Sunday 26 December 2010

winter memang sejuk...tp SEJUK tu tahap mana yer...

nak citer rasa mcm tak real--kalau rasa sendiri barulah real...mcm my niece ckp--hohoho sejuk sampai tulang itam...now mlm2 suhu dropped to -5C...bwh paras beku...

dlm keta jd mcm freezer--me tinggalkan air mineral dlm botol--aisehh, air tu jd ais--beku, tak leh minum!!bila naik jer keta, terus on kan heater, tu pun lmbt heater tu nak berfungsi sbb udara luar keta yg teramat sejuk...teringat plak kalau kat msia, masuk je keta terus onkan aircond :p

now heater kat dl umah me 'on' for  24 hrs...and dlm umah weolls memang pakai sweater + stokings tebal...

anyway, talking about sejuk+winter, me terbaca kat kosmo online smlm...

ni me copy paste..

Diskaun 75 peratus kerana cuaca sejuk


SUASANA lengang di luar gedung beli-belah Harrods di Knightsbridge, London kelmarin yang pada kebiasaannya sibuk dengan orang ramai.


LONDON - Banyak pusat beli-belah termasuk Marks & Spencer dan John Lewis melancarkan jualan barang termasuk pakaian di laman web masing-masing di Internet dengan diskaun sehingga 75 peratus, lapor sebuah akhbar semalam.

Potongan harga itu dibuat kerana cuaca terlalu sejuk yang menyebabkan orang ramai tidak dapat keluar membeli-belah sempena perayaan Krismas.

Promosi agresif itu dibuat selepas ramai pasar raya dan gedung beli-belah mengalami kerugian berjuta-juta pound akibat ketiadaan ramai pembeli disebabkan cuaca sejuk.

Salji dan ais yang kini melanda Britain dan dianggap fenomena paling buruk dalam tempoh 30 tahun telah memberi kesan terhadap ekonomi dan sektor pengangkutan.

Penganalisis dalam bidang peruncitan, Tarlok Teji dari Sekolah Perniagaan Manchester berkata: "Krismas menjadi dahsyat buat ramai peruncit dan saya menjangkakan ramai peruncit akan membuat satu keputusan memotong harga sebagai usaha untuk melariskan jualan." - Agensi

note : hari ini, sethn yg lepas, me sampai kat UK, bersama hubby & kids..dtg berjuang utk phd--mahalnya harga segulung ijazah phd ni..

24 comments:

  1. as salam..
    akak dan abg selamat berjuang di sana :)
    cuaca sejuk tu, sejuk tahap nak tido2 je.

    ;)

    biasanya kalau sejuk2 pun, aktiviti berjalan2 cari apa yang patut tetap berlaku.melainkan kalau ribut salji.tak keluar.huuu...

    ReplyDelete
  2. perghhhh 75% diskaun??kira sama mcm jcard day la klw kat msia kan eheehe
    dpt bayangkan betapa sejuknye kt sana grrrrr

    ReplyDelete
  3. aten tdo dlm aircond pun dah ketar2 sejuk, klu g sna sure bungkus mcm pocong.. =p

    ReplyDelete
  4. WAHHHHH.. TAK SABAR NAK G SANE.. HMMM.. NAK G... :(

    ReplyDelete
  5. haaaaa...apalagi iniilah masanya shoping sakan..hehe

    ReplyDelete
  6. Sini kalau sejuk boleh sampai -40 degC *tunduk tersipu malu*

    -5 degC for me adalah hari yang ceria! :D

    ReplyDelete
  7. kalau we all sure tahap gigil2 nih..sian kt budak2 kan..x dpt ar lepak2 kt luar umah..huhu

    cuaca kalau terlampau sejuk pon x leh..n terlampau panas pon x leh kan!huhu

    ReplyDelete
  8. Saya di Malaysia ni baca pun dah rasa menggigilllllll....sejuk!!

    ReplyDelete
  9. yeah.. banyak dah you buat untuk jadi Doktor.. :) and it worths it

    ReplyDelete
  10. teruskan perjuangan mu suzi...insyaAllah berjaya dunia dan akhirat...
    p/s: selalu baca blog ni...tp hr ni tergerak nk komen sbb rasa terharu dan sedih kat nota suzi tulis..mahalnya pengorbanan utk segulung phd...
    good luck yea...
    (kita sama batch ms UIA dulu, tp sy amik IRK)

    ReplyDelete
  11. Yupp mahal sgt kak..btw perjuangan akak dah nk hbs pn pasni dh blh pegang ijazah phd...

    ReplyDelete
  12. wowww sejuknyer...x blh nk imagine camne..MZ shopping online jela kalo xleh kuar rumah..hehe

    ReplyDelete
  13. yes dear .. dengan pengorbanan u 4 setahun berjuang utk Phd kat negara org.. chaiyok2x.... proud of u!!...

    ReplyDelete
  14. mahalnya phd mahal juga la gaji nanti hehe sejuk ke tulang hitam ohh sejuk nya tak dapat dibayangkan tu..nti try masuk dlm freezer nak rasa sam tak dgn uk hihihi.. gud luck akak

    ReplyDelete
  15. huhuhu.. boleh ke akak tahan sejuk2 camtu.. bestnya.. tak jumpa dah pengalaman tu.. bila saya dapat pegi oversea.. :(

    ReplyDelete
  16. wah...best tue sis..ade sale lg!hihi..tp sengsara jg tue kan..adeh..

    xpe kan..mahal2 pun..berbaloi2..hihi

    ReplyDelete
  17. MZ
    dalam berita ada gak pasal ribut2 salji.. kat tmpt MZ xde ke
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  18. smp bila die wt sales tu..hehehehe...yela sejuk bangat camner org nk p shopping kn

    ReplyDelete
  19. shopping dr rumah jer la...75%...byk tu..!!! sekali sekala merasa sejuk tahap gaban best gak..!!

    ReplyDelete
  20. pengorbanan yang paling bermakna dalam hidup kan, dapat wat PHD disamping orang tercinta mesti memberikan semanagt yang lebih tinggi, all the best k suzie...

    ReplyDelete
  21. wahh...peluang tak selalu datang kak...!penuh jugak satu kontena barang akak nak bawak balik Malaysia nanti...

    ReplyDelete