Thursday, 3 November 2011

Mufti tegur Apek (KFCM)

terbaca kat harian metro online psl KFCM (Apek)...mr hubby ada citer kat me dia baca kat tenet katanya ada gossip Apek pegi bar/disco/minum minuma keras (me tak sure sgt tapi lebih kurang begitulah)...emmm..

KOTA BHARU: Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.



Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak.


“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.

“Dalam isu ini, penjaga kol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu


me bkn minat Apek pun, tapi me rasa dia ada potensi (kebetulan dia dari negeri yg sama dgn me)..and my mom minat kat Apek heheh sbb pandai main bola katanya--:p

tak tau nak komen apa...manusia senang alpa and lupa diri....moga2 kita semua terhindar dari alpa, lalai, lupa diri..


13 comments:

Cho Zila said...

orang muda kadang dia tidak terfikir sejauh itu .. harap dia dapat menerima teguran itu...

AyuArjuna BiGoshh said...

hmmmmm....me suke die main bola jer....karektornya bukan boleh jadi idola pun

Sidratul Muntaha said...

xpercaya kalu dia tak amik la MZ
sbb muka dia merah padam...
pastu kat meja tu ade jack daniel tinggal separuh..
sape2 tak pernh minum mmg 1st time amik mmg panas muka.
mcmana den tahu,dulu la keje kapal...
engineer seme ramai la kapiaq..
tgk jerlah time depa beli n tonggak...
kenal la benda2 tu
tiger depa minum la..
tu jenis murah
aii aii..
aiii...
tapi kitakan kena baik sangka bukan?!
so,aku pun sangka baik la...
yg pelik..
dlm byk2 beno majelis..kedei perancis ke itali ni juga dia pergi?!
ish ish ish..
mmg la depa serve liquor
nak2 by years..
mmg ade mlm2 tertentu kena abiskan certain stok..
huhu..
pnjng beno komen aku..
bab cooking n liquor ni sbb biras aku convert..mmg keje hotel and pernh jadi sous chef and captain sebelum ni..
so..
sikit sebanyak jugak belajar dari dia..
doa2 jugak apek ni punya karier tak penuh dgn kontroversi..
dan harap dia terima teguran itu dgn terbuka..

*waste of talent klu disia2kan dgn benda dan perkara bukan2.nak2 dia muslim.

AMIIZAA@Mieja said...

i ada tgk gambar apek+awek dahlia pergi bar dkt bkt bintang bersama rakan2 perempuan lain.

Memang botol arak+air bersepah dekat meja kanan kiri. Kebetulan masa tu muka apek kemerah merahan.....

wallallahualam

CatlinaFly said...

sian apek sorang je kena...bukan nak defend dia tapi awek dia n kawan2 awek dia mufti tak tegur pulak, baju singkat tungging nampak peha...

last2 yuna yang pakai tudung lak dikatakan mcm tudung rahib ..kesian yuna...setau sy, takde garis panduan bentuk tudung ni, sebab kalau kita tgk, lain negara lain bentuk tudungnye kan...afrika pakai tudung lain, iran lain, mesir lain, utrki lain..yang penitng , tutup rambut n dada...sorry off topik sket...tapi kalau tudung nampak leher sy memang tak setuju lah...but kalau dari nampak leher beransur2 melitupi dada, takpe, mungkin org tu masih nak belajar...

*teringat dulu, faizal tahir bukak baju kene gam(pdhal bukan aurat pun)...artis pompuan kite nampak lurah/pangkal /tepi payudara , nampak peha gebus,pakai bikini lagi,tu tak kene gam pulak ye..dunia..dunia...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila da bacakat fb & info kat fb kata apex akan jawab kontroversi selpas sukan apa tah? kalau tak salah jawab jelah masa tue kenapa nak tgu lepas sukan.. gelak guling2 dgr statment bebudak ne

Salina@IbuAqil said...

Ermmm betul juga nasihat Mufti tu kan sis.. Menjauhi maksiat & benda2 yang bleh mendatangkan fitnah.. ;)

Hudalatip said...

tulah susah nak komen, i pun dah nengok gambar tu..but then just think + walaupun hati ni sibuk nak cakap mustahil dia tak minum..wallahualam..

Unknown said...

entah la tak tahu nak cakap ape..nak sangat awek urban la katanya kann..so tanggung la sendiri..my ex die tepuk tangan kann

cikpia said...

no comment.

*tetiba rasa cam retis. ha ha*

eisyaawie said...

dah femes macam2 gosip laa keluar....

Ezna Khalili said...

Dah nmpak sikit2 sape yg salah??.....dahlia tu seksa i tgknyer...kalau x nk kontroversi....kenapa pergi tmpt macam tu?. Nk tunjuk moden sgt ke??....haishhh pasal apek ni me tak gemar ler....main bola yes...terbaik....nk jadi idol? Nope.....

tiefazatie said...

erm..ntah la..mcm2..die je yg tau kan..kte sangka baik je la..tp..adeh..mmg bersepah pun alcohol atas meja yg ada picture die tue..n dgr2 mcm alcohol yg jenis mhl kot..yg ifa tau..mahal xberapa bau..kalu murah berbau kuat..tau pun sbb kwn2 yg non muslim bgtau..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails