semlm MZ layan FB and ternampak ada nukilan hubby kpd my ex-housemate..
sedeynya bila baca apa yg ditulis...berjurai2 air mata MZ...and otomatik MZ teringat pada arwah ayah..
hanya Tuhan yg tahu beta[a MZ sgtlah takut menghadapi kehilangan abadi utk kali kedua --MZ tak putus2 berdoa agar Allah melanjutkan usia mak MZ dan memberikan dia kesihatan, kesejahteraa..
"Mak dah ok.. Dah nak balik dah..." Itulah
ayat terakhir perbualan dengan Mak pada malam 15 Nov 2012...Tapi rupanya
aku gagal memahami maksud sebenar ayat Mak itu... 7.01 pagi, 16 Nov
2012... Aku menerima panggilan dari adik (Nur Azhani) dengan suara yang
teresak-esak mengatakan Mak dah pengsan dan minta aku segera datang ke
rumah...jarak antara rumah aku dengan rumah Mak tak jauh dan aku tiba
dalam masa tidak sampai 15 minit...
Dengan sangkaan Mak 'pengsan' kerana keletihan .... Tapi berdegup kuat
jantung bila melihat Abah sedang memangku Mak dan adik-adik
mengelilinginya menangis memanggil Mak... "Abang, Mak dah tak ada...
nadi pun dah tak ada..." ketika itu aku masih diam dan cuba mengosongkan
perasaan... Ada bersama ialah jiran kami yang baik hati En. Husin
tengah bercakap dengan operator di talian kecemasan...
Operator mengarahkan untuk melakukan CPR...dan aku dengan segala tenaga
yang ada cuba melakukannya dan dengan rasa jasad Mak yang masih panas
aku masih membayangkan yang Mak akan sedar dan bangun seperti biasa...
Hampir 20 minit melakukan CPR aku nampak perubahan pada bibir Mak...
Semakin pucat dan panas tubuh Mak semakin menghilang.... Setiap hembusan
udara ke kerongkong Mak hanya diikuti dengan dengan bunyi kuat udara
yang keluar semula...ketika itu Abah telah dulu redha... "Sal... semua
dosa-dosa kau aku ampunkan... semua aku halalkan...moga kita dapat
berjumpa di sana...".... aku masih cuba memekakkan telinga...sehingga
ambulans tiba... Dan paramedik sendiri turut mengesahkan....yang Mak dah
tiada...Mak dah berhijrah ke alam yang lain... Ketika itu segala sendi
rasa lemah... Penghujung ayat paramedik hanya di sahuti dengan tangisan
kami sekeluarga...
Rupanya sebelum itu Mak berjalan ke dapur
menuju bilik air dengan niat untuk berwudhuk dan menunaikan solat...Mak
mengadu pening sebelum sempat masuk ke bilik air... Mujur Abah sempat
mendakap Mak... Mak muntah dan dari mulutnya hanya berkata "Allah...
Allah... Allah..." sebelum nafas Mak berbunyi kuat sebanyak dua kali dan
Mak terus membisu... Begitu mudah 'Mak balik'....
Segala
urusan untuk menghebahkan berita pemergian Emak diserahkan kepada
saudara mara dan jiran... Aku sekadar sempat memberitahu beberapa orang
rakan... dan memuatkan berita pilu ini di dalam Facebook... Walaupun
jari ini menggeletar sewaktu mengeja setiap patah perkataan... Pada masa
itu aku rasakan itulah medium paling pantas untuk memberitahu sahabat
dan saudara-mara...
Apabila kenderaan dan pengusung jenazah
tiba... sekali lagi perasaan kami sekeluarga bagai dilanda tsunami tahap
10 kerana saat itu kami tahu yang Mak tak akan kembali ke rumah... Tak
akan ada lagi limpahan kasih sayang seorang ibu... Hilang sudah keramat
besar... Putus sudah doa untuk kami dari sumber yang tidak disekat oleh
Al-Rahim...
Sewaktu mengisi borang pengebumian... Air mata tak
berhenti mengalir bila mengisi nama Mak di ruang butiran 'si mati'...
Sukar menerima realiti bila aku mengeja nama sendiri di ruangan
'waris'.... "Betulkah Mak aku dah tak ada ??... Betulkah apa yang jadi
ni ?? " Terasa seperti terlalu lama masa yang diambil untuk menyiapkan
borang yang sekadar satu muka surat... Bermacam detik kenangan dan
bayangan kasih sayang Mak bermain di fikiran... Setiap kali aku
memejamkan mata dan membayangkan Mak... yang ada hanya wajahnya yang
tersenyum...dan matanya yang memandang redup penuh kasih sayang...
Selesai Mak dimandi dan dikafankan kami bergilir menatap wajah Mak buat
kali terakhir... Aku kucup dahi Mak untuk beberapa saat... Namun aku
tahu untuk seumur hidup rasa sejuk dahi Mak ketika itu tak akan aku lupa
sampai bila-bila ... Dan wajahnya berseri dengan raut yang seakan
tersenyum menjadi tanda selamat tinggal untuk kami semua.
Selesai solat Jumaat dan solat jenazah... Aku bergegas ke 'rumah baru'
Mak di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota... aku antara orang terawal yang
sampai... Tanpa berlengah aku masuk ke liang yang bakal menjadi ruang
rehat jasad Mak... Jasad yang seumur hidupnya tidak pernah berehat dan
berterusan berkorban untuk keluarga kami...
Entah dari mana datang
kederat yang ada walaupun kali terakhir menjamah makanan sudah lebih 24
jam yang lalu... Tiada seteguk air pun yang membasahi tekak dari pagi...
Yang ada hanya semangat untuk berbakti kepada Mak buat kali terakhir...
Sebelum ini aku pernah juga membantu dalam urusan
pengkebumian... dan biasanya sekadar berada di 'atas' atau di luar
liang... Tapi kali ini apabila terdengar arahan supaya "...anak-anak
masuk dan sambut jenazah..." Sekali lagi aku dipukul oleh realiti yang
sangat berat untuk diterima... Jauh di dalam hati aku berharap agar
semua ini hanya mimpi sedih yang akan hilang apabila terjaga nanti...
Lembut sungguh jasad Mak apabila aku sambut dan baringkan di liang
walaupun telah beberapa jam rohnya betpisah dari jasad.
Selesai
bacaan talkin dan tiba masanya untuk semua yang bukan 'ahli' untuk
pulang...aku memimpin Abah yang sangat terkesan dengan pemergian Mak
yang mengejut... Aku cuba menguatkan diri untuk Abah... Tapi sebaik Abah
masuk ke dalam kereta dan terus bertanya "Mak mana...?" Aku tak mampu
lagi untuk berpura-pura kuat...
Mak pergi dalam keadaan
bersih... Dengan doa dalam pangkuan Abah... Di bulan Muharram sebagai
tanda hijrah... Di pagi Jumaat penghulu hari... Dibawa dengan kenderaan
dan pengusung jenazah yang baru dan cantik (Mak yang pertama
menggunakannya)...jenazah Mak diuruskan dengan pantas dan
cekap...disolatkan dengan hampir penuh Masjid Salehudin Al-Ayubi yang
setinggi tiga tingkat itu... Dan dikebumikan dalam suasana yang redup
dan sejuk tanpa hujan walaupun dalam musim hujan dan banjir ini hujan
turun dengan lebat setiap hari...
Sambil merenung jauh Abah berkata...
"Mak pergi dengan mendapat 'rezeki' yang sangat baik... Tapi kita yang
tinggal ini yang merasai kehilangan yang sangat besar..."
note : hanya yg pernah mengalami akan paham perasaan kehilangan org tersayang..Al-fatihah utk arwah Hj Ismail Awang Besar yg sentiasa me rindui..moga2 Ayah bahagia di alam sana...
me 2-2 dah takde suzz. Selang setahun ajer :-( moga Ma u panjang umur dan sihat yek....
ReplyDeleteSedih dan terharu..Tapi sebagai umatnya kita memang kena terima hakikat kehilangan sebab semua pun akan kembali ke alam yang hakiki..
ReplyDeleteperpisahan yg abadi ni.. mmg perit mulanya.. hanya mampu sedekahkan al-fatihah... moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.. selalu buat mcm tu kalau ingatkan arwah adik..
ReplyDeletesedihnye mz....apa yg ditulis tu cam terbayang2 lg kat mata saat kehilangan arwah ma 7 thn lps...
ReplyDeletealfatihah utk mereka yg telah pergi dulu....
sedihnya..Ayu pulak yg tersedu2 kat opis baca nota tu..nasib time rehat, takde orang... Ayu belum pernah lagi rasa kehilangan insan2 yg penting dlm hidup Ayu lagi..so far and tak tau la macam mana plak Ayu hadapinya itu nanti..tapi Ayu ingat lagi, masa arwah nenek Ayu meninggal, Ayu still ingat lagi mcm mana Ayah Ayu sbg anak sulung, menangis teresak2 ..bila dia kena uruskan jenazah arwah nenek Ayu tu...Ayu time tu..dah sedia ada sedih, lagi sedih bila tgk Ayah Ayu mcm tu...
ReplyDeleteAl Fatihah untuk arwah makcik tu,
Al Fatihah untuk arwah ayah Kak Suzie,
semoga mereka aman di sana...... amin!
ijah baca pun sebak ni :(
ReplyDeleteya allah sedeynya...
ReplyDeleteibubapa memang tiada galang gantinya
paham akan rs perit nye perpisahan abadi ni. dah lalui bln puasa last yr. arwah atuk pergi menemui yang Maha Esa. x terucap rasa tak terluah perasaan ni.
ReplyDeletesedih sangat.. tak dpt bayangkan kalau terjadi pada diri - sendiri... semoga roh yang tersayang aman di sana.. amin.
ReplyDelete:-(
ReplyDeleteperit tekak2 baca nukilan ni..setiap yang baca pasti akan membayangkan wajah ke2 ibubapa sendiri..saya pun belum mengalaminya..xtau la sekuat mana..tapi panggilan Ilahi itu pasti..
ReplyDelete