siyes, me agak tertinggal ketapi dgn berita2 hiburan kat Msia..like artis baru etc
then sajer jer bukak murai.com.my
ternampak citer psl Maher zain--tajuk agak menarik...me pun baca, and now me copy paste lah kat blog me ni, kot2 ada saper nak baca..ada message gak--psl solat etc...
Penyanyi Maher Zain Pernah Jadi Muslim Yang Alpa
KUALA LUMPUR, 6 OKT 2010: Lupakan sebentar halwa telinga anda dengan muzik hip hop dan R&B, mari kita alihkan tumpuan kepada muzik nasyid yang dinyanyikan oleh penyanyi yang berasal dari Lubnan, Maher Zain.
Pasti ada yang tertanya-tanya siapakah penyanyi nasyid ini dan tak kurang juga yang sudah mula menyukai lagu-lagu Maher Zain ini tapi percaya atau tidak namanya sudah popular dan dikenali di beberapa negara Eropah dan Timur Tengah sejak album pertamanya, Thank You Allah laris terjual hampir seluruh negara.
Bagi mempromosikan album pertamanya itu buat peminat-peminat di Malaysia, Maher Zain akan turut mengadakan showcase sulungnya di negara ini. Showcase yang dinamakan sebagai Save the Soul yang dianjurkan oleh rumah perlindungan wanita, Raudatul Sakinah itu bakal berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober 2010.
Showcase yang bakal diadakan itu bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan album sulungnya yang mengandungi 14 buah lagu dakwah, namun ia juga merupakan satu usaha untuk mendapatkan kutipan amal buat penghuni rumah Raudatul Sakinah.
Maher yang ditemui dalam sidang media bersama media di Mega View, Menara Kuala Lumpur semalam berkata, showcase itu diadakan sebagai satu penghargaan buat peminatnya di Malaysia yang selama ini menyokong kehadiran album pertamanya, Thank You Allah. Lebih-lebih lagi selepas mengetahui ianya telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan penduduk di sini.
"Showcase ini merupakan langkah pertama saya untuk dekat dan bertemu dengan peminat di Malaysia sebab itu untuk permulaan ini saya hanya mengadakan konsert kecil-kecilan sahaja. Apa yang boleh saya katakan, showcase sera mini konsert yang diadakan ini hanya merupakan sebuah pemberian kecil buat peminat saya di Malaysia.
"Oleh itu pada showcase yang bakal berlangsung selam 2 hari sahaja ini, saya hanya akan mempersembahkan lapan buah lagu hits dari album saya," katanya yang dibesarkan di Sweden sejak umur lapan tahun lagi.
Menurut Maher Zain lagi, kunjungan pertamanya ke Malaysia ini memang saat yang dinanti-nantikannya serta isterinya .
"Saya sukakan Malaysia. Semua orang-orang di Malasyia juga terlalu baik dengan saya dan Malaysia sebuah negara Islam yang sangat aman.
"Malah, saya juga membawa isteri saya bersama untuk bercuti di Malaysia ini kerana kami dapat rasakan Malaysia sebuah tempat yang cantik dan aman untuk kami kunjungi," katanya yang bakal menghabiskan masa selama dua minggu bersama isterinya di negara ini.
Menyingkap sejarah silam Maher, dia memberitahu album sulungnya ini merupakan satu penghijrahan besar buatnya kerana dia mengakui sebelum ini bukanlah seorang muslim yang patuh pada agama malah sebaliknya.
"Pada tiga tahun yang lalu saya seorang yang ingkar pada tuhan dan terlalu jauh dengan Allah kerana kehidupan saya sebelum ini sangat terpesong dan menjalani kehidupan sosial yang sangat bebas apabila sering mengunjungi kelab malam dan sebagainya.
"Bayangkan disebabkan kealpaan saya itu saya telah lupa untuk membaca surah Al-Fatihah. Sehinggalah ketika saya berkunjung ke New York, tiba-tiba saya rasakan hidup saya kosong dan saya mula sedar dan insaf. Saya berpeluang berubah dan mencari rakan baru yang gemar bersembahyang dan pergi ke Masjid.
"Dalam masa yang sama,saya tetap tidak boleh tinggalkan minta saya pada muzik dan saya telah gunakan muzik sebagai salah satu medium untuk menyampaikan mesej-mesej berguna kepada orang lain supaya tidak terpesong seperti mana yang pernah saya alami sebelum ini," katanya dengan penuh keinsafan.
Sementara itu menurut pengerusi rumah Raudatul Sakinah tujuan utama dia membawa penyanyi Lubnan itu adalah untuk berkempen dan berdakwah supaya setiap orang dapat menyelamatkan satu nyawa anak-anak yang tidak bersalah.
"Sekarang ini semakin meningkat kes pembuangan dan pembunuhan bayi di kalangan remaja. Kami tidak mahu perkara ini terus berlaku. Rumah Raudatul Sakinah sebuah tempat di mana bayi-bayi ini dapat diselamatkan.
"Rumah perlindungan wanita ini bukan untuk kami menyokong remaja perempuan yang sudah terlanjur malah hanya untuk membimbing dan melindungi bayi yang tidak bersalah.
"Saya harap dengan kempen Save the Soul yang kami bawa bersama penyanyi dakwah Maher Zain ini mesej-mesej berguna dapat disampaikan dan sekaligus mengurangkan kes pembuangan bayi di Malaysia,"tegasnya.
Showcae Save the Soulini juga telah mengundang beberapa penyanyi tempatan seperti Aishah dan kumpulan nasyid inteam untuk sama-sama berdakwah serta menjalankan kempen Save the Soul.
note : bagus message dakwah ni kan...sbb hiburan yg tidak melalaikan mampu menarik minat semua golongan...lebih2 lg muda belia
22 comments:
lagu2 die mmg best!
plg suke barakallah~
adik2 kat rumah pon asyik repeat lagu maher zain kt playlist pc
zura pun tau lagu ni n kewujudan dia 5 6 bulan lepas coz my youg sis dedicated lagu dier kat zura..=)
sedap2...
ohh..me sangat menggilai lagu2 nyaa!sangat menyentuh hati!!!
sis try la dengar!! lagu open your eyes..for rest of my life!!
saya amat minat dengar lagunya...lagunya banyak memberi pengajaran dan dakwah...
sangat suka ngan lagu2 dia bez
sya baru je tau siapa maher zain...ketinggalan zaman
memang layan la lagu die...
:)
ooo tidakkk angah suka lagu dia layan tueeee
best lagu open your eyes ...
cuber dgr ..@ my blog pun ada ...:P
lagu dia laa sis..sodappp.. malaysia kan kekurangan artis2 nasyid y nk nyanyi nasyid omputeh ni..so, bila dia tiba muncul, ngan ensemnye..popular la..
Tp lagu2 dia mmg besh laa, layannn je dengar..
memang dia macam satu fenomena kat malaysia skang nie. tapi of koz, i KETINGGALAN...... he he..... seldom listen to the radio kot....
i pun suzz tak kenal dia...tu la last week dia buat konsert rasanya..stu I beria beli tix m20 rasanya...duk sibuk ajak...i ckp "mdm tak layan konsert2"..lps tu diaorg ckp maher zain mdm..I balas "saper" tu"...ngeh...teruk gila i kena kutuk "tu la tahu lagu lady gaga ajer...ngeh ngeh
RECOMMENDED Mama Zharfan!!Me can saya no.1 fan MZ(saya mcm Mama Zharfan pulak)hihi
Hits MZ-"InsyAllah"
sume best la lagu MZ ni
For The Rest Of My Life..menusuk kalbu :)
Lirik semua rase MZ yg cipta sendiri,somethin that form his heart ..that's y it touches so many heart now!
ni n3 me fasal MZ
http://pia-pinkylita.blogspot.com/2010/10/maher-zain-maherzain-maher-zain.html
Kat blog me,me ade post some of his songs lyric
tu ar lagu2 dia best woo... cuba try test layan.. sure mendamaikan....
kita pn baru dpt pendedahan pasal maher zain ni..hahha ketinggalan jgk:D
ooo.. baru tau saper... ketinggalan rupanyer...
saya jumpa lagu dia kat satu blog hari tu masa tengah jalan-jalan...terus terpikat...memang menarik lagu dia...tapi sayang tak dapat nak pergi concert dia...
saya jumpa lagu dia kat satu blog hari tu masa tengah jalan-jalan...terus terpikat...memang menarik lagu dia...tapi sayang tak dapat nak pergi concert dia...
lagu2 dia mmg best dan menyedarkan, suka sgt dengar
semoga beliau akan terus berjuang brdakwah dengan menggunakan wadah yang berkesan, mmg dekat dengan jiwa lagu2 dia...ramai teman awe yang suka lagu omputeh suka lagu dia...
mmg sis...lagu2 die mmg best2 nie!menusuk ke kalbu..moga cara die berdakwah melalui lagu nie dpt diterima ramai..hihi..neway kalu xslap tiket die dah abes jual nie!hebat2..
dni dok sukalagu2 dia gak skang ni ehehe ;D
Post a Comment