bahagianya jd seorg yg bernama Lisa Surihani ;) moga2 akan dikurniakan zuriat soon
credit : LINK
Selepas
enam tahun beraya tanpa wanita bergelar isteri, kini Yusry Abdul Halim,
39 kembali meniti bahagia bersama insan yang dicintainya, Lisa Surihani
Mohamed, 26. Ternyata pasangan romantik ini begitu teruja meraikan hari
lebaran bersama.
Kebahagiaan jelas terpancar di
wajah kedua-duanya apabila berbicara mengenai sambutan Aidilfitri
pertama mereka selepas disatukan. Lebih istimewa, pasangan sama cantik
dan sama padan ini bakal menyambut bulan mulia di kediaman baru mereka
yang terletak di Kajang Country Height.
“Saya
bersyukur dan gembira dengan apa yang dimiliki hari ini. Kehadiran Lisa
amat bermakna dalam hidup saya. Dia wanita yang amat istimewa,
bersamanya saya rasa bahagia.
“Alhamdulillah,
sepanjang enam bulan berkahwin kami tidak pernah bergaduh. Kami dapat
menyesuaikan diri dengan begitu baik. Saya dan Lisa ada keserasian.
Sejak mula kenal sehingga menjalin hubungan istimewa, kasih sayang
kepadanya semakin subur. Saya berdoa agar rumah tangga kami bahagia
sehingga ke akhir hayat,” ujar anak kedua daripada empat orang
adik-beradik ini. Sebagai suami, kata Yusry dia berusaha memberikan yang
terbaik buat Lisa. Selain kasih sayang yang tidak berbelah lagi, dia
mahu memastikan permaisurinya hidup selesa di kediaman baru mereka.
“Sebenarnya
saya sudah lama merancang membina kediaman yang selesa untuk keluarga
saya, syukur impian saya akhirnya menjadi kenyataan. Ketika bercinta
dengan Lisa, rumah ini dalam proses pembinaan. Saya ada bertanya tentang
rumah idamannya tapi Lisa hanya mendiamkan diri. Mungkin dia segan
maklumlah ketika itu kami masih belum berkahwin.
“Saya
teruskan perancangan membina rumah mengikut cita rasa saya. Rumah ini
mempunyai nilai sentimental buat saya kerana ia adalah rekaan saya
sendiri khas buat insan yang dicintai. Saya gembira Lisa suka dengan
rekaan dan dekorasi kediaman kami yang berkonsep kontemporari. Cita rasa
kami sama lantaran mudah untuk kami menata rias kediaman ini.
“Saya
mahu meniti hari bahagia bersama Lisa dan membina keluarga di kediaman
ini. Semoga ia menjadi kediaman yang selesa dan sempurna untuk kami,”
jelas pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa ini lagi.
8 comments:
so sweett.. tak sabar nak tgk baby dia orgkan...
suka tengok pasangan artis yg romantis... semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke syurga
Untungkan lisa..bestnya dapat rumah baru..
So sweeetttt.... Rasanya, kalo hubby kita2 ni kaya, mcm tu la juga ;)
fuhhhh romantisnya....
bertuahnye lisa :)
perghh..untung sgt Lisa! hihihi :)
yeye dekat dgn umh ila nanti harap2 blh jumpa lisa live
Post a Comment