Thursday 2 December 2010

me baru tau--pengasas FaceBook tu baru berusia 26 thn, and nilai FB now £32 billion (RM158.1 bilion)

Jadi bilioanir jual laman web


LAMAN web Groupon milik Andrew Mason.


LONDON - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.
Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).

Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.

Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.
Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.

Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). - Agensi

source : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

note : me rasa, kalau kat Msia, Nuffnang punya pengasas ada potensi jd billionaire ni....


15 comments:

  1. wayang kita tgk 'the social network' citer psl founder facebook...:)

    ReplyDelete
  2. hahaha...kaya..kaya...harap-harap nuffnang pun boleh jadi macam tu dengan sokongan blogger...haha

    ReplyDelete
  3. Nama sebenar pengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg. Beliau dilahirkan pada 1984 di New York. Semasa beliau mahu membangunkan website Facebook, beliau hanya la seorang student dari Harvard University. Facebook pada masa itu hanya digunakan oleh kalangan pelajar Harvard untuk berinteraksi antara satu sama lain. Pastu, beliau mula menyebarkan Facebook kepada universiti lain. Universiti yang terawal mendapat penyebaran ni ialah Stanford, Dartmouth, Columbia, Cornell dan Yale. Last-last Facebook telah dibuka kepad orang ramai sehingga la sekarang...^^ skdr info dari achie..yg pasti dia tu ktrunan yahudi laknatullah^^

    ReplyDelete
  4. errm..bestnye kalau jd org kaya yg pemurah....!!

    ReplyDelete
  5. muda2 dah kaya...bestnya laa..

    ReplyDelete
  6. dgn lamanweb jer depa buat duit juta2 dollar.. kita ni buat blog kecik pun payah nak dpt juta2 sen..

    ReplyDelete
  7. betul2... nanti pengasas nuff mungkin akan jd jutawan... hehehe

    ReplyDelete
  8. best gle kan!!!kaya pada usia muda nie..

    ReplyDelete
  9. mmg tingin nk tgk movie ttg mark n fb nih, take positive sidelah kan ;)

    ReplyDelete
  10. dni tak ado FB.. alahai bila tah dni nak wat ni hu

    ReplyDelete
  11. bestnya jadi jutawan.. eh best ke?
    ALL IN ONE

    ReplyDelete