant tp bisa ditutup 😍😍😍. Tapj pengin juga merasakan yg caravan. JD mungkin kalo kesini nanti, nak coba 2 macam biar bisa merasakan 😄👍

Ammi said...

dah tak sejuk ke CH tu? tengok yg lain bersweater bagi husband MZ relax je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails