tapi kan..harga emas kat kedai emas tak delah turun sgt pun...me pun tertanya2 kenapa...untungnya tokey2 kedai emas sbb time emas turun harga, diaorg maintain harga tak de nya nak turun (konon2 kos upah ect)..then time emas naik harga, laju jer diaorg naikkan harga brg2 kemas kat kedai emas tu....
pengalaman me sendiri--wpun brg2 kemas boleh convert cash or boleh trade in..tapi susut nilai tu agak byk..:(
cthnya harga semasa emas 916 pergram..cthnya RM185 pergram..so harga bracelet 10g cthnya adalah RM1850 (tanpa upah)..tapi kalau nak trade in amik emas jewellery design yg lain..memang susut nilai yg agak byk (around 30% or more)..and kalau nak jual utk dptkan cash, memang sgt byk susut nilai..around 40%--so kalau market value RM1000, bila convert cash kat kedai emas (cthnya habib jewel)..dpt duit RM600 jer..me kerap gak trade in kat merata2 kedai emas (habib, wah chan, poh kong, tomei, kong hin) and ada sekali pernah jual brg kemas then amik cash (kat habib jewel)..
then ada terbaca info kat SINI
antara tips dia kalau beli barang kemas untuk cantik or teringin nak pajak balik satu hari nanti..
1. beli 916 - kalu boleh
2. jgn beli emas putih
3. jgn beli emas lopong (dalamnya berongga)
4. jgn beli beserta batu permata
5. jgn hilang resit...
and ada beza emas utk investment and emas utk kita pakai as perhiasan tu rupa2nya..beza dari segi nilai dan susut nilai...
Emas pelaburan biasanya dikeluarkan dalam bentuk jongkong atau syiling.
4 Kerugian Membeli Emas Perhiasan
fahamkan berbezaan antara emas perhiasan dan emas pelaburan. Barang kemas dikategorikan sebagai emas perhiasan. Matlamatnya ialah cantik, bukannya untung. Tapi emas pelaburan matlamatnya adalah untung. Kalau nak melabur, kena beli emas pelaburan macam syiling emas, dinar emas, atau jongkong emas sebab ia memang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan.
Di sini, saya senaraikan 4 kerugian membeli barang kemas dari perspektif pelaburan.
Kerugian #1 - Harga Mahal
Harga barang kemas lebih tinggi berbanding emas pelaburan sebab harganya mengikut persatuan pekedai emas i.e. Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia (FGJAM). Pada 16 Oktober 2012 lepas, saya survey harga di Kedai Emas Wah Chan Wangsa Maju, emas 999.9 dijual pada harga RM210 segram sedangkan emas Public Gold sekitar RM185 segram. Kalau anda pergi ke kedai emas, cuba tanya harganya dan bandingkan dengan harga emas Public Gold di www.publicgold.com.my. Pasti anda akan tahu emas pelaburan Public Gold jauh lebih murah.
Kerugian #2 - Susut Nilai Tinggi
Susut nilai barang kemas biasa sekitar 25% sedangkan syiling 1 dinar Public Gold cuma 6%. Maksudnya, kalau harga emas naik 20%, pembeli barang kemas masih rugi 5% sedangkan pembeli syiling 1 dinar boleh tersenyum dengan keuntungan 14% (20% - 6%)! Untuk fahami dengan lebih lanjut tentang "susut nilai" ni, anda boleh rujuk penerangan saya dalam artikel "Perbandingan Spread (Susut Nilai) Emas di Malaysia".
Kerugian #3 - Rugi Kos Upah (Workmanship)
Barang kemas ada caj tambahan yang dinamakan "kos upah" atau "workmanship". Harga upah ni bergantung kepada pekedai emas dan ia boleh dimanipulasikan oleh pekedai emas. Kalau harga emas rendah, pekedai boleh naikkan kos upah untuk top-up keuntungan dia. Walaupun harga emas tengah rendah, anda akan tetap bayarnya dengan harga yang mahal.
Kerugian #4 - Pergerakan Harga Perlahan
Harga barang kemas agak 'statik'. Biasanya, kalau harga emas dunia naik, harga barang kemas akan terus naik! Tapi kalau harga emas dunia turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa bulan.
Berbeza dengan emas pelaburan macam Public Gold, harga 'disemak' setiap 20 minit mengikut "real-time" pergerakan harga emas dunia! Kalau harga emas turun tengah malam, anda boleh borong harga murah dan boleh tersenyum esok paginya kalau harga emas naik balik.
so bila nak masuk bidang emas2 ni kena ada ilmu..first beli untuk apa...melabur ke nak pakai cantik..
Memang selalu saya jumpa kes orang tersilap beli barang kemas untuk pelaburan. Puncanya, dia tak ada ilmu. Punca kedua, dia berjumpa dengan PENJUAL emas, bukan 'consultant' pelaburan emas. Matlamat penjual ialah menjual! Mereka ada sales target! Untung rugi pelabur tu no. 2. Dan hampir pasti, penjual tu tak akan dedahkan tentang "susut nilai / spread" yang menjadi faktor paling utama menentukan keuntungan sesuatu emas pelaburan.
Keduanya, fahamkan berbezaan antara emas perhiasan dan emas pelaburan. Barang kemas dikategorikan sebagai emas perhiasan. Matlamatnya ialah cantik, bukannya untung. Tapi emas pelaburan matlamatnya adalah untung. Kalau nak melabur, kena beli emas pelaburan macam syiling emas, dinar emas, atau jongkong emas sebab ia memang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan
14 comments:
gud info suzz.. tpppp.. nk beli emas pun duit takde haha
kak suzie..sy pon tengah survey emas nak beli utk kawin nanti. dah tanya poh kong tomei semua tu yg branded2 tu mmg harga diorang tak turun. dia ada explain kenapa tp malas nak dengar. tp bila pergi kedai emas biasa yg takde nama mcm tu harga dia murah la ikot pasaran semasa. so sekarang tgh berkira2 nak beli kat kedai biasa je..
tengah berfikir2 nak beli emas untuk pelaburan :-)
kecoh 2,3 ari lepas kt fb
ada kedai emas area negeri sembilan sana
ramai dok pegi bli emas
rasanye rege dalam 140 gitu
mak saya memang mengikut tips kat atas tu mengikut pemerhatian saya keatas barang kemas dia. hehehehe. orang2 tua ni lagi banyak ilmu emas dia :p kalau nak pakai duit urgent, semua mintak dengan emak :p hehehehe
yup..betul info mz tu.. Suya prefer beli naked gold then bawa pergi upah kat mana2 goldsmith.. lagi murah dan berbaloi :)
thanks for info mz.. kat PK Jusco Bukit Raja rm155 pergram
slm sis wah bgsnya info ni,saya mmg tgh plan nk beli emas utk pelaburan.tp x pasti jongkong atau dinar...rs nk beli jongkong kot.tq ye beri info ni nnt blh saya bincang dgn incik suami he3...terus bookmark page ni ^^
smalm lalu kat wah chan..tgk sama jer..emas 916 dalam 170++ camtu.
kalu orey tino kelate gak sokmo mok2 pesey beli mah byk2 sipey. Tp ambo jugok hok tak dop mano gele, rantai mah ni.
takdok pitih nak beli emas la Mz..suka sangat barang kemas..but belum mampu nak beli..pakai pun yg hubs bagi masa kawen..huhu
biasenye org2 tua mmg pandai ba2 emas nih kan..mmg dgr aritu kt fb harga emas turun tu
assalamualaikum ... saya pun tgh survey barang kemas n emas utk pelaburan ... cuba tgk fb Darul Emas Perak ... jual lbh murah tapi online ... saya pun sdg usha nih ... kakak ipar saya dah beli kat fb nih ... lbh murah dr harga semasa / psrn ...
na baru je p kedai mas smalam.rembat cincin murah2..hehehehe..rege 140segramm..hehehee
Post a Comment