Sunday, 4 March 2012

Movie review | Cinta Kura-Kura

semlm me bwk my kids tgk citer cinta kura2 kat TGV Wangsa Walk..showtime pukul 11.45 am. tix me beli guna credit card citibank, so ari sabtu ada promo buy 1 free 1, so me bayar RM14 utk 2 tix--besh sbb murah ;)

citer ni sgt menghiburkan..jln citer santai light..ada byk part2 yg kelakar esp bila part yg kura2 (nama Nico) bercakap...kira not bad lah animasi/CGI by KRU Studio ni...pelakon2 pun semua besh2 like Tiz (Nani), hero nama Adam, ada Fizz Fairuz gak..Nico si kura2 tu menggunakan suara zizan

me rasa babak paling kelalar bila nico buat ops utk memutuskan hubungan tuannya (Nani) dgn Adam, ie Nico pegi letak bra&panties Nani dlm bilik Adam ngeh ngeh ngeh

and part masa semua haiwan terlepas dari restoran Mr Lim :) siyes kelakar and cute hehehhe

me bagi 4 dari 5 bintang. siyes menghiburkan!!

ni sinopsis me amik dari SINI

Sinopsis:

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.


Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.



6 comments: