Thursday, 2 April 2015

Dan supaya kita lebih bersyukur

jom menyumbang seringgit dua (or even more, ikut kemampuan dan keikhlasan)--senang jer buat pahala dan saham akhirat di zmn internet ni...sbb kita boleh bank in any amount (even RM1 pun) guna m2u or cimb clicks tanpa ada saper2 tahu pun..between us and Allah jer..

me copy paste dari SINI..
worth reading..and memang tiba2 jer mata masuk abuk bila baca kisah ni..:'(

kisah dunia pakcik azamy yang tak cerah - 1 cerita dalam seribu di sebalik jalan jalan masuk kampung santai...

bila mula mula saudara monier utarakan kisah pakcik ni...saya pun teruja nak nak tolong..... sebab teringatkan kisah "pak chin "... dimana
pak chin pun NGO, mata jadi kelam..lepaih tu operate... and end up pakai spec mata disumbang oleh rakan saya arwah saudara manan.... 

saya dok agak cerita pakcik azami pun lebih kurang sama... :-(

hari isnin yang lalu...saya pun ambil cuti, kami arrange bawa pakcik azami pi check dekat specialist mata di sg petani.... mai pagi.. doctor sibuk
operation....tunggu sampai pukul 2 baru boleh jumpa.....

bila berjumpa dengan doctor... mula mula doc check...lepaih tu doctor tanya bertanya bertalu talu past medical history pakcik azami....ni jawapan std
kami... kami pun taktau doktor... kami ni NGO cap ayam doc.. bila masuk kampung kami jumpa pakcik yg kelam, kami bawak mai nak check kot kot boleh pulih mata dia.... doktor pun angguk... pak azami pun ada cakap yang dia besa xcident dan terantuk kat kepala....masa tu saya masih positif cuma risau maybe cost nak operate tu mahai....

cuma rasa luruh jantung bila doc cakap ( saya ngan din stonkol ada kat sittu).... urat mata pakcik ni dah tak berfungsi... maknanya kita dah tak boleh
buat apa-apa.... saya terkedu, din terkedu... saya takleh imagine apa perasaan pakcik azami pada masa tu...

lepaih habih diskusi... saya bawak dia keluar dan saya tak cakap apa ntah...saya rasa saya tak cakap sepatah pun kat pakcik azami selepas itu....in fact
saya terlupa nak inform AJK WK sampai 4 jam selepas itu.... feeling numb and helpless....

selebihnya baca cerita nukilan saudara monier di bawah dan kenapa cerita ni dekat di hati kami....
sesiapa yang berniat nak tolong pakcik azami boleh contact saya melalui FB/Whatsapp/telegram/email....
  no account saya... 552031107442 Maybank aznee othman..aznee_othman@live.com...no phone saya 0124323305

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada kwn2 yg mengikuti posting2 saya cerita bab jln2 masuk kg tolong org miskin ini, selalunya duk dengar cerita2 menarik, seronok pakat2 tumpang gembira lihat org2 miskin dpt bantuan - tak kisahlah dpt pancing atau pun ikan.

Kali ini saya nak riwayatkan satu kisah sedih yg amat mengeciwakan kami di hujung ceritanya.

Kisahnya:

Nun jauh ke dalam kampung, berbelit2 jlnnya kami pi mlm tu, muat satu2 keta pada satu2 ketika, di sebuah desa di pedalaman Baling, Kedah tinggal di situ satu keluarga doif 3 org anak, sulung tingkatan 2.

Mengikut cerita Abg Jasmi dari NGO Kampung yg kami panggil Mawar Care, Pak Azami yg dulunya kerja NGO itu kini 100% jadi papa kedana, hanya mengharap sedekah dan beras fidyah org semata.

1. Tahun lepas Pak Azami sihat lagi, boleh bawa mutu pi motong (noreh getah). Lama2 pandangannya koi duk rabun koi duk kelam.

2. Bila makin teruk, noreh getah pun main meraba aja, susu getah habismeleleh ke tanah. Org2 kg komplen, depa kata bahaya Pakcik Azami duk bawa mutu terhoyong hayang kiri kanan mcm tu. Pakcik azmi cakap dia tak ada pilihan terpaksa juga bawa motor pi noreh wpun tak berapa nampak - sebab kalau tak noreh anak2 dia nak makan apa?

3. Bila makin teruk, dia minta isteri dia Kak Minah duduk belakang jadi GPS- kiri, kanan, brek, naik bukit turun bukit, slow slow dan sebagainya. Last2
GELAP terus, GPS Kak Minah pun tak boleh pakai dah. Terus duduk rumah tak boleh pi noreh.

Tak noreh tak makanlah anak2 dia.

4. Masuk mai Kak Minah, nak ganti Pakcik Azami pi motong. Problemnya Kak Minah tak reti bawa mutu.

5. Kena belajar - hari pertama nak belajar bawa mutu, Kak Minah excited habis. Tak sempat lunch yg dah siap masak tu, Kak Minah try nak bawa mutu kat mini tar depan rumah.

VROOMMM - Van kilang lalu, Kak Minah terkejut terus terbabas patah kaki.

6. Mlm kami pi tu dah beberapa bulan dah kes Kak Minah terbabas mutu tu berlalu. Kak Minah masih jln terhenjut2, kaki patah masih belum sembuh. Pasai pa,  Kak Minah cakap hari mula patah pi jumpa tok bomoh dia urut, lepas tu tak mau urut dah. Pasai pa - sebab tak dak duit nak bayaq. Wallah hu aklam.

Nak amik mana duit, duk harap duit JKM ja RM150 sebulan - cukup utk mkn anak beranak jimat2 ja.

7. Kesian kat keluarga ini, betoi2 kesian sebab KEDANA sungguh, hanya bergantung kpd sedekah org ja.

Balik malam tu, saya teringat satu artikel dlm majalah Readers Diagest atau National Geographic tak ingat, kisah seorang Doktor Mata dari India bersama NGOnya yg travel merata dunia dari Afrika hingga ke Korea Utara pi bagi celik semula org2 buta yg dulunya celik - mcm kes Pakcik Azami ini.

Bila saya cerita kat sahabat saya AJ Johan kisah doktor dari India tu, dan mungkin ada harapan Pakcik Azami dipulihkan, dpt kembali celik dan pi menoreh sebagai projek PANCING kami kali ini, AJ peminat tegar pilem P.Ramlee cakap:

"Monier, kalau 40 tahun lepas Dr Ismadi Pakar Meng-Operate Mata boleh meng-obati orang buta, boleh pulihkan Kassim Selamat, di zaman hitam putih itu,takkan lah pula di zaman yg teknologi perubatan yg hebat2 ini Pakcik Azami tak dapat dipulihkan?"

Maka bermulalah projek PANCING kami nak bantu Pakcik Azami.

Kami kutip duit sorang sikit bagi kat Abg Jasmi minta tolong cari kereta bawa Pakcik Azami ke Sungai Petani pi jumpa Doktor Pakar Mata nak tengok agak2 berapa kos nak pulihkan mata beliau.

Semalam, dgn bantuan rkn2 dari NGO WARGAKILANG di Sg Petani sdra Aznee Othman dan Din Stonkol Tropedo, Pakcik Azami dibawa berjumpa Doktor Pakar.

AJ Johan pun turun pi sekali dari Penang.

Petang semalam, AJ mesej saya. Dia tulis:

"Fail tuan, wayar short, bukan mata, saraf rosak or tak contact dgn brain.. Doktor mata cannot do anything.... sedih !! "

Kechiwa sungguh AJ, panjang dia taip, saya amik yg ringkas ja, AJ tulis:

"Part azimy buta... Saya dok pikir kalu wife dia indipendent saya buleh keluar modal bg dia start meniaga.... Ni pon projek pancin juga... Part pak
azimy tu long term long shot belum tentu buleh celik balik mcm cerita p ramlee tu.... Saya tak lena tidok mlm dok pikir dr kata mata azimy gone case semalam..
Kesian kat bini n anak2 dia"

Rupa-rupanya Hidup di Alam Nyata ini tak serupa seperti dalam Pilem !!

Inilah antara sebahagian kisah projek Pancing kami yang Failed !!

Gambar last - Abang Jasmi melangkah longlai membawa pulang Pakcik Azami balik ke kg halamannya di Baling, Kedah - pulang dari sebuah misi charity yang gagal.

Mudah2an ada insan2 lain yg mampu membantu keluarga Pakcik Azami meneruskan perjuangan kami yg terkandas di tengah jalan ini.

Saja nak kongsi.

Tkasih


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

cerita dari perspektif AJ Johan...

Sebak saya tuan Mohd Monier..  bang jasmi ada cerita dgn saya sementara tunggu turn Pak Azimy masuk jumpa doktor tu... bang jasmi kata rumah zakat pak azimy tu ada 3 bilik.. tapi masa jasmi n pak su khoyri dtg mlm tu nak ajak azimy pi chek doktor pakar mata ni.. depa tgk satu keluarga dok tidok di hall... sebab sana saja ada satu kipas... dlm bilik panaih takdaq kipas.. saya kata tatpa nanti saya cuba cari satu standfan boh dlm bilik azimy... pi tang dapor pula tu dia tingkap semua abis pecah taktau pasai apa.. malam2 nyamuk masuk free saja! Saya tanya byk ka yg pecah.. dekat 30 keping tu semua takdaq cermin.. tgk pula lemari mkn.. kosong takdaq apa stok makanan pon yg ada.. saya ckp dgn bang jasmi... inshaa allah kita tulong keluarga pak azimy ni.. sapa2 nak bantu buleh sama2 support ngo kampong bang jasmi yg kita panggil mawar care ni.. ngo yg ahli nya org2 asnaf sama2 membantu org2 kg mcm pak azimy ni... inshaa allah kita sama bantu. Semoga Allah pelihara pak azimy sekeluarga. Aamiin!



Yeah.. its a sad day for all of us... misi gagal. Lagi sedih bila tgk bang jasmi cuba pujuk azimy yg longlai kecewa berpimpin tangan berjalan pi masuk
keta.. these r stuff you dont see everyday... ya tuan puan...masih ada lagi insan2 mulia mcm bang jasmi ni..dan masih ada lg org2 yg di uji Allah mcm pak azimy tapi masih tidak menyerah kalah dan masih mahu berusaha  demi keluarga beliau 


Semasa kami pi rumah pak azimy dulu pon... bila kami masuk dlm hall rumah yg kosong tanpa sebarang perabut tu... kami di larang duduk dan menyandar sebarangan di dlm rumah tersebut. Kata Pak Azimy... 'wayaring' rumah tu sudah 'short' jadi byk bahagian lantai dan dinding rumah itu yg ada 'karan' kata nya... nanti kita pula yg kena 'karan'... allahuakbar.. jika ada tuan2 'injinear' letrek ka atau 'wayarman' mai check sat tengok sebelum ada pulak anak2 pak azimy yg 'short' nanti.. kalu ada yg bermurah hati nak sponsor cost 'wayarman' lagi lah alhamdulilah! Nanti bang jasmi buleh cari 'wayarman' area situ mai cek test tengok.... saja kongsi kesempitan pak azimy ni.. moga benda2 mcm ni kalu kita bg settle kurang lah serabut kepala dia sikit inshaa allah sementara kita ikhtiar bagi pancin pada kak minah buleh take over cari nafkah utk anak2..,

1 comment:

monalea said...

kita rasa kita susah. ada lagi yang lagi susah dari kita. bergenang air mata membaca nukilan ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails