ternampak and terbaca kat FB..so just nak share..
LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SEHAT
by -Tok Wan on Sunday, October 31, 2010 at 4:30pm
Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.
Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.
Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.
Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.
Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.
Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.--note 1:kalau dpt bunga jugak bersama dgn lafaz maaf, lagilah best hehehhe
note 2: betul kot, kaum Adam sukar melafzkan kata maaf sbb tahap ego yg menjadi lumrah seorg lelaki..me as kaum hawa, masa En Hubby mintak maaf dgn me masa one of hari raya (last few years), me rasa touching giller, rasa nak nangis gitu..
19 comments:
emm..husband me..tak ssh nak mintak Maaf..bile salah..n buat me kecik ati or ape2..die mmg mudah say sorry =)
waa..kdg2 mmg tcing kalo lelaki mtak maaf even kite yg wat salah
memang ase sangat senang hati dan lapang dada bila hubby kt say sorry kan...trus hilang ase marah..huhu
kalau dapat bunga tu, ag ler suka.
kalau saling minta maaf dan berterima kasih ada rasa macam terharu dan kasih sayang makin mekar, kan sis ;)
sorry seems to be the hardest word...hahah lelaki mmg payah nk say sorry kan....
hmm....memang begitu..
husband liza ok jer nak mintak maap kalau dia tau dia salah, tapi kdg2 ada gak ego skit
sometimes lelaki kena ader ego, baru macho..but sometimes, perlu juga minta maaf, baru nampak lelaki penyayang..
kie mmg akn mudah touching klu suami ckp2 bende2 baik nikan,tu yg jantung sehat,hahaha
gd info la akak...
hehehe...
agak2 kalo kita print n bg suami baca, ada perubahan x? :P
Mudah meminta maaf juga boleh menjadikan hati tenang.
tk rmi lelaki yg suka ckp maaf cz ego tp bila die minta maaf kita sebagai isteri sure tk jd marah and trus nangis...huhuhuhu..tp hati pompuan ni lembut
betul lah mamasue rasa...sbb selagi dia tak minta maaf tu,selagi tu lah darah tinggi ni meluap2...sekali sekala klu minta maaf tu, mmg kita pun rasa sayang lg kt dia kan....?
mmg pun... lelaki kan tinggi ngn ego.. tp my husband kalo betoi die sedar salah dier dier mintak maaf. tapi tak selalu la...
sedangkan nabi maafkan ummat
ALL IN ONE
snang jer kan sbnarnye nak pujuk pmpuan ni... llaki kata susah kunun :P pempuan ni kan mcm kerak nasi... keras2 mcm mana pun, bila dh rendam air, lembut jua :D
muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net
hihi..en.bebeh pun cpt je mintak maaf nie kalu die slh la..hihi..=)
btolll btoll... ssh btol nk tgk org lki ni mnt maaf...mahal btol maaf ny
Post a Comment