Thursday, 13 September 2012
Pemergian seorang blogger | wpun tak kenal tapi rasa kehilangan
..ternampak berita kat LINK NI .
. Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwick atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak 3 Jun lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari. Al-Fatihah buat Yasmin. Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.
Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah. Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk
‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Instagram.
Selain itu, melalui Twitternya pula dia menulis takut untuk tidur kerana sering bermimpi buruk. Dia adalah pemilik dan penulis blog www.misschronicz.blogspot.com, walaupun namanya tidaklah sepopular Hanis Zalikha namun dia pernah menjadi ‘trending’ topik di Twitter.
Sejurus mendapat berita mengenai ketiadaan arwah, ramai rakyat Malaysia yang tak putus-putus menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya. Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini:
Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers.
still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.” Mengimbas kembali kejadiaan yang telah menimpa Yasmin, ia berlaku sekitar 12 tengah malam di mana dia bersama dua lagi rakannya maut di tempat kejadian semasa hendak membuat pusingan ‘U’ di Padang Gaung, Langkawi.
Mereka telah dirempuh oleh van pelancong yang datang dari arah Ulu Melaka. Ketika itu, mereka tidak memakai topi keledar malah menunggang motosikal tiga orang sekali gus. Hari ini, ibunya telah menulis di blog yang arwah telah mendapat markah tertinggi dalam ujian piano gred 4. Ibunya turut memberitahu yang mereka sekeluarga amat merinduinya.
then me pun singgah kat blog arwah yasmin--comel orgnya....al-fatihah buat arwah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
|
6 comments:
innalillah..semoga keluarga arwah tabah menghadapi pemergiannya.. dan semoga roh arwah yasmin ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman..
usia bukan pengukur jauh dekat seseorang dengan kematian..kita kena sentiasa bersedia..
dah baca pasal ni, alfatihah untuk arwah.
Al-fatihah.
Takziah buat keluarga arwah.. dan al-fatihah...
sebak jer bila family arwah tulis mcm nie..Alfatihah..
Al-Fatihah utk arwah Yasmin.. semoga keluarga arwah tabah dan sabar dengan ujian dari Nya
Post a Comment