ada 19 tips (me amik kat FB) tapi rasanya tak mampu nak buat semua...jom buat checklist :)
♥ 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI ♥
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon
pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang
sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti
I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan
perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari
peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada
gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya
apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda
mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar
berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau
sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada
disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak
sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu
amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan
atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk
peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja
yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau
dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka
teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15.
Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri
melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam
rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda
mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas
tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia
sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
4 comments:
good info!
wah thanks for sharing
hehehe malu cikgu nak baca hak no 2 tu
KAK...bagus tips ni...suka...leh copy x??? nak simpan kat blog jugak...
Post a Comment