Last few days terbaca kat
harian metro psl
kabel lif terputus kat Selayang Mall--and victim yg kebetulan preggy tercedera--cuak sungguh sbb me kerap pegi Selayang Mall and memang me guna lif pun, even last week pun me ke sana (yg insiden zharfan hampir2 hilang tu..)...
GOMBAK : Seorang wanita mengandung tujuh bulan patah kaki kanan selepas kabel lif yang dinaikinya terputus di sebuah pusat beli-belah di Selayang, di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Ketika kejadian, mangsa, suami, nenek dan pengunjung lain hendak turun dari tingkat satu ke tingkat bawah kompleks beli-belah berkenaan sebelum kabel lif terbabit tiba-tiba terputus.
Akibatnya, lif berkenaan terhempas dari tingkat satu ke tingkat bawah tanah kira-kira 15 meter yang mengakibatkan semua yang berada di dalam lif jatuh terduduk manakala mangsa sahaja berdiri dan bertahan dengan kakinya.
Mangsa, Norazlina Mohd Yusof, 25, daripada Selayang Heights berkata, dia dan pengunjung lain tidak mampu berbuat apa-apa ketika kejadian dan hanya bertaut pada dinding lif sahaja.
“Akibat kejadian itu, saya patah kaki kanan dan bernasib baik kerana kandungan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun denyutan bayi lemah untuk tempoh 15 minit,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang, malam tadi.
Menurutnya, dia bersama suaminya pergi ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli barang kelengkapan bayi perempuan yang dijangka lahir pada November depan.
“Saya masih trauma akibat kejadian ini namun bersyukur suami serta nenek yang sudah uzur tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
“Kami bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengurusan pusat beli-belah berkenaan kerana tidak menyelenggara lif dengan baik sehingga menyebabkan kejadian ini,” katanya.
Harian Metro difahamkan sebelum kejadian itu, lif berkenaan mengalami masalah sejak pagi kejadian dan sering menerima rungutan pengunjung kerana keadaan lif yang agak usang.
and pagi ni, terbaca pls
berita letupan kat Empire Gallery Subang Jaya--me tak pernah sampai kat sini, tapi still cuak kan...mula2 ingatkan letupan bom, rupa2nya sbb gas bocor...
SUBANG JAYA 28 Sept. - Empat cedera dalam satu letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini, awal hari ini.
Mereka yang cedera dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua pelanggan rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Zainal Abu Bakar berkata, letupan berlaku di kawasan aras bawah pusat membeli-belah itu.
"Punca sebenar letupan yang berlaku dalam laluan keluar salah sebuah premis di pusat membeli belah itu belum diketahui dan masih dalam siasatan,” katanya. - Bernama
note : me jenis yg suka ronda2, jln2, and shopping2 kat shopping mall/compex....
moga2 kita semua sentiasa dilindungi dari kejadian2 yg tak diingini...amiin