Tuesday 9 April 2013

Isu Boikot McD | saya akan lebih istiqamah

tak kisahlah apa jua pendirian uolls.. it's between Allah and us..


bacalah dgn hati yg terbuka..

LINK 

ni part of it..full entry HERE

salam ustaz…
nak tanya psl isu boikot McD….masa tgh hangat psl boikot tu..saya memang boikotlah..then lemah iman rasa nak mkn burger mcD..so saya pegi McD lah..memang rasanya nmpk dh kurang customer McD berbanding dulu..then nmpk ramai kwn2 FB ckp diaorg tak boikot McD pun sbb bila pegi mkn kat McD niat nak byr gaji pekerja (muslim staff)…then adik2 saya dpt tahu saya pegi McD diaorg sgt marah..katanya memang wajib boikot sbb MCD terang-terangan support israel berbanding brand product israel yg lain..so now sy dh rasa bersalah and rasa berdosa kalau saya pegi beli apa2 lg kat McD..adik2 saya kata, Tuhan tgk apa usaha kita tak kisahlah kecik besar pun and kita tak perlulah ikut org lain…apa pandangan ustaz yer

kesanggupan kita untuk menyertai kempen boikot ini sebenarnya tiada kaitan dengan persoalan iman. Tidaklah mereka yang memboikot itu lebih beriman daripada yang tidak memboikot.. dan begitu juga sebaliknya. Ia lebih kepada persoalan rasa tanggungjawab dan usaha kita dalam menghentikan aktiviti keganasan atau apa2 juga yang menyumbang ke arahnya.

Walaupun Palestin itu bukan negara kita, tiada hubungan keluarga dengan kita, bukan sebangsa dengan kita, cuma ada kaitan agama dengan kita, maka kita menyokong perjuangan rakyat Palestin atas dasar agama dan juga atas dasar sosial. Jika pemimpin Melayu di negara kita menindas penduduk berbangsa Cina dan India, kita sebagai Melayu Islam juga kena bangkit untuk menghalang kezaliman itu daripada berterusan. Jika orang Melayu Islam di negara ini ditindas oleh pemimpin India, seluruh bangsa Malaysia tak kira Cina, Melayu, India, Kadazan, Bangla, Pakistan jual karpet, Myanmar dsb kena bangkit mempertahankan orang yang teraniaya.
Setiap orang punya pandangan dan alasan tersendiri. Hakikatnya, tiada istilah niat nak bayar gaji pekerja dalam bab muamalat. Begitu juga tiada istilah nak bantu Melayu atau nak jatuhkan bangsa lain supaya Melayu naik. Itu bukan termasuk dalam ajaran agama.  Akibat silap faham dalam perkara ini, ramai yang membiarkan diri dizalimi dan menzalimi dalam perniagaan.

McDonalds bukanlah sepenuhnya milik Melayu Islam, dan bukan juga milik penuh rakyat Malaysia. Ia sebuah perniagaan francais yang tertakluk dengan syarat yang ditetapkan oleh francaisor. Dan ada sumbangan yang perlu diberikan oleh McD Malaysia kepada francaisor iaitu McD Corp.. hasil kutipan francais2 di seluruh dunia, memberikan keuntungan kepada McD Corp dan daripada keuntungan itulah, sebahagiannya disumbangkan kepada tabung aktiviti keganasan zionis.

Pada kesempatan ini juga, Ustaz Love nak ulas sikit pasal video En. Nasir tu. Tiada masalah beliau nak terus bekerja di McD, nak solat di surau McD, nak makan makanan McD pagi petang siang malam sekalipun, sebab produk tu adalah produk halal. Even makcik cleaner yang kerja cuci tandas pun disediakan bilik rehat untuk makan dan solat. Itu bukan pokok persoalannya. Yang menjadi isu adalah berkenaan sumbangan McD terhadap aktiviti keganasan zionis. Itu saja. Kita boikot produk McD bukan sebab ia haram, sebaliknya atas rasa tanggungjawab untuk cuba membantu rakyat Palestin sekalipun sekadar menahan nafsu untuk ke McD.


6 comments:

Unknown said...

mmg boikot terus McD..

AyuArjuna BiGoshh said...

huhu...tq for the pencerahan

mamaRIFQY said...

yes agreed ! kite boikot bukan sbb haram..tapi atas rase tanggunjawab ! and for me, mmmg nak boikot terus kot.sbb mmg xmakan sgt pon mcd ni dari azali kecuali sgt suke prosperity je time chines Nyear..dulu kalo makan pon hny mase ade prosperity je..and now, after isu2 kzaliman yg meluas ni,,mmg dah xmakan prosperity dah ! hehee.......ape2 pon depand pd pandangan masing2

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

thks for sharing MZ...

tu le..semua ni atas pandangan masing2...bkn sbb halal tu rasa bersimpati dgn rakyat yg beragama islam seperti kita..so renung2kan lah...

Iela Fazielah said...

owh...sy xistiqamah... sgt suka mkn burger mcd...itulah masalahnyer...

Izafiza said...

Dulu mmg suka sgt spicy chicken mcdeluxe..selalualh pg mcd.Tp lepas isu boikot hari tu Alhamdulillah istiqamah smpai skrg =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails