Thursday, 19 April 2012

Berkorban dan terkorban | mari menderma seikhlas hati

Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.
...
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untnk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak bersedih.


# Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan..mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...

# Jagalah ibubapa anda dan balaslah jasa mereka degan kebaikan...

----------------------------------------------------------------------

uolls baca tak entries kat blog mazidul akmal...last few days ada entry pls bob kuman tu...kesian dia...hari ini hari dia...

tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima--those yg mampu, marilah kita derma sekadar kemampuan masing2..tak mampu RM10, derma RM5 or RM1 pun ok :) yg penting ikhlas..

no akaun akaun maybank bob kuman me amik dari entry  blog Ustaz Love

Husni Mohd Rawi 5627-5966-7936.


2 comments:

  1. ramai yg nak menderma tapi tak dpt sbb maybank sekat akaun BOB KUMAN. tak tahula hr ni dah boleh ke belum.

    ReplyDelete