Thursday, 13 December 2012

Lalai sesaat sesal seumur hidup

pagi semlm semasa bersiap2 nak pegi keje, sambil2 me tgk MHI...nampak psl berita ada kanak2 umur 6 tahun lemas kat taman tema kat negeri sembilan..then pengacara MHI siap call mak arwah budak tu utk interview ringkas over the phone..

then me terbaca kat forum cari psl berita ni...

then me try google..then terjumpa kat LINK NI...

Budak 6 Tahun Maut Lemas Di Taman Tema – 

Seorang budak lelaki maut apabila lemas selepas mandi di salah sebuah terusan air di taman tema di Rembau, semalam. Muhammad Putra Syakirin Ahmad Syahir, 6, dipercayai lemas ketika sedang bermandi seorang diri di terusan air taman tema berkenaan pada jam 2.00 petang. Ibu mangsa Musyita Zahari, 26, ketika ditemui berkata, ketika kejadian berlaku, beliau sedang menyusukan bayi lelakinya yang berusia lapan bulan. “Ketika sedang menyusu bayi, saya terdengar bunyi bising daripada orang ramai yang menjerit terdapat kanak-kanak lemas.

“Saya segera menyuruh suami, Ahmad Syahir Abd Aziz, 26, untuk melihat mangsa lemas itu namun tidak sangka kanak-kanak yang lemas itu adalah anak saya,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), semalam.

Musyita merupakan seorang pelayan restoran sebuah hotel di Port Dickson menambah, suaminya cuba melakukan bantuan pernafasan namun anaknya itu tidak menunjukkan sebarang respons.

“Orang ramai turut cuba membantu namun gagal dan kami segera membawa ke Klinik Kesihatan Pedas.
“Pihak klinik cuba memberi bantuan dan membawanya ke HTJ menaiki ambulans namun anak saya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Tambah Musyita lagi, dia tidak menyangka anak sulung daripada dua adik-beradik yang mesra dipanggil ‘bobob’ itu akan meninggalkannya sekeluarga.

“Kejadian ini amat mengejutkan kami sekeluarga, bagaimanapun kami redha,” katanya.

note : pengajaran utk semua ibu bapa termasuk me..memang tak boleh  biar anak2 main air sorang2 (kebetulan me & family kan baru jer pegi taman tema bukit merah ie tempat main air gaklah)...so sgt terkesan bila baca berita sedih kat atas tu...seriously tak boleh lepas pandang even sesaat pun..termasuklah time pegi shopping2 etc...


 

7 comments:

  1. betul tu mama .... menjadi pengajaran.... supaya mengambil berat tentang anak anak

    ReplyDelete
  2. jgn fikir tempat ramai orang ade orang boleh tengok tengokkan anak kita. lemas ni kadang2 kita tak perasan pun budak lemas..tau2 dah hilang dr pandangan. saya pernah lemas dan mulanya rakan rakan ketawakan kerana ingat saya bergurau.

    ReplyDelete
  3. saya kan mz
    klw damia g mandi sungai ke
    klw amrul nak bawa
    saya mesti ada sekali
    kadang time keje dia nak bawa anak mandi
    cam tak caya
    nak tgk dia depan mata
    baru caya

    ReplyDelete
  4. orang kata ajal maut ditangan tuhan.. tapi kalau sebabnya tu adalah kelalaian kita..mmg akan terasa sesalan seumur hidup..

    ReplyDelete
  5. tengah terbayang kalau anak yang meninggal tu anak saya...*sayu...*

    - www.FaridAdam.com -

    ReplyDelete
  6. tapi kadang2 kita terleka kejap....

    ReplyDelete
  7. i adalah seorang yang paranoid.. i tak percaya emir pergi mandi air without ada i depan mata.. walaupun bapaknyer :)

    ReplyDelete