arwah adalah pegawai kedutaan kat pakistan, dia balik utk buat suprise kat family, then accident terlanggar kuda...
ada berita ni kat metro online..
PERMAISURI: Kejutan kecil untuk keluarga yang dirancang seorang petugas Kedutaan Malaysia di Pakistan dengan tidak memberitahu kepulangannya ke tanah air bertukar menjadi kejutan besar apabila dia terbunuh dalam perjalanan ke rumah orang tuanya selepas kereta dipandunya melanggar seekor kuda.
Kemalangan berlaku di Kilometer 38, Jalan Kuala Terengganu - Permaisuri, dekat Kampung Rhu Tapai, Merang di sini kira-kira jam 9.20 malam kelmarin.
Mangsa, Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd, 28, bertugas sebagai pegawai imigresen di Kedutaan Malaysia di Islamabad, Pakistan dan memandu Perodua Myvi yang turut dinaiki isteri dan dua anaknya.
Dia yang parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, namun isterinya, Ani Norbaya Abdul Rashid, 26, dan dua anak mereka, Nur Wana, 2, serta Nur Marwa yang berusia 60 hari, tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani berkata, mangsa yang memandu dari arah Kuala Terengganu terlanggar seekor kuda yang melintas secara tiba-tiba di tempat kejadian menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali sebelum merempuh dua kereta lain .
“Mangsa yang tersepit dikeluarkan penduduk kampung dan dihantar ke pusat kesihatan berdekatan sebelum dipindahkan ke HSNZ, tetapi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.
Menurutnya, kuda berkenaan yang dianggar bernilai RM9,000 milik seorang penduduk kampung turut cedera teruk dan sempat disembelih penduduk kampung.
Ibu mangsa, Mariam Othman yang ditemui di rumahnya di Kampung Bari Besar berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian arwah kerana kepulangannya dari Islamabad selama ini amat dinantikan keluarga.
“Dia tidak memberitahu saya, tetapi isterinya ada menelefon memberitahu mereka sekeluarga akan pulang bercuti di kampung selepas tamat berkursus di Kuala Lumpur sebelum kembali ke Pakistan pada 7 Mac ini.
“Mungkin tindakan arwah tidak memberitahu saya mengenai kepulangannya untuk memberi kejutan kepada kami sekeluarga yang merinduinya,” katanya.
Jenazah Wan Ahmad Fadzil yang berkhidmat di Islamabad sejak pertengahan 2009 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bari Besar pagi semalam
wpun me tak kenal, tp rasa dekat ajer, sbb he is a blogger, kebetulan ex-uia, ada anak2 kecik, and dia baru balik dari overseas utk jumpa his parents & family--mcm byk persamaan--tu me rasa tersentuh tu...
me pun akan balik gak ni--dh dekat pun..--adik me ckp my mom dok menghitung hari tunggu me balik--it's mutual pun, me pun ari2 tanda kat kalendar..
al-fatihah utk arwah Wan Ahmad Fadzil.
noet : rasa sayu jer --apa2 pun yg melibatkan kematian--perpisahan abadi.
20 comments:
moga roh arwah dicucuri rahmat. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi,,
sayu tgok blog dia sblum ni..coz ada 2 anak yg masih kcilkan..hmm,,
smoga isterinya kuat akan ujian ni..
al-fatihah...
moga keluarga arwah kuat menghadapinya..
ada ifa baca di paper td siang sis..
Ibu mengandung lagi sensitip kak. Baca je cite2 cam ni, dah mengalir2 air mata. Oh, anak nombor dua arwah baru berusia 60 hari. *macam disiat2 perasaan ni.
Al-Fatihah untuk arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin.
sedihnye...alfatihah
semoga rohnya dicucuri rahmat
Innalillah ilaihirojiun.
AL-FATIHAH..
takziah dan al fatihah..
takziah...
ya allah sangat terasa. Kehilangan papa i pun masih i terasa :-(
Al-fatihah..
Mati ada dimana-mana.
Andai dah memang ajal, pelbagai sebab boleh menyebabkan ajal..
al fatihah.
al-fatihah...
salam takziah untuk keluarganya.. semoga rohnya dicucuri rahmat
Al-Fatihah... semoga keluarga arwah tabah menerima perpisahan yang tidak kembali ini...
meremang bulu roma... ALFatihah
n3 terbaru kakyong.com
My Wordless thursday (1)
Operasi mencantikkan rumah – part 1
Jom join contest Aksi si Cilik Berbasikal
Rezeki GA di awal bulan Mar 2011
Al-fatihah...sayu hati bila baca blog arwah...
Al fatihah..
JOM KE: ALL IN ONE
Sedihnya baca berita ni.. Al-Fatihah untuk arwah..Semoga isterinya tabah melalui semua dugaan ini.
Al-Fatihah
MZ, saya dapat tahu pasal arwah ni kt blog knizam...
sedih gak...alfatihah..
http://knizam.com/belasungkawa-allahyarham-wan-ahmad-fadzil-wan-mohd-1982-2011-salam-takziah-buat-isteri-keluarga-arwah-catatan-kenangan-saya-bersama-allahyarham-wan-di-islamabad/
Post a Comment