Saturday, 19 February 2011

Antara 'salam ' & 'as-salam' | masih ada yg terkeliru

me terbaca kat blog baby ibu--psl kekeliruan these two terms, and related terms such as akum or semekom etc

then me dh tanya ustaz love pun..and ustaz love dh jwb pun, so setel lah, dh clear for me apa kedudukannya...

then, masa me BW, me ternampak ada ramai lg yg masih keliru( so far me jumpa 3 entries yg berkaitan dgn isu ni)---ramai yg beranggapan, tak boleh guna 'salam' ajer, nak kena guna 'as-salam'--walhal, boleh jer guna 'salam' tu, sbb sama jer maksud as-salam or salam ..

ni me copy paste dari blog ustaz love -- moga2 tak timbul lg kekeliruan lps ni..

Soal Jawab : As-Salam Ke Salam?

30 Jan

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Mama Zharfan berkenaan dengan ucapan salam…

ustaz, bila 2ustaz free nanti, tlg jwb psl ni yer..ni blog kwn me ni

http://babyibu.blogspot.com/2011/01/alkisah-salam-akum-semekom-dan-bye.html

sbb setahu me, boleh guna perkataan salam..
entry ni ckp kena guna “as-salam”, tak leh guna “salam” ajer

Isu ni pernah ditanyakan kepada Ustaz Love.. tapi rasanya Ustaz Love jawab kat shoutbox je..

Jawapan Ustaz Love :

Ustaz Love tak berhasrat nak menerangkan lebih lanjut berkenaan maksud assalamualaikum, salam, askum, akum dsb.. semuanya dah diterangkan pada blog di atas..

Cumanya, Ustaz Love nak menjelaskan tentang keharusan menggunakan singkatan salam itu dengan “salam” atau “as-salam”.. mana yg betul dan mana yg salah?

Sebenarnya kedua2nya boleh digunakan.. kerana ia juga merupakan maksud singkatan kepada “assalamualaikum”.. jika dipertikaikan dgn mengatakan hanya “as-salam” saja boleh digunakan, maka ianya masih ada ruang hujahan di situ.. kerana “salam” dan “as-salam” itu masih lagi mewakili singkatan kepada lafaz “assalamualaikum”.

Lafaz “assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi s.a.w. Maka secara kebiasaannya, kita boleh mengambil “as salam” sbg lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”.

Sedangkan lafaz “salamun alaikum” (takde alif lam – as-salam) juga terdapat dalam al-Quran surah ar-Ra’d : 24

Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

Kalimah selamat sejahtera itu menggunakan lafaz سَلاَمٌ عَلَيْكُم (salamun alaikum) dan bukan “assalamualaikum”..

Ini memberi maksud, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam bagi assalamualaikum” atau “salam bagi singkatan salamun alaikum”.. kedua2nya adalah harus digunakan. Ini menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi.. tetapi menurut pendapat Imam Nawawi, “assalamualaikum” itu lebih utama..

Jadi tiada masalah nak gunakan singkatan as-salam mahupun salam yg mewakili kedua2 cara memberi salam itu.. kalau penulisan Braille (utk org buta), lagi la.. guna titik2 je.. tapi ia tetap simbol yg mewakili “assalamualaikum”.. kalau org bisu pula, guna isyarat tangan je utk lafaz salam.. makna itu yg lebih penting..

Sebab itu, dalam hal ni, kita jangan terlalu gopoh.. sbb benda ni bukan sesuatu yg besar…

Cumanya, kalau ianya ada kaitan dgn sesuatu yg tak elok, maka lebih baik kita tak gunakan.. sbb sadd az-zariah (menutup jalan keburukan).. cthnya lafaz2 gantian assalamualaikum spt ass (punggung), askum (tatau apa makna), kum (hantu kum kum), akum (ada kaitan dgn Yahudi ke apa ntah), as (singkatan nama penyanyi Feminin, Asfarina) dsb..

Maka itu, nak guna “as-salam” ke, “salam” ke.. kedua2nya masih lagi menepati singkatan yg mewakili “assalamualaikum”.. tapi, yg terbaik adalah “assalamualaikum”.. yg lebih terbaik “assalamualaikum warahmatullah”.. yg lagi paling sangat terbaik “assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh” ;)



16 comments:

Yuyu Zulaikha said...

as-salam dan salam bermaksud sejahtera atau aman..

boleh saje guna la akak.. :)

Unknown said...

bgs artikel ni. sbb org kita jenis yg cepat melatah. payah gk, kan? huhu

risa said...

saya mohon share boleh tak?

mama_umar_maryam said...

yes! suke n3 nih..tq mz sbb inform kt sini..dn juga ustaz love ..lawakla plak kan..blhlak ustaz terpikir name as kump feminin tu ;p

Farra Dhelina said...

gd info!

tiefazatie said...

bagusnya sis share nie..

teu la..setahu ifa sama je..blh je guna..tp akhir2 nie ada org pertikai plak..isk2

Liza said...

thanks for this entry, confuse gak bila dapat info dari sana sini

Unknown said...

tu la, ramai yg amik sekerat2 tafsiran tu.. ;)

walhal, 2-2 boleh jer guna..

Ayu Rashidah @ Cik Ayu said...

baru2 ni banyak disebar pasl salam n as salam ni. Ari tu rujuk jgak dgn satu ustz )member suami), dia pun jawab macam ustaz love tu, sama saja... tak ada salahnya...

Woofer Storm said...

info mnrik ni sis....

Sidratul Muntaha said...

stardard le MZ
typically malay who claimed as a good devouter.
byk lagi benda dlm fardhu ain yg kena enhance,yg kena improve but the small nonsense thing mcm ni pun nak ikut melulu.
that's the power of media.
pelik la naper org kita ni suke sgt follow melulu tanpa jelas hukumnya dgn alim ulama.
rather than kisah pasal wording ni,wonder why most of us takmo spread perkara2 yg berkaitan dengan fardhu ain n kifayah such as solat jamak ker...
macamna ganti puasa yg betul
macamna nak bertudung or berhijab dgn betul
macamna nak rukuk dan sujud dalam solat dengan betul
mcmana nak bayo zakat harta dan zakat pendapatan ker..
benda yg takde kaitan dengan amalan2 wajib mcm pin tudung la...
salam2 la
even worse,yg spread menda2 mcm ni dahlah pakai tudung tak betul
dahlah tak betul,ade yg pakai fake eyelash.
does they didn't know pakai yg pelesu2 ni haram?!
byk lagi benda nak kena mengaji rather than spread benda2 gini.
lagi buat aku geli usus,mereka itu sgtlah susah nak ditemui di usrah or majlis2 ilmu.
silap2 pergi masjid dan surau bila jln jauh saje.
wallahualam.
aku tak mahu menuduh.
tpi berpada - padalah dlm meyebarkan hal sebegini.
nak2 blogger ni bukan org islam saje.kita ni mcm2 bangsa dan agama yg ade.

#bukan komen marah cuma kesal.itu saje...
ehehee.

ardinihumaira said...

;) dni guna je perkataan salam atau as-salam dalam sms... tapi kalau ucapan dari lisan, gunakan Assalamualaikum...

Ayu Zarina said...

tu lah..ayu selalu dgr org kata tak leh guna salam...
sekarang baru ayu tau...good info ni..

sama2 mencari keberkatannya..

nur said...

MZ.
dah lama juga tertanya tanya.. betul tu.. makna yang lebih penting..
Jemput ke:ALL IN ONE

Chekgu Azrine said...

good infor MZ...thanks

My Love said...

Salam mama..

Terima kasih kerana sudi sebar2kan entry ni.. harap2 dapat ianya dapat menjadi ilmu yang bermanfaat buat kita dalam kubur nanti ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails