Friday, 27 January 2012

Ibu bapa WAJIB pro-aktif dan siasat pusat asuhan berdaftar atau tidak

ekoran kes dua baby mati kat pusat asuhan kat Taman Permata....pada pendapat me sbg seorang ibu yg mana both my kids memang membesar di pusat asuhan (IIUM EDUCARE--staff professional dan me puas ati dgn servicenya)...-->>ibu bapa kenalah siasat betul2 sblm antar baby kan...jgn sekadar lepas tgn main antar ajer..nyawa anak mana boleh buat main2..esp baby2 yg masih kecik & sgt fragile...so selain kecuaian pusat asuhan esp yg haram/tidak berdaftar, so part of the blame goes to the parents themselves sbb antar their babies to those nursery 'haram'

ni me amik kat Utusan Online

Bayi mati: JKM kunci pusat asuhan haram di Taman Permata

PEGAWAI Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memasuki pusat asuhan di Seksyen 8, Shah Alam untuk memberi notis amaran tindakan kunci ke atas premis itu yang beroperasi secara haram.



 SHAH ALAM 26 Jan. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri mengambil tindakan mengunci sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Hulu Klang, ekoran kematian dua bayi lelaki di bawah jagaan pusat asuhan tersebut baru-baru ini.

Pengarah JKM negeri, Nik Omar Nik Ab. Rahman berkata, pusat asuhan itu akan dikunci selama 21 hari bermula hari ini dan pihaknya akan menyiasat secara terperinci sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, premis berkenaan tidak pernah berdaftar dengan JKM malah ia juga tidak memenuhi spesifikasi atau syarat penubuhan seperti yang termaktub di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) 1984.
"Premis pusat asuhan itu tidak menepati beberapa piawaian mengikut Seksyen 8 Akta Taska 1984 iaitu tidak cukup pengasuh, tiada kelulusan agensi teknikal, tiada aktiviti yang merangsang perkembangan kanak-kanak, tidak dilengkapi perabot serta permainan kanak-kanak dan tidak diselenggara dengan baik.

"Hasil siasatan mendapati taska berkenaan hanya mempunyai seorang pengasuh sepenuh masa dan seorang pengasuh sambilan bagi menjaga 13 kanak-kanak di premis berkenaan dan ini jelas melanggar peraturan yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Pada 19 Januari lalu, dua bayi lelaki, Muzaffar Mohd. Faizal, tiga bulan dan Arif Amsyar Ruhi Budiman, tujuh bulan yang ditinggalkan di pusat asuhan terbabit meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman baru-baru ini mengesahkan kejadian itu bukan berpunca daripada jangkitan kuman berdasarkan keputusan awal pemeriksaan histopatologi terhadap sampel tisu paru-paru dan beberapa organ lain bayi berkenaan.

Nik Omar berkata, kedua-dua mangsa telah didaftar masuk di Pusat Jagaan Adila Kids yang didaftarkan di bawah JKM berkuatkuasa Disember 2011.

"Bagaimanapun, pengusaha yang sama didapati membuka sebuah lagi pusat asuhan di premis bersebelahan pusat jagaan berkenaan tanpa mendapat sebarang kebenaran JKM untuk menjaga kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah termasuk kedua-dua mangsa," jelasnya.

Tambah beliau, terdapat kemungkinan ibu bapa dan penjaga di pusat jagaan itu tidak diberitahu anak mereka dihantar ke premis bersebelahan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Nik Omar berkata, pihaknya turut mengeluarkan notis amaran tindakan mengunci sebuah pusat asuhan di Seksyen 8 di sini selepas seorang bayi koma apabila dipercayai terjatuh ketika ditinggalkan di pusat asuhan berkenaan.

Tambahnya, bayi lelaki berkenaan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan siasatan awal pihaknya mendapati pusat asuhan berkenaan juga didapati beroperasi secara haram.
"Kami akan menyiasat kemungkinan wujudnya kecuaian pusat asuhan ketika mengendalikan operasinya," tegas beliau.

note : pengajaran utk para ibu bapa....jgn biarkan kes sama berulang2...


7 comments:

Ryha Feyzal said...

Ya Allah,
risaunya dengar.

My colleague ada sorg dulu, bertukar-tukar nursery dia, last2 bg parents dia jaga jap smpai baby umur 6 bulan. Dah la breastfeed lagi. Mencabar betul.

Tapi skrg Alhamdulillah, dah jumpa yang serasi. Mungkin sebab baby dah umur setahun lebih - dah pnadai jaga diri - then baru dia anta nursery balik.

Salina@IbuAqil said...

Benda mcm ni x bleh dibuat main2 kan sis..

Ely Hasrul said...

tu la suzie, walaupon kemalangan bleh berlaku kt mana aje tp time carik nursery sami dulu soklan pertama kitorg ialah registration, sijil teacher etc.. walaupon nursery sami mahal dr tmpt lain (almost double actually) tp school tuh berdaftar and even teacher nye sume ade cert. & training. sekurang2nye lega juga la nk anto ke situ.. diharap keluarga mangsa yg terlibat dpt bersabar lah ye.. sedih betol dgr cite mcm nih..

Raimanda said...

Ada ibu bapa yg tutup mata aje walau nampak keadaan mcm tu kat taska sebab takde pilihan. Ada taska di rumah saya hanya ada 2 org pengasuh. Saya pernah hantar 5 anak saya utk beberapa jam saja sbb terdesak. Itupun saya berani tinggalkan sebab anak sulung pun ada sama, boleh tolg jaga adik. Makanan saya bekalkan dari rumah termasuk air minum. Tak taulah brdaftar ke tak. Nampak cincai aje. Kalaulah ada taska disediakan kat setiap bangunan tempat org kerja, kan bagus?

Raimanda said...

Ops lupa. Saya dah tukar blog add. Www.mrslya.com. Jemput singgah.

Nur Hawa Mohd Zin said...

Alhamdulillah tadika ngan taska awe selamat dan sah!

Mooniqueen said...

Tu la, lepas tgk entry u ni terus call my nursery ask Dah renew ke Blm nursery tu?hehe...sbb mmg tau registered nursery but bile dh jd kes kite jd takut sbb ank kite pun Dok nursery..even ank dh 17 mos.. Selagi ank x pndi ckp selagi susah hati...hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails