Juara Piala FA 2012 itu berjaya melonjak 17 anak tangga berbanding pada kedudukan lama, ke-173.
Malah, pencapaian skuad kendalian Bojan Hodak itu mungkin berubah lagi selepas merangkul gelaran Piala Liga Super musim ini.
Paling membanggakan, pasukan The Red Warriors mengatasi kelab elit dunia seperti Newcastle United (164), Galatasaray (168) dan Los Angeles Galaxy (210) yang turut disertai David Beckham.
Jika ranking jadi ukuran, TRW dijangka tidak menghadapi masalah membenam kelab Iraq, Arbil Sport Club yang kini berkedudukan 218 dunia pada saingan suku akhir Piala AFC pada 18 dan 25 September depan.
source : http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-malaysia/the-red-warriors-ke-156-terbaik-dunia-1.65146
cayalah TRW :D
ReplyDeletewow! hebat jugak ni ;)
ReplyDeleteTerbaekkkk!,,
ReplyDeletetahniah TRW
ReplyDelete