Wednesday, 17 October 2012

Tak jadi ber acai berry | agak2 Alpha Lipid tu ok ker

tq pd readers yg sudi komen2 kat entry MZ psl acai berry tu..yep..MZ memang ada dgr psl bahaya acai berry sbb ada kandungan drugs and then MZ pun google2 utk dptkan info.


ni antara blog yg MZ singgah utk baca...and MZ tepek apa yg blog tu tepek/tulis lah..

 Utusan Malaysia bertarikh 6 Mac 2012 (Selasa).
Kuala Lumpur (6 Mac) – Orang ramai terutama  wanita yang gemar mengambil sejenis produk  melangsingkan badan berasaskan buah acai beri,  diminta menghentikan amalan itu kerana ia  disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang  membahayakan kesihatan. Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk  yang sudah setahun berada di pasaran itu  mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan  kesihatan.

Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat  Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar  Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat campuran bahan kimia beracun `Sibutramine  Hydrochloride’ dalam produk kesihatan  menggunakan buah yang kaya dengan bahan  antioksida itu.

“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas  arahan dan pengawasan doktor, namun  pengambilan tanpa dos yang sesuai dan dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan  dan menyebabkan kematian.

“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah  dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat  melangsingkan badan selepas menggunakannya tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas  akibat kesan sampingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar  produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar  Puteri Puchong dekat sini hari ini.
Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11  pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan  Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa  Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM) termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid  Wan Ibrahim.

Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan  bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan  tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan  syarikat berkenaan menggunakan logo halal  keluaran swasta yang kini sudah tidak  dibenarkan.
Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di  Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat  pengedar dan rawatan produk berkenaan di  seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan  USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak  hari ini.

“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan  membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa apabila mengambil produk tersebut dan hasil  analisis yang dijalankan terhadap produk itu  kemudian mendapati ia mengandungi  `Sibutramine Hydrochloride’.
“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan  kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko  tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala  serta mempercepatkan denyutan jantung,”  ujarnya.

Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah  pengguna mengalami keseronokan melampau,  perubahan selera makan, kegagalan buah  pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah  tidur.

Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita  berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang,  Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat  mengambil produk kesihatan mengandungi bahan  kimia beracun ini untuk melangsingkan badan.

note : MZ tau sebenarnya tak de short cut kalau nak lose weight...tapi ramai gak yg dok promo2 Alpha Lipid tu...MZ lom sempat google2....ada readers nak share/komen2 tak?
.

5 comments:

  1. salam sis..

    pd pendapat sy jika berkemampuan boleh ambil produk ape sj asalkan mendapat kelulusan KKM..
    dari sudut pengambilan produk pula, semangat,usaha n istiqamah itu penting untuk memastikan kekal langsing..
    memang x dinafikan ada pelbagai produk yg menjanjikan keberkesanan produk mereka, cm atas kita sesuai atau tidak pd badan masing2..
    ALII mmg bagus diamalkan..x semestinya SD11 tp alpha line colostrum milk sesuai diambil seisi keluarga..

    itu sj perkongsian dr sy..(bkn niat nk promote ape...sekadar pandangan shaja..hihihihi)
    note..akak dah selim nk selim pe lg..hihihi..mgkin utk tingkat prestasi dalaman wanita gitew...

    tq

    ReplyDelete
  2. salam MZ,
    saya bukan nak skeptikal dengan product alpha lipid tu..saya pun tak pernah cuba..tapi tengok dari promosi diorang mostly guna kaedah tak ambik carbs..mudah kata.. guna atkins diet..saya da banyak baca pasal atkins diet ni..actually kalau guna atkins diet..tak payah minum alpha lipid pun da boleh turunkan berat badan..cuma agak seksa la atkins diet tu.. dan banyak dietician yang tak setuju sbb ianya adalah kind of fad diet..

    dan..salah sorang schoolmate saya pernah cuba alpha lipid. katanya bila dia consume alpha lipid tu cycle periodnya jadi tak betul. bila dia consult doktor.. doktor suruh dia stop ambik. bila stop tu ok pulak. lepas tu dia takut nak cuba..

    tapi saya sendiri tak pernah cuba la.just dari apa yang saya baca.. maybe boleh tengok feedback orang lain jugak..mungkin lain org lain feedbacknya..

    pada saya the best way to lose weight adalah healthy diet.. no short cut macam yang MZ kata.. saya banyak jugak menulis dan share pasal healthy weight management ni..tapi ianya utk long term goal la..

    ReplyDelete
  3. instructor gym tmpt sy pegi exercise br bgtau semlm..pe yg dia tak setuju dgn alpha lipid ni ialah tak bleh ambil buah..sdgkan pengambilan buah2an tu penting..sbb kita dah diet..gula dr buah2an tu akan tambahkan energy..

    so far, sy setia dgn herbalife sbb tak perlu berlapar..hanya tukar hidangan biasa yg kita mkn dgn shake dia..tp mcm2 healthy diet yg kita boleh cuba janji tak jejaskan kesihatan...=)

    ReplyDelete
  4. sy tengok kwn opis ade gak minum alpa lipid,tp tue la kena disiplin sikit la,kena mkn protein ngan sayur jer,jenuh gak la nak tahan xmkn nasi n sewaktu dengannye...
    klu sy memang xleh la,maklum la perut melayu kan...

    ReplyDelete
  5. saya sendiri skeptikal dengan shortcut2 ni. therefore, instead of keluarkan duit sendiri utk beli produk mahal dan tak terjamin hasil dia, baik guna cara yg memang dah berkesan ialah diet seimbang dan exercise. rasanya MZ kene cuba masuk contest yg menang mesin senaman. kalau dapat basikal statik tu mmg bagus, at least boleh exercise dekat rumah, 3 kali seminggu dlm 20 minit.

    mz dah kurus dah. rasanya tak perlu la pikir2 nak kuar duit bagai utk kurus lagi. saya sendiri pernah kurus, caranya sama, senaman dan jaga makan. saya gemuk semula pun sebab tak jaga makan apatah lagi senaman.

    actually tengah semangat nak start turunkan berat saya yg dah cecah 90k ni, therefore mmg my plan is to exercise dengan berlari sekitar taman 3 kali seminggu, puasa isnin dan khamis, makan seimbang dan moderate serta mengawal pemakanan makanan kegemaran saya iaitu nasik kandar kepada 2 minggu 1 kali sahaja. wish me luck.

    like i mention in previous komen, some produk tu ntah apa2 dia letak dalam, kemudian letak harga mahal supaya org beranggapan harga yang mahal tu lebih cepat dan lebih bagus kesannya. imagine la satu tin smpi rm100 utk 1 minggu, sebulan dah rm400, kalau bugdet utk susu isomil anak bongsu saya.

    ReplyDelete