..
tak berkelip2 mata me membaca entry kat
blog Ustaz Love--kupasan yg sgt bernas!!
ni me copy paste sikit..
Ustaz Love ada terbaca satu artikel yang diterbitkan di sebuah laman blog
berunsurkan berita semasa berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh
Dato’ Dr. Mashitah (DDM) terhadap seorang ustaz yang menyampaikan
ceramah dengan cara berlawak jenaka dan membodohkan orang lain. Walaupun
tidak ada nama yang dinyatakan, tetapi artikel yang ditulis itu
menujukan terus kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI), seorang pendakwah
tersohor dari negeri Pantai Timur.
Ustaz Love cuma nak fokuskan pada
kenyataan pelik sang penulis yang mengatakan “kaedah berdakwah dengan
LAWAK JENAKA dan SENDA GURAU tidak wujud dalam tradisi Islam”.. cuba
baca betul2.. ditulis dengan huruf besar tu (Capital Letter) sebagai
tanda keyakinannya terhadap idea tersebut. Bahkan beliau dengan
beraninya lagi menyatakan bahawa Nabi s.a.w. sendiri tidak pernah
bergurau senda atau berlawak jenaka. Jom kita tengok sama2 kebenaran
dakwaan ini..
“Suatu ketika datang seorang wanita
tua kepada Nabi s.a.w. dan bertanya tentang syurga. Baginda bersabda,
“Wanita tua tidak akan masuk ke syurga”. Wanita tua itu mula menangis.
Sewaktu beliau mula nak meninggalkan bilik tersebut, Nabi s.a.w.,
menunjukkan kehalusan sifat jenakanya, menahan wanita tua itu dan
bersabda, “Wanita tua akan menjadi muda sebelum masuk ke syurga” (HR. at-Tirmidzi).
“Ada seorang Sahabat bernama Zahir
yang pernah melakukan perniagaan barangan besi. Suatu ketika, Nabi
s.a.w. melalui pasar dan melihat Zahir lalu dengan kelucuannya, Baginda
memeluk Zahir dari belakang dan berkata, “Ada sesiapa yang sanggup
membeli hamba ini?” Zahir ketawa lalu berkata, “Wahai Rasulallah,
sesiapa saja yg membeli hamba ini akan mendapat kerugian”. Nabi s.a.w.
tersenyum lalu bersabda, “Pada pandangan Allah, nilai kamu adalah tinggi“.
“Ada seorang lelaki berjumpa dengan
Nabi s.a.w. dan meminta untuk menunggang unta. Lalu Nabi s.a.w.
bersabda, “Aku akan berikan kamu anak unta”. Lelaki itu berkata, “Wahai
Rasulallah, apa yang aku dapat buat dengan anak unta itu (maksudnya
macam mana nak tunggang anak unta yg masih kecil). Nabi s.a.w. tersenyum
lalu bertanya, “Adakah mana2 unta yang bukan daripada keturunan unta?
(maksudnya anak unta pun unta jugak)“.
sila baca ulasan panjang lebar kat
blog Ustaz Love
note : personally me sgt mengagumi UAI :) kita perlukan ramai pendakwah yg ada aura utk menyampaikan mesej dakwah dlm dunia akhir zaman ni..
Betul tu..kadang2 dengan berjenaka kita akan ingat apa yang ingin disampaikan..
ReplyDeleteYang penting mesej boleh sampai terutama kepada orang muda..Dakwah tak semestinya serius, kaedah nak menyampaikan tu yang penting..
ReplyDeletebetul betul. Yang penting sampai benda yang betoi.
ReplyDeleteoh, kenape dear. takpe ape pun pilihan u, im sure u have a reason.. ;)
ReplyDeletedrpd dr. mashitah yang macam tak mencerminkan seorang pendakwah , I lebih suka UAI
ReplyDeletebetul.. dakwah x semestinya kne serius, smpi x boleh berjenaka.. tp, dakwah x semestinya juga kne gunakan bahasa kasar bila nak address org..
ReplyDeletekalau ikutkan hati,sebakul rase nak memaki wanita yg sorang tu
ReplyDeletetapi tak baik kan, ;(
suka UAI