Wednesday, 26 June 2024

Singgah makan durian @tepi sungai

sambungan entry semalam...lps kuar dari Tanah Aina, mr hubby pun beria lah exit plak masuk Janda Baik....again!! gap 2 minggu lah ie the previous 2 weekends, kami dh dtg sini pun..
so this time, mr hubby kata jom ronda2 cari durian plak!!!

actually, sebenarnya kami suka menikmati back to nature...cuaca ari sabtu tu memang mendung sepanjang hari (tak de matahari pun!)...seronok ronda2 santai kat sini...

terjumpa ada satu stall jual durian yayyyy!!!

stall ni kat tepi sungai, actually stall durian tu kat dpn kedai mkn, so memang mkn durian dalam kedai jugaklah sambil menikmati pemandangan sungai

beli 2 biji durian, satu kampung, satu lagi (lupa varieti apa)

yg kampung tu isi putih, yg dlm gmbr ni isi kuning (rasanya D24 ker apa eh, tak leh nak recall)

mr hubby memang durian lover (agak obses), MZ plak boleh jer mkn durian tp setakat 2 ulas ajer (lg pun nak temankan mr hubby)...our boys tiga2 tak berapa mkn durian, so diaorg dok dlm keta jer, tak nak join...so MZ lah dating mkn durian berdua dgn mr hubby..dlm gmbr ni ada signage nama kedai mkn ie D'Chemperoh Corner
harga 2 biji durian tu RM48, yg penting tercapai hajat mr hubby nak mkn durian. happy hubby happy wifey gitu.
salam hari rabu uolls!
have a nice day

10 comments:

Azirahman said...

Musim durian dah sekarang ni. Memang meriah tengok gerai-gerai jual durian sentiasa penuh dengan peminat durian.

Carneyz said...

Wah, syoknya makan durian sambil enjoy suasana tepi sungai 😋

Ezna Khalili said...

Seronoknya dapat makan tepi sungai macam ni. I pun suka nature jugak you.

mummy_ayu said...

wow..dapnya.. banyak jual durian sekarang ni kan, dah musim kot

Mulan said...

Sama lah kita MZ. Bila makan 2-3 ulas je. Hubby memang tegar suka nya. Lama tak jalan2 Janda Baik.

shaizhar said...

Nak kena menikmati durian jugalah lepas ini.

Suria Amanda said...

Sedapnya durian...last week SA pun ada beli dan makan...

Lydia Miza said...

makan durian camni syok banding tapau bawa balik.lama kami tak makan camni biasanya tapau je. insya allah minggu depan cuti baru nak makan tenang2 camni

Ammi said...

si bongsu ammi setiap hari (dah 2-3 hari ni) dok bagi hint "saya rasa saya macam dah rindu sangat dekat durian"...hahaha. rindu sangat katanya

Time Traveller said...

Durian hunting season dah bermula huhu.. nak kena balik Jerantut kalau saya nak makan puas2 hihii.. best kalau satu family semua makan durian...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails