Monday, 18 October 2010

Isu derma organ--pendapat seorang Ustaz

me ada buat entry psl isu derma organ/organ transplant..entry kat SINI

then bila me baca comments/response utk entry tu, ada yg concern psl isu menyeksa mayat..
so me pun mintak pandangan Ustaz Love, since dia pun a blogger, senang nak minta tanya apa2 kemusykilan..and dia seorg ustaz--berbanding kebanyakan dari kita yg rata2nya org biasa yg tak tau sgt psl dalil2 hukum /hadithe berkaitan. WA

intipati entry me yg lps ialah, berdasarkan majlis fatwa, hukm derma organ adalah HARUS--of course dgn few conditions and tgk situasi jugaklah

ni plak pendapat peribadi ustaz love--me copy paste dari comment ustaz love kat entry me jugak

Salam...

Terima kasih mama kerana menjemput Ustaz Love memberikan sedikit komen berkenaan isu ni...

Secara kasarnya, fatwa majlis fatwa kebangsaan itu yang sepatutnya kita terima.. kerana para mufti di dalam mesyuarat fatwa itu bukanlah mengeluarkan fatwa sambil bergurau dsb... sebaliknya mengambil kira banyak faktor (dalam kebanyakan keadaan berkaitan fatwa perubatan, para doktor pakar sendiri dipanggil untuk memberikan penjelasan sebelum sesuatu hukum diputuskan dan digazetkan)..

cuma, isu ini merupakan isu yg khilaf di kalangan ulamak. kalau nak cerita memang panjang. cuma adab kita dalam perkara2 ikhtilaf ini adalah menggunakan satu kaedah "al-khuruj minal khilaf mustahab" (keluar daripada khilaf itu adalah suatu yg terpuji)..

maknanya, jika ada dua pendapat yg kuat... satu mengatakan harus, satu lagi mengatakan haram.. maka yg lebih selamat kita berpegang pada haramnya... sbb dgn berpegang pada hukumnya haram, maka kita dapat sekaligus meraikan kedua2 pendapat (sbb pendapat yg satu lagi setakat harus.. nak buat ke, tak buat ke.. takde masalah)..

pegangan Ustaz Love dalam hal derma organ ini... menghormati keputusan majlis fatwa berkaitan keharusannya.. tetapi Ustaz Love tidak bersedia untuk melakukannya ;)


berkaitan soalan mama "adakah menyeksa mayat"? hehe..

Ustaz Love tak dapat nak jawab berdasarkan pengalaman.. sbb Ustaz Love belum pernah menjadi mayat.. cuma ada beberapa hadis yg menerangkan bahawa mayat juga boleh merasai apa yg dilakukan ke atasnya sama mcm ketika beliau masih hidup..

“Memecahkan tulang mayat itu sama dengan memecahkan tulang orang yang hidup.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban)

Malah kita juga dianjurkan untuk berlemah lembut ketika menguruskan jenazah kerana jenazah itu merasai kesakitan sama juga jika perkara itu dilakukan semasa beliau masih hidup..

Kalaulah memandikan jenazah pun perlu dilakukan dgn lemah lembut, bagaimanakah keadaannya jika mata dikorek atau dada ditebuk dsb...

WA


note : terpulang pada kesanggupan, pendirian masing2 sama ada bersedia atau tidak utk menjadi penderma organ ie bila kita semua dh tak ada kat alam ini--sbb kesanggupan mesti dilakukan semasa masih hidup, organ transplant pulak hanya akan dilakukan bila individu tu dh meninggal dunia. yg penting hukumnya HARUS. 
wallahu a'lam

12 comments:

eima said...

aku ??
tatau la ... bkn penah terpk ...
yg pasti aku takut wlupun dah mati...
kuarge aku ??
tatau diorg setuju tk ....

shahrilhakime said...

awok peghonah (pernah) sentuh bende ni dalam entri awok bertagikh 11 Oktober 2010 yang lepaih....

link nye kat sini Derma Organ

mama affan said...

betul la tu..terpulang pada individu..masing2 ada pendirian dan sbb musababnya..

Liz said...

benda ni dah diperjelas oleh Majlis Fatwa, terpulang pada kita nak ikut atau rasa was-was.

for me, I don't mind. dah pledged sejak tahun 2006. at first, family bantah. tp lps dah jelaskan dgn terang, diorg pun x ckp ape.

lg pun, x semua pengikrar boleh menderma organ. bukan dah mati, terus diorg keluarkan semua organ kita. hanya 'brain-dead' case je yg layak. dan bila kita pledge, bkn semua organ boleh dikeluarkan. hanya organ yg kita setuju sahaja.

Syida said...

masih banyak yang perlu dipelajari sebelum org lain mengorek diri kita...sanggup ke tak?...hmmmm

lady-D said...

so, kalo nak derma lepas meninggal kene bius gak la kan..procedure tu kene sm gak la kan walaupun dh meninggal..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tue la...
ade family xnak kan...
so pikir sendiri...

Najwa said...

WA jg sis.. tp ada sorng uncle saya, dh daftar utk dermakan organ2 dia after dia mninggal. tp fikir2 jg, derma ni pun kira as sedekah kan.. mana tau dpt selamatkan nyawa mereka yg memerlukan. since hukumnya pn bukan haram... :) nic articles sis ;)

muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

cikpia said...

dah macam nie, me nak pi daftar penderma...... kalau waktu idop kita bley tahan sakit, apa salah sakit time mati jika bley membantu nyawa lain......

tiefazatie said...

erm..nice n3 sis...terpulang pd diri masing2 la kan..

ardinihumaira said...

InsyaAllah dni akan menderma :)

nur said...

tq to mz n ustazlove atas penerangan ni. in the end bergantung pada diri sendiri
ALL IN ONE

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails