taken from HERE
TOLAK BALA DENGAN SEDEKAH
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW. :
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah
mendahului sedekah".
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah "Ubatilah penyakitmu dengan
sedekah".
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran
bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk
melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai
contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita
temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb)
menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal
sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan
laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) ,
sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka
yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti
keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan
umatnya untuk selalu bersedekah.
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian
sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada
pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan
maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum
sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan
biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at
ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at
berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih
dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat
berharga di sis i Allah Azza Wa
Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan
sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak
mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk
kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan
memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. tidak
menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur
(invest) dan menabung di sis i Allah dengan jalan meminjamkan
pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya
berlipatganda.
Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan
betul MZ sangat setuju.
ReplyDeleteAlhamdulillah..sikap suka sedekah masih tebal dlm diri Yumie..Yumie suka bersedekah..
ReplyDeleteCikgu amik masa 2 thn lebih berusaha nak dptkan firas....salah satu tipsnya cikgu amalkan bersedekah.....alhamdulillah,walau x byk yg cikgu hulur....tp rezki yg allah balas sgtla berharga
ReplyDelete