siyes sgt2 kesian...baby tu akan jd cacat seumur hidup--sbb kecuaian doktor kat hospital besar kota bahru tu...(personally, me & family ada kenangan pahit kat hospital ni..)
|
|
Bagi Ismail Lee Abdullah dan isterinya, Zuhariana Baharum, kedua-duanya, 30, masalah tersebut sangat merisaukan apatah lagi apabila memikirkan bahawa anak mereka akan membesar tidak seperti kanak-kanak lain.
Dakwa mereka, jari dan tangan kiri Nur Ayreen Imanie, 6 bulan, tiba-tiba menjadi hitam dan mengecut selepas tiga minggu anaknya itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kerana mengalami masalah pernafasan pada Mac lalu.
Ismail berkata, pada mulanya tangan kiri anaknya berubah menjadi hitam dan kebiru-biruan dari paras siku hingga ke jari.
Beliau kemudian terus merujuk anaknya itu ke HRPZ II sekali lagi sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan selanjutnya.
Menurutnya, ketika di HRPZ II, doktor menjalankan ujian imbasan dan mengesahkan terdapat saluran darah tersumbat pada bahagian bekas suntikan.
Bayi itu kemudian diberikan ubat pencair darah bagi mengatasi masalah tersebut namun tidak berkesan.
Menurutnya, setakat ini tiga batang jari tangan kiri sudah tanggal dan hilang akibat masalah tersebut manakala dua lagi batang jari sedang menghadapi masalah yang sama.
note : ni salah satu sebab me lost confidence dgn GH..sbb ada sorang dua doktor yg cuai/incompetent
tq sbb sudi CLICK SINI!
15 comments:
Ya Allah..kesian nya baby tuh...careless doktor ni!
ades meniti air mata ni bca siyes hati ni fragile je bila kes pasal baby nie, depa tu mana la paham kan kak..
kesian baby tu...lahir sempurna..cantik. ni yang takut kalo nak ke GH ni...banyak doktor pelatih yang masih belum terlatih.
doktor GH harus sedar yg mereka dibayar gaji untuk memberi khidmat mengubati penyakit kpd masyarakat. itu dah mmg tugas hakiki. bukan nya buat sambil lewa. bukan setakat doktor. tapi para nurse pun patut sedar tugas hakiki mereka yg telah dibayar gaji nya. ini bukan lah semua. tapi segelintir yg mana saya pun pernah kena. dan saya juga pernah je cek dgn doktor n misi dgn layanan 1st class.
Itula, baby yg tak berdosa jadi mangsa..
GH nie kekadang camtu la, banyak kes berlaku dari GH... :(
kesiann bb...sapa nak responsible niee? :(
ya Allah. kesiannya baby tu. apa punya dokter la macam ni.
ada baca kt paper tadi
kesian bb tu
Ya Allah..kesiannya budak ni..sebab kecuaian pihak hospital orang lain jadi mangsa.. memang kena tuntun ganti rugi..ingat jari tu ade tukar ganti ke..ingat macam cicak ke putus ekor boleh tumbuh balik..tu sebab la orang tak nak gi spital kerajaan..
Allahuakbar smpi bila la msti Ada kes mcm ni, mcmana dgn ms dpn Anak yg tak bdosa tu... Kesian lah
cian baby tue kan..huhu
sedihnya!
wajib saman nih!!
Huhuhuhuhu...siannya baby tu, dah lah comel.
saman jangan x saman
Post a Comment