me baru perasan pasal this write-up/short article kat website PTS..so me copy paste sbg kenangan utk me :) me lom booking tarikh nak gi USS..insya Allah bln June lps balik dari umrah nanti..
Gembira tetapi masih terkejut - Raihanah
oleh Masliza Nawi • 22 Apr 2012 8:31 PM
Kuala Lumpur - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang
tahu, begitulah peribahasa yang sesuai untuk digambarkan kepada seorang
remaja yang telah berjaya memenangi pertandingan dalam kempen Seronoknya
Cuti Bersama PTS dan MPH 2011.
Saya suka buku PTS kerana seronok, berinformasi dan berkualiti ialah
slogan yang digunakan telah menjulang Noor Raihanah binti Mohd Shafie
menjadi juara keseluruhan bagi pertandingan yang julung kali diadakan
ini. Katanya beliau sangat gembira dan tidak terfikir untuk memenangi
pertandingan ini kerana mengisi borang sekadar suka-suka.
Hadiah yang dimenangi beliau ialah pakej percutian tiga hari dua
malam ke Universal Studio di Singapura untuk dua orang dewasa dan dua
orang kanak-kanak, tiket Bas Aeroline dari Kuala Lumpur ke Singapura.
Selain itu, hadiah sampingan lain berupa Sony Handycam Camcorder, buku
PTS bernilai RM500 dan baucer MPH bernilai RM300.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Puan Suzi Fadhilah Ismail yang
sememangnya mengimpikan untuk membawa suami serta dua orang anaknya
untuk ke Universal Studio. Katanya “saya sangat gembira dan sangat
terkejut. Memang impian saya untuk ke sana, selain itu, saya sangat
bersyukur.” Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Siti Nornasehah
Nordin. Beliau yang tidak dapat menghadiri majlis telah mewakilkan
kakaknya Puan Rabiatul untuk mengambil hadiah. Katanya adiknya memang
mengidamkan sebuah kamera digital, dan bersyukur kerana impiannya
tercapai.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Zafri Hassan
selaku Timbalan Pengurus Besar Bahagian Retail dan Tuan Ikram Wazir,
Pengurus Besar Editorial. Majlis telah berlangsung di MPH One Utama pada
14 April yang lalu.
Berikut adalah senarai penuh pemenang saguhati yang membawa pulang
satu tiket satu hari ke Universal Studio, Singapura dan hamper buku PTS
bernilai RM50.
-
Abdul Razak Budin
-
Amirul Amin Bin Abdul Aziz
-
Danish Mirza Bin Azlan
-
Hanita Yaakob
-
Iqbal Hana Binti Mohamed Rusdi
-
Mohd Kamarul Bin Mohamed Salleh
-
Noraini Binti Ahmad
-
Nur Hafieza Abd Somad
-
Sulaiman Shah Abdullah
-
Tan Eng Teng
8 comments:
sememangnya cerita2 cam ni wajib menjadi kenangan utk kita kan...
wah..glemerr kejap..terkejut tgk nama raihanah! sbb opismate ku name raihanah!!
kena letak kt belog buat kenangan
slamat bercuti ke uss nanti
Tahniah, bukan semua orang selalu melalui pengalaman ni.. Usaha tangga kejayaan..
wah..best tue sis.=)
congrates MZ...!!
sonok sgttt
Post a Comment