pelbagai reaksi..ramai yg bersetuju...ada gak yg tak setuju...bottomline..niat kita..Tuhan ajer yg tahu..walau terselet sebesar zarah perasaan 'riyak' itu..Dia juga yang mengetahui...apa2 pun ..buat apa2 pun, post apa2 pun..yg penting berpada2...jgn keterlaluan...
peringatan utk kita semua...
-copy paste-
Jenis-jenis status FB yang MUNGKIN ada tujuan tersirat (copy paste):
1. Check in kat hospital siap snap gambar sambil ayat sendu2 suruh
doakan anak, suami etc.. padahal nak bagitau check in kat Prince Court
Hospital… pesakit pun cuma demam manja2 je.. Kata lah warded kat GH,
mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb kan.. huhu
2. Snap gambar anak dalam umah dengan
caption ‘alahai anak mama ni bla bla bla…’.. padahal nak tunjuk sofa,
tv or perabot baru yg jadi objek latar belakangnya.. Yerla kalau tak
buat macam tu orang tak tau kan.. Takkan semua orang nak jemput datang
rumah..
3. Syukur tak henti2.. ‘Alhamdulillah rezeki yang
semakin melimpah ruah, makin masyukk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu
dan ini.. padahal nak orang tau betapa mewah atau kayanyer dia sekarang
(sebenarnyer takde pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus lah sujud
kepada Allah swt.. sesungguhnya Allah itu ada dimana2.. tak perlu guna
fesbuk sebagai orang tengah!!
4. Tangkap pic dalam kereta…eh
pastinyer kena nampak stereng sekali.. Caption, biasala.. ‘Ala jam la
jalan… gud morning semua.. letih la hari ni.. etc etc..’ Padahal nak
tunjuk lambang kat stereng kereta tu.. Hello kalau bawak Lamborghini ke
Porche ke ok la.. Setakat Honda, Toyota, Nissan dan yang sewaktu
dengannya, rentikanlah dik !
5. Check in kat shopping mall
dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari2
shopping, abes la duit i..’ atau ‘hmm I kalau bershopping mcm ni
la..susah nak berhenti’… hahaha kelakar kan.. sebenarnya nak bagitau
orang lain yang dia banyak duit boleh shopping hari-hari. Ade yang jenis
siap snap gambo paper bag lagi, nak tayang brand.. nak lagi parah siap
snap tanda harga.. kalau gitu sah lah, korang ade penyakit ‘CULTURE
SHOCK’ !
6. 24 hours duk update pasal anak dia.. anak dia la
paling cerdik, anak dia la paling comey.. mcm orang lain takde anak..
takpun sibuk update pasal Laki dia.. Laki dia la yang paling kaya, laki
dia la yang paling loving, laki dia itu laki dia ini.. hmm yunk memangla
itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti
Nurhaliza. Orang tanak tau setiap inci pasal keluarga awak!!
7.
Tangkap pic sendiri (mulut biasala muncung, herot segala bagai), dengan
caption ‘muka tanpa mekap..mata panda letih tak cukup tdo bla bla bla…’
dengan harapan ade la orang lain komen.. “eh u still nampak comel la..
nampak muda la dari umur sebenar etc etc” hmm.. lu pikir la sendiri..
8. ..
9. ..
10. ..
Haaa yang lain-lain korang isilah sendiri !
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya
oleh sahabat.”Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah s.a.w?” Kemudian
baginda s.a.w bersabda: ”Iaitu riak.””
(HR.Ahmad dan Baihaqi)
6 comments:
alamak!
insaf...
thanks sis.
tu la MZ.. mmg takut kalo apa2 yg kita share tu, upload gambar ke akan terbitkan perasaan riak (walaupon sekelumit) dalam diri..
apapon kita sendiri tau niat kita kan.. tp kdg2 wpon niat kita baik, mungkin org plak salah tafsir..
singgah pagi sini.....
well, honestly untuk i, its up to the receiver.. kadang post kite tu takde niat apa pun, but the receiver thinks that we want to show off.. but true enough, sometimes we know that person trying to show -- usually their wealth :)
Yang kita ni bersangka baik la, tu pun Rasullullah s.a.w. yg ajar..
kekdg2 kite pun terpost bnde2 cmni jgk. hehehe....
Post a Comment