Wednesday, 12 October 2011

Manusia berhati binatang..| sesak nafas me sbb sgt geram & marah

semlm dh ada berita psl ni

ari ni ada lagi :( :( LINK

setan sungguh bapak tiri budak tu...

ALOR GAJAH: Kematian Mohd Firdaus Mat Dan, 6, petang kelmarin mendedahkan kegiatan bapa tirinya yang dipercayai sering menjadikan kanak-kanak itu sebagai mangsa penderaannya sejak beberapa bulan lalu.
Ibu mangsa berusia 41 tahun mendakwa dia tidak mengetahui kejadian tragis menimpa anak bongsu daripada enam beradik hasil perkahwinan pertamanya itu.


“Suami membawa keluar anak saya (mangsa) bersamanya pergi bekerja pada pagi kejadian sebelum saya menyedari Mohd Firdaus tidak pulang bersamanya pada sebelah petang dan bertanyakan suami di mana Mohd Firdaus atau mesra dipanggil ‘Adik’.


“Suami beritahu dia menghantar Adik ke hospital namun tidak menjelaskan puncanya sebelum dia menghantar saya ke Hospital Alor Gajah,” katanya yang enggan dikenali ketika ditemui di sini, malam kelmarin.
Menurutnya, sebaik tiba di hospital, dia melihat anaknya terbaring kaku dan disahkan meninggal dunia beberapa minit sebelum ketibaannya.


Wanita yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketujuh itu berkata, dia menjaga lima daripada enam anaknya itu sejak lima bulan lalu di rumah disewa di Kampung Padang Sebang, dekat sini, bersama suaminya itu.


“Saya nampak suami sering mengasingkan Adik daripada bercampur abang dan kakaknya. Kira-kira sebulan lalu, saya lihat sifat ceria dan girang Adik semakin tiada dan hampir sepanjang hari suami membawa adik ke mana sahaja dia pergi.




“Sebelum ini, saya pernah dengar Adik menjerit kesakitan ketika mandi dalam bilik air bersama suami dalam keadaan pintu bilik air berkunci sebelum saya mengetuk pintu bilik air minta dibuka kerana bimbangkannya.


“Bagaimanapun, saya terkejut melihat Adik dalam keadaan lemah terduduk di dinding bilik air dan setiap kali bertanya mengapa dia kerap memukul adik, suami memberi alasan Adik kerap membuang air besar dalam seluar,” katanya.


Menurutnya, sepanjang berkahwin dengannya, suami tidak pernah mengasari dirinya, namun dia tidak pasti kenapa Adik sering menjadi mangsa suami.


Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, Mohd Firdaus dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh bapa tirinya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Pihak hospital yang menyedari terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa termasuk kedua-dua kakinya dipercayai akibat terkena benda panas.


Bapa tiri kepada anak-kanak malang itu bagaimanapun ditahan polis di sekitar hospital berkenaan tidak lama selepas kejadian.
Sementara itu, abang mangsa yang ingin dikenali sebagai Hisham, 20, mendakwa tidak berpeluang mendekati adik bongsunya itu malah sukar melihat adiknya itu tidak memakai baju.


“Setiap kali lepas mandi, Adik keluar sudah berpakaian dan apabila menyedari kesan luka atau lebam pada anggota badan yang terdedah, Adik hanya menjawab terjatuh atau terlanggar sesuatu.
“Adik tidak pernah mengadu sakit, malahan saya sebagai abang tidak berpeluang tidur bersamanya. Peliknya bapa tiri tidak pernah menunjukkan sikap berang seolah tiada apa berlaku dalam rumah,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka, semalam.
Nenek mangsa, Tumirah Mis, 58, berkata, sudah lebih setahun dia tidak bertemu ibu mangsa selepas anak perempuannya itu berkahwin baru.


“Mangsa yang sebelum ini saya pelihara diambil ibunya kira-kira lima bulan lalu.
“Sejak dia (anak perempuan) berkahwin, saya tidak lagi bertemu dengannya walaupun ketika itu semua enam anak mangsa ada bersama saya,” katanya yang turut memberitahu kakak sulung mangsa berusia 21 tahun dijaga olehnya di Rembau, Negeri Sembilan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak malang itu mati akibat kecederaan pada paru-paru dan pendarahan dalaman disebabkan dipukul menggunakan benda tumpul.

“Suspek yang juga bapa tiri mangsa direman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya.


Mayat mangsa dituntut keluarganya untuk dikebumikan, petang semalam.



note : zalim mengalahkan setan--mak budak tu plak mcm bodo lagi buta kan...takkan tak tau apa yg berlaku pd anaknya selama ni

15 comments:

  1. manusia yang tak guna akal ngan waras macam tu lah jadinya...

    ReplyDelete
  2. nmpk sgt mak budak tu bodoh...syg suami baru kot?takkan tak pernah nak usap dan cium anak kecik tu sblm tido?main lepas je ke?pelik!

    ReplyDelete
  3. cam siot jeak..sakit jeak hati nie..klu duk dpn mata..lanyak2 jeak laki cam nie..setan tul!!!huh!!budak kecik cam 2..peala tau..pea slhnyer pun xtau..aduhai..manusia2..knpalah kejam sgt..lebih teruk lg dr binatang..binatang pun tau syg ank..emmmm astagfirullah..:-(

    ReplyDelete
  4. zalim sungguh...sedih bace :(

    ReplyDelete
  5. adoi... boleh pengsan baca paper ari2,MACAM2..
    betul laa..xkan maknye x perasan kan??

    ReplyDelete
  6. emo sgt bc berita ni. mak dia pun tak kan x de gerak hati. semoga pendera tu dpt balasan setimpal.

    ReplyDelete
  7. aduhai..mmg sedih baca ni..tak tahu mcm mana mak dia tak perasan akan hal ni..dah la baru umur 6 thn..kesianya dia..dia menderita sblm menemui ajal..semoga dia tenang disana...tiada lagi gangguan bapa durjana...

    ReplyDelete
  8. memang zalim..

    wonder kan.. x kan lah mak dia x perasan langsung.. ni lah padahnya jika hbgn anak2 x terjalin rapat..

    kakyong peluk anak2 setiap pagi.. bila anak2 mandi, kita sendiri monitor walaupun anak2 mandi sendiri.. kdg2 bila ada sentuhan dgn anak2, baru la etrperasan ada bekas gigitan nyamuk kat pipi ker.. luka tercalar kat kaki (kdg2 anak2 x bg tahu kalo terjatuh masa main & etrcalar sikit)...

    sedih sgt bila kenangkan nasib anak tu.. paling sedih bila mak dia langsung tak perasan apa2 pd anak....

    ReplyDelete
  9. memang geram baca berita nie hari tu...kejam tul bapa tiri dia tu..ada satu lagi news..mak tiri dera anak tiri...mcm2...

    tag Kak Suzie join contest Net..bab keratif2 nie..
    http://mummyayucontest.blogspot.com/2011/10/contest-best-birthday-party-themeidea.html

    ReplyDelete
  10. sedih..tp mcm pelik if that mommy tak perasan apa yg jd pd anaknye.

    ReplyDelete
  11. huh benci arr baca berita mcm nie..gerammmmm

    ReplyDelete
  12. macam apa jer kan bial semua org tak perasan kelainan pd anak...ish ish..kasihan dia....kejamnya bapa tiri tu

    ReplyDelete
  13. hmmm..manusia takde perasaan..budak kecik jadi mangsa...sedih baca pasal budak neh kat paper... T_T

    ReplyDelete
  14. manusia akhir zaman.. mental kot laki dia.. tak penah marah2.. tp dlm diam2..dera anak tiri sndiri.. kurang hajo betul!!

    ReplyDelete