taken from HERE
‘Hadiah bulan madu’
Saraswati antara 12 peserta bertuah memenangi tiket penerbangan ke London tajaan syarikat farmasi Guardian pada 26 Julai ini, yang disertakan penginapan di hotel empat bintang, tiket menyaksikan temasya Sukan Olimpik London 2012 dan pengembaraan ke beberapa tempat menarik. Dia yang ditemani suami, V Chandra Mohan, 28, tidak menyangka mendapat kejutan terbesar untuk ulang tahun kedua perkahwinannya kerana mereka belum merancang menyambut hari bersejarah itu.
Pengurus Pemasaran Guardian, Adeline Wong berkata, peraduan ‘Fly Me To London’ mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan syarikat farmasi itu apabila kira-kira 10,000 penyertaan diterima sepanjang dua bulan program itu.
“Guardian menjadi pilihan saya mendapatkan pelbagai produk kesihatan dan barangan kecantikan menyebabkan saya tertarik menyertai ahli kelab farmasi ini apatah lagi mengetahui berpeluang memenangi hadiah menarik melalui peraduan ‘Fly Me To London’. “Tipulah kalau saya katakan tidak mengharap untuk memenangi hadiah ditawarkan, tetapi saya tidak sangka rezeki ini berpihak kepada saya walaupun baru menjadi ahli kelab Guardian,” katanya.
Menurut Saraswati, dia dimaklumkan memenangi tiket ke London selepas menerima panggilan telefon dari pihak Guardian pada minggu lalu, namun was-was kerana bimbang ia satu sindiket penipuan.
“Bagaimanapun, selepas menerima panggilan kedua daripada Guardian mengesahkan berita itu, baru saya percaya dan tidak sabar mendapatkannya kerana saya dan suami sudah lama merancang ke London,” katanya.
Pemenang, Hamidah Tan, 45, berkata, dia tidak sangka dengan berbelanja RM20, dia memenangi hadiah lumayan apabila berkesempatan ke luar negara apatah lagi ini kali pertama dia melancong ke lokasi luar Malaysia.
"Terima kasih kepada Guardian dengan penghargaan diberikan kepada pelanggan, sekali gus meyakinkan saya terhadap produk ditawarkan,” katanya yang merancang membawa anaknya.
note : me tak join pun contest ni--me ni bab2 join contest agak selective gak, sbb kalau me rasa chances to win to sgt2 rendah so rasa maleh nak join awal2 hehhehe
wah untungnya dapat pergi london free camtu kan..kamu pun murah rezeki selalu menang
ReplyDeleteme too...selected contest jer join..tak mampu nak amik tahu pasal semua contest...kekangan masa...
ReplyDeletesamerla..saya pun selective jugak... pastu tgk berbaloi ke tak nak join..hehe
ReplyDeletewah..mmg sgt ramai comper nie..hebat2..
ReplyDeletewow, 1 out of 10000..mmg luck btollah..
ReplyDeletehhah kena ikut jejak mz ni
ReplyDeletexseme contest masuk ye la klw dh pemenang nye sorang je mcm sssh chance nk mng kan