Monday 11 October 2010

I admire kegigihan arwah Dato' Sosilawati : Kisah Sosilawati difilemkan

semlm me baca kat Utusan Online psl filem berkenan kisah hidup Dato Sosilawati..
siyes, me memang admire dgn kejayaan beliau, sbb kat Msia ni boleh bilang dgn jari ajer successful bisneswoman bumiputra yg berjaya like her..


ni me copy paste from Utusan Online :


KUALA LUMPUR 9 Okt. - Pengarah filem, Dr. Mahadi J Murat akan menerbitkan filem cereka berjudul "Sosilawati, Cerita Seorang Wanita" dipadankan daripada kisah hidup jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh pada Ogos lalu.

Filem yang mengisahkan kegigihan perjuangan seorang wanita dalam mengharungi cabaran hidup ini yang juga membawa tema "cinta, benci dan tragedi" itu, menggandingkan pelakon-pelakon popular pujaan ramai.
Anak sulung Allahyarham, Erni Dekritawati Yuliana Borhan, 25, mengesahkan persetujuan telah dicapai antara pihaknya dengan Mahadi mengenai perkara itu.
"Saya dan adik-adik yang lain bersetuju dengan idea penerbitan filem ini oleh Mahadi selagi ia berkisar kepada perkara positif.

"Barangkali melalui penghasilan filem ini, boleh menjadi iktibar dan tauladan kepada masyarakat akan perjuangan Allahyarham ibu kami," kata Rita kepada Mingguan Malaysia.

Menurutnya, perjuangan Allahyarham ibunya sebagai anak orang susah, tetapi dengan kerja keras, usaha bersungguh-sungguh akhirnya telah berjaya merubah kehidupannya.
"Ini kisah menarik yang perlu dikongsi dengan masyarakat," tegas Rita lagi.

Difahamkan, Mahadi yang juga Timbalan Dekan (Akademik dan Penyelidikan) Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM kini sedang dalam peringkat akhir menyiapkan skrip filem berkenaan yang dijangka menjalankan penggambaran di lokasi utama di Kuala Lumpur, Johor dan Selangor.

Mahadi juga memilih London dan Bandung sebagai lokasi penggambaran filem tersebut.
Menurut Rita, majlis pengumuman pelakon akan dibuat tidak lama lagi dan penggambaran dijangka bermula Disember depan.

Mahadi ialah pemenang Anugerah Pengarah Terbaik dan Penulis Skrip Terbaik Festival Filem Malaysia ke 12. Filem arahannya Sayang Salmah pernah menerima anugerah Best For Humanity di Festival Filem Dunia di Kuala Lumpur yang bertemakan keamanan sejagat pada tahun 2004.

note : moga2 filem ini akan dpt sambutan--kat Msia ni kalau filem tema heavy jarang nak berjayadpt kutipan yg tinggi...

14 comments:

  1. betul2 i agree, memang kagum tengok arwah.. dia antara yang terawal dalam perniagaan kosmetik rasanya kan..

    ReplyDelete
  2. ifa pun sama gak!arwah mmg seorg yg sgt2 cekal kan menghadapi kehidupan die..n die berjaya!alhamdullilah..walapun bkn lama..sedih ble teringat kes arwah nie..

    ReplyDelete
  3. waa baru tau ni..haahaaha:p hmmm mmg heavy tp kalu pengarah tu pndai nk live kan story tu..sure rmai yg suka..

    ReplyDelete
  4. me pun suka sbb slain berjaya.. dia x kedekut nk wat charity n menderma n membantu org2 susah... thats why org kampung dia sgt syg kat dia <3

    muchas luvas,
    Wawa~* SecretWhisper.net

    ReplyDelete
  5. kat malaysia ni kalo kuar citer cinta, ada peluk2 sket, berkemban sket, laku la tiket, penuh la panggung....... kalau citer2 macam nie jadik cam citer patriotik la, tadak sambutan.....

    tapi harap2 untuk kali nie tanggapan ku meleset...... =)

    ReplyDelete
  6. harap2 org lebih appreciate cerita mcm ni drp cerita tipikal & lawak bodoh :P

    ReplyDelete
  7. msti best cite ni kan nnti..

    me still rasa sedih dgn kematian ni, mghrpkan suatu yg magik akn trjadi..tp dah tertulis semuanya kan..

    al-fatihah utk sosilawati..hermmmm

    ReplyDelete
  8. yup- ketabahannya.. lebih kurang je dgn pengasas ST kan

    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  9. sedih btl kalu baca tentang arwah ni..
    dia sangat tabah hadapi cabaran dlm hdp dia hingga menjadi seorang yang berjaya..

    ReplyDelete
  10. rita personally i knew her..dia mmg xsombong..nice person..xbelagak sekali wlopon dia kaya&mewah

    ReplyDelete
  11. mmg admire kegigihan dia hingga berjaya..

    ReplyDelete
  12. wah cepatnya depa dah dpt idea utk difilemkan.. tp filem mcm ni memang bagus kan...

    ReplyDelete