Golongan berpendapatan sederhana rendah yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan berdepan kesukaran memiliki kediaman sendiri berikutan keghairahan pemaju dan spekulator yang mengambil sikap mementingkan diri dengan menaikkan harga rumah secara keterlaluan terutama di Lembah Klang.
Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan, Chang Kim Loong berkata, keluarga dengan pendapatan sebanyak itu hanya mampu membeli rumah yang berharga sekitar RM200,000 sedangkan boleh dikatakan tiada lagi unit baru yang dibangunkan dengan harga terbabit.
“Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan RM6,000 di mana kedua-dua pasangan bekerja, mempunyai sebuah kenderaan dengan seorang anak selain tanggungan kepada ibu bapa, akan mempunyai baki untuk simpanan kira-kira RM150 saja sebulan sekiranya mereka membeli rumah berharga RM400,000 seperti yang banyak dijual kini,” katanya.
setakat yg me tahu...selangor-Kl---memang mahal kan umah2 esp yg baru dibina...
harga umah kat area Gombak (area me) memang sgt mahal...umah yg me beli ni pun harga RM253k ..kecik jer bukaannya (keluasannya)..atas bukit plak tu :( tak de pilihan sbb me tak mampu nak beli yg lagi besar or kwsn yg lagi elok--instalment bulanan sgt tinggi kalau umah yg harga RM300k above...
beshkan uolls yg gaji bulanan tinggi (combined salary husband-wife)...
note : bersyukur dgn apa yg ada sambil berusaha utk improve apa2 yg termampu
7 comments:
mmg mahai MZ.. harga makin tak masuk akal tapi saya terpaksa gak beli sbb tak selesa duduk kuarters.. huhuhuh
rasanya kerajaan kene buat something sbb saya pnh tanya pemaju, mostly yg beli rumah mahai ni warga asing or org kaya2 yg bt investment, sbb tu even mahai pun still laku
Betul tu MZ, harga rumah dah melampau2 skrg ni. Masalahnya harga rm700k pun org sanggup beli....sbb tu la pemaju berani jual harga tinggi. Krjn kena buat something la rasanya. Kekadg harga mahal sebab nama pemaju, tp kualiti hampehh. Sakit ati!
pening bila fikir harga rumah...
memang mahal kak... yg combine salary rm6k pun tak mampu beli inikan pula yg combine salary below rm6k... Menangis kak nak beli rumah ni semua...
me lagiii la suzz not working :-( me beli year 2004 masa tu harga umah me RM226,600. La ni area umah me mengarut harganya. Mencecah RM800,000 +++ Harga GILA!!!
Fulamak mahal gila. Kalau begini harus saya belajar rajin-rajin, dapat pekerjaan yang bagus-bagus di samping pendapatan yang lumayan. Hidup senang, tinggal beribadah kepada Tuhan dan membuat amal jariah. ;)
Masih tgh survey2 rumah..huhu
Post a Comment