bersyukurlah jika ada dikurniakan life partner/soul mate yg baik..(alhamdulillah, mr hubby is one of the few)...me ternampak psl ni kat FB my fren...sambil baca sambil berpikir and count my blessings...and never ever take things for granted...
RENUNG RENUNGKANLAH.... JANGAN SAMPAI JADI HAMBA LELAKI...
itu semua takdir Allah....kalau dapat yang baik dah kira nasib...
apa pun hidup ini mesti diteruskan....
40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI
1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak
bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak
buat teknik macam2. Sayangnya PUTUSKAN PERTUNANGAN kerana merasakan dia
tidak boleh bimbing saya soal agama.
2. Malam pertama saya
berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas AKAD NIKAH. Dia
bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin.
Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh
tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
3. Selepas 3
bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya
hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya
geledah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya
baru dia mengaku selama ini dia duduk SERUMAH dengan kekasihnya. Saya
lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat
cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
4. Beli
cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang
duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya.
Dia cuma beri "BENIH" sahaja.
5. Suami mahu anak ramai dan
tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu
bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat,
saya pun BEKERJA juga.
6. Bapa tak pernah mengajar saya
SEMBAHYANG dan PUASA. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak
dalami ilmu agama sendiri.
7. Ramai menuduh saya jahat apabila
bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak WARAK, tetapi siapa pun
tidak tahu saya merana kerana suami mahu SEKS tiap2 malam dan suka liwat
saya.
8. Suami tetap 'MAHU' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
9. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya
tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia
PENGANGGUR dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
10. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun,
saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks SESAMA jenis.
11. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".
12. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar
dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya
kerana menuruti kehendak emaknya.
13. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
14. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walau pun muka si
anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya.
Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
15. Saya dah tak larat menasihati suami supaya SEMBAHYANG. Bulan puasa
dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa
mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
16.
Apabila marah, suami suka MENGUNGKIT setiap sen yang dibelanja untuk
saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun
dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.
17. Suami
tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3x seminggu dan rumah
tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.
18. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berJIMAT CERMAT untuk
belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju
sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami
jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
19. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan
anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan
KERETA kesayangannya.
20. Siapa tidak sayang EMAK. Tetapi,
saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2
mahu penuhi hajat emaknya yg berSELERA BESAR. Duit gajinya tak pernah
cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
21. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'TAKDE
DUIT'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja
gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.
22. Suami
gila beli NOMBOR EKOR. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10, letak di
dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3
hari tak keluar bawak teksi.
23. Tabiat suami saya memang
pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari BOMOH, lepas itu tanam macam2
jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak'.
24. Sewaktu
bercinta mmg saya tahu suami KAKI JUDI tetapi dia berjanji nak berhenti
lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang
tuntut HUTANG perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
25. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri
lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka
KAHWIN CERAI di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak
menganggu hidupnya.
26. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai
setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti.
Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik GANJA dengan kawan2.
27. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami PENAGIH kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
28. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,
saya tidak boleh tahan PANAS BARANnya. Kalau marah, habis dibaling
barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
29.
Pernah saya nasihat suami jangan suka terima RASUAH. Dia degil. Mula2
cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu.
Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara
anak sementara dia di dalam penjara.
30. Dia kaki ROKOK. Saya
penghidap ASMA yg kronik dan tak tahan dgn bau rokok. Dia tak tau ke,
2nd hand smoker tu kesannya 2 kali lebih bahaya dari perokok tu sendiri?
31. Sejak berniaga, suami gila KARAOKE. Kononnya nak rai pelanggan.
Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang
perniagaannya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik
negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
32. Dulu
hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab
ketagih DADAH dan selalu PONTENG kerja, terpaksalah saya kerja kilang
nak sara anak2.
33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa
mesti nak banding2kan kehebatan si MADU di ranjang dengan saya? Tak puas
lagi menyakitkan HATI saya selama ini?
34. Kami memang
MISKIN. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung,
buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung.
Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "JAGA".. siang dia kerja
tidur atau melangut di kedai kopi.
35. Bab duit ringgit saya
tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar,
kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak,
tetapi masih membiarkan saya melihat "GIGITAN CINTA" perempuan lain di
badannya.
36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak,
bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak
ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis
bayar HUTANG. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap.
Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga.
Jenazahnya diurus abang saya dan pihak hospital.
37. Saya
bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus
capai kunci MOTOR BESARnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda...
sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri
terkial-kial menguruskan anak.
38. Walaupun sudah lama masuk
Islam... MANDI HADAS? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami.
Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas
selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun TAK PERNAH buat.
39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana
mereka dapat buktikan KEJANTANAN kepada kawan2 apabila isteri HAMIL,
dapat pengurus tetap menjaga KAIN BAJU mereka, dapat tukang MASAK
percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga BEKERJA dan bantu SARA
keluarga serta dapat SEKS halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan
silap haribulan berendam airmata...
40. Selepas 15 tahun
berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang
'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat DINGIN. Kami hanya
bercakap perkara penting sahaja. Hubungan SEKS hanya 2-3 bulan sekali.
Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan
kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
oleh: Rosmadi Harun <rosmadi.harun@avon.com>
4 comments:
Itu sifat2 yg tak baik ler..40 sifat2 yg baik pulak cmana?..
harap dapat teman hidup yang boleh terima diri seadanya :)
Pergh..syukur alhamdulillah CiM dkurniakn lelaki yg tdk spt di atas.
takutnya baca kisah2 kat atas tu..harap jauh lah berlaku pada anak2, cucu2 dan keturunan kita2...
Post a Comment