MZ terbaca kat forum cari news..rupa2nya jiran MZ mati kena tembak...tak de bunyi tembakan tapi tiba2 jer rebah berdarah...kemungkinan besar sniper guna silencer....umah jiran me ni dekat jer dgn umah MZ ni..adoyai scarynya...Msia sgt tak selamat sekarang :(...
Gombak: Seorang lelaki mati selepas ditembak di kepala sebelum dia rebah
atas riba isterinya di depan rumah mereka di Taman Bukit Permata, Taman
Sri Gombak, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 7 pagi itu, pengarah kanan operasi sebuah
syarikat swasta berusia 46 tahun itu baru keluar rumah untuk menghantar
anaknya ke sekolah.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah
berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 12 tengah
hari selepas mangsa dibawa menerima rawatan di Hospital Selayang, di
sini.
“Mangsa ketika itu bersama anak dan isteri berada di luar rumah untuk
ke tempat kerja. Dia tiba-tiba rebah ketika membuka but kereta untuk
meletakkan barang.
“Isteri mangsa sempat memegang lelaki itu dan terkejut melihat kepala suaminya berdarah,” katanya.
Abdul Rahim berkata, wanita terbabit menjerit meminta bantuan jirannya
yang segera menghantar mangsa ke Hospital Selayang, di sini, sebelum
mangsa disahkan meninggal dunia jam 8.30 malam tadi.
“Kami masih menunggu laporan perubatan kerana rawatan awal menemui
kepingan logam belakang kepala mangsa namun belum boleh disahkan sama
ada cebisan peluru atau tidak.
“Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak menemui senjata dan tiada
saksi awam yang melihat kejadian itu. Isteri dan anak mangsa juga
mendakwa tidak mendengar bunyi tembakan,” katanya.
Rahim berkata, siasatan lanjut, mangsa tidak mempunyai rekod jenayah
lampau dan usaha mengesan suspek giat dijalankan bagi mengenal pasti
motif kejadian.
6 comments:
ya Allah.. macam2 sekarang ni,, takziah untuk keluarga Arwah,
ya Allah , bile ni Suzzz? scary nyer n this is sangatt scary
seriau sungguh..
Yallah takutnya
scary.. my SIL tinggal sana gak Taman Bukit Permata
Melayu ke sis?
Take care tau!
Post a Comment