Sunday, 16 October 2011

Semarak kasih seharum cinta

wah...beshnya judul program ni...teringin gak nak tgk....kot2 boleh dpt idea utk dipraktikkan dlm kehidupan sehari2 :)

pic selingan :) me jrg2 amik pic lovey dovey dgn mr hubby--ni kat Notts April 2011 :)


ni me copy paste dari Utusan Online

Cerita perkahwinan bahagia


(dari kiri) Sharifah Shahirah, Sari Yanti, Pengarah urusan Johnson Malaysia, Susan Manen, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akshah.


PERKAHWINAN yang bahagia adalah berkat kesabaran dan kasih sayang yang disemai, namun kedua-dua faktor ini sering tidak diendahkan akibat kehidupan dunia moden yang terlalu sibuk. Maka itu, Mandian Susu Johnson's baby membawa kebahagiaan perkahwinan ke setiap rumah melalui dokumentari TV berjudul Semarak Kasih, Seharum Cinta.

Bakal ditayangkan dalam empat episod, dokumentari ini menyingkap kehidupan empat pasangan selebriti tempatan, antaranya adalah Sari Yanti dan suaminya, Mohd Eddy Casmady, Sharifah Shahirah dan suaminya, Ijoy, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi, serta Susan Manen dan suaminya, Mustapha Kamal.

Setiap episod dokumentari TV ini mendedahkan kreativiti dan usaha pasangan dalam meluahkan kasih sayangnya terhadap suami mereka. Pasangan selebriti ini juga menceritakan kisah cinta mereka. Dengan menunjukkan bagaimana selebriti berusaha supaya cinta mereka kekal membara walaupun telah lama berkahwin dan sibuk dengan anak-anak, Mandian Susu Johnson's baby berharap penonton akan mendapat inspirasi untuk berusaha demi perkahwinan mereka.

"Penyelesaiannya mudah sahaja, iaitu komunikasi. Ini bermaksud, mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh pasangan anda, berbincang bersama, ketawa bersama. Komunikasi bukan sahaja menunjukkan bahawa anda menghargai pasangan anda tetapi juga membantu anda mempelajari tentang dirinya.

Ramai orang beranggapan bahawa mereka tahu segala-galanya tentang suami atau isteri mereka, tetapi satu hari nanti mereka akan sedar bahawa pasangan mereka telah menjadi orang yang asing. Anda perlu menikmati masa bersama dalam perkahwinan. Pasangan yang bertahan lama adalah mereka yang tahu keseronokan bersama dan betapa berharganya keseronokan itu untuk mereka," menurut nasihat Datuk Siti Nor Bahyah.

Ingin mengetahui rahsia selebriti mengekalkan kehangatan cinta dalam perkahwinan? Jangan ketinggalan menonton dokumentari "Semarak Kasih, Seharum Cinta" di TV3, setiap hari Selasa, dari jam 6.00 hingga 6.30 petang, bermula 4 Oktober 2011.



8 comments:

  1. sekali sekala feeling2 romantic..ape salahnye mama..hehehe...

    ReplyDelete
  2. menarik ni MZ.. nanti nak tengok la.. s\kita sentiasa doakan yg terbaik utk rumahtangga kitakan MZ.. same goes to u.. btw.. my 13th anniversary is around d corner.. tak sabar rasanya..hehehe

    ReplyDelete
  3. zura terlepas episod pertama tatau artis mana, baru dpt tgk yg kedua artis sari yanti he3 oklah sis rancangan tu ;)

    ReplyDelete
  4. Johnson & Johnson ni mesti citer2 dia semuanya pasal kasih sayang. Mesti tonton!!! :-) nak tgk macamana ustazah SNB menyemarakkan kasih sayang...

    ReplyDelete