Bekas Permaisuri Agong saman Syed Abdullah, Syed Hussein
03/12/2010 7:47pm
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.
Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.
Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.
Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – Utusan
source : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm
15 comments:
yups yups. mmg patut pun uncle seekers kena saman. byk betul dia aib kan bekas permaisuri. hmmm
waahhh,,,ditemerloh,,tempat saya
hye kak..pestime jejln cni :)
mmg sakit ati bc yg uncle seekers tu tulih -.-
unc seekers mmg tk patut tulis mcm tu, mengaibkan org... :|
hmmm tatau le ape motip angkel ni, tak sabo nk tau kesudahannya
ish..rugii..time wani duk pektikel kat temerloh, kes2 besar camni xde plak..haiyooo...rugi2..
ayu baru jer lepas baca blo uncle seekers tu...aishh...nampaknya dia memang betul2 berani lah dedahkan bukti satu persatu...
kita tgk je lah tindakan selepas ini...
memang patut disaman
pakar paranormal?
rasa lucu jap...
uncle tu mmg dr dulu suka cari publisiti...skang ni kononnya permaisuri tu dok syok kat dia lak...
mmg patut kene saman pon....!!!
erm..mmg ptt pun..die mengaibkan nie..kot ye pun betol kan..perlu ka heboh2 1 dunia?
aten sempat baca 2 hari lepas.. mmg melampau words dia.. xde respect langsung kat baginda.. tak amanah menjaga hal pesakit..
kakyong memang ade baca blog uncle sam seeker ni...
nampak berita ni kat petrol pam... org kat kereta sebelah dok baca paper. jd nampak le headline... huhuuu..
apa2 pun memang tak patut la, rahsia sepatutnya di simpan..
ermm..ade gak ari tu dok baca blog uncle seekers ni masa tgh kecoh isu ni..tp bila baca..mmg rasa uncle seekers ni nak cari publisiti murahan jerk..huhu
uncle seekers = attention seeker!!!
Post a Comment