Thursday, 17 January 2013

Ujian maha berat

emosi terganggu...sedey sgt2 bila terbaca status one FB fren (she's also my comper fren) nama Anida yg mana anaknya kini sedang koma kat ICU ...

actually segalanya berlaku sgt mengejut...his son nama Aliff...mula2 demam panas (cecah 42 C), masuk wad, then jd lebih kritikal ie sawan and koma... Doc kata kemungkinan dh melarat jangkitan/infection kat otak :(
 ni me copy paste status FB Anida...:(
"Doakan alif respond pada ubat yg bakal doc bagi. Keadaan alif sgt kritikal. Skang koma."
Besar sgguh dugaan yg ku terima. Masih terasa kehilangan arwah amira, kini ku diuji pulak dgn alif. Apa yg Allah buat adalah yg terbaik. Tiada satupun yg tak baik. Alif, kuatkan semangat mu sayang. Ramai yg doakan kesihantanmu. Walau dr. kata harapan tipis, namun kita merancang tp tuhan menentukan. Semoga dgn doa-doa semua keajaiban akan berlaku. Ibu sayang alif!
marilah sama2 kita doakan agar Aliff cepat sembuh...amiin
Syahdunya hati ibu melihat wayar berselirat, hidung yg bertiup. Sekelip mata saja ianya berlaku. Baru semalam alif marah ibu sbb salah tekan games kegemaran alif, baru semalam alif nyanyi lagu untuk dia. Ya allah, ya tuhanku, kuatkanlah semangat alif untuk melawan virus yg menyerang otaknya. Kuatkan semangat anakku ya allah. Berilah alif kesihatan yang sempurna seperti sediakala. Aku memohon kepada Mu.

note : ujian Tuhan dtg dlm pelbagai bentuk...ujian musibah sgtlah berat .... segala kegembiraan, kebahagiann yg kita miliki hari ini wajib kita syukuri hargai kerana Allah boleh amik dlm sekelip mata ajer...

9 comments:

juelee said...

semoga alif sembuh.. saya memang sensitif baca ot tgok bab anak sakit, sbb sangat paham naluri hati ibu bila anak terlantar ni..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Ya Allah ya Tuhan ku...saya sangat bersimpati dgn Anida tu..sy terus bergenang airmata bila bc status Anida ni....

dah la nama anak dia sama ngan anak saya...Aliff..

semoga Aliff kuat melawan penyakit nya...Ya Allah tolonglah lindungi anak ini..Ameen...

CeqGu said...

sedihnya, ya allah sembuhkan lah alif, kuatkanlah semangatnya, berilah dia peluang untuk menikmati hidup di dunia ini bersama keluarga tercinta. aamin ya rabb

Wonderful Life with Mary Kay said...

Sedihnya baca.. Semoga Aliff cepat sembuh...

AyuArjuna BiGoshh said...

die sbnrmya start dengan cirit..demam tu dtg secara tiba2...

Encik X said...

semoga disembuhkannya dari kesakitannya..

Abil Fikri Ahmad said...

Me n Gee doakan Alif sembuh dan mendapat kesihatan yg baik..

Matjoe said...

semoga alif sembuh. skng sakit anak2 bukan boleh pandang ringan. sedih nya dengar...

Unknown said...

semoga aliff cepat sembuh..

baru awal bulan 12 haritu gi tgk anak sepupu kat hopital besar KL yang berusia 6 bulan dapat penyakit kuman dalam otak ni..memang tak sanggup tgk sebab wayar berserabut. BAYANGKAN 6 bulan tapi tempurung otak semua dah kena tebuk sebab nak keluar cecair kuman tu..kesian sangat tgk baby tu...me menitis air mata dan tak sanggup duduk lama2 dalam bilik tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails