Saturday, 25 September 2010

kecuaian yg membawa kepada kematian...me baca pun rasa nak marah gak

even cuma segelintir doktor2 yg cuai, tp sbb ia melibatkan nyawa, so cuai tak kira sikit byk boleh menyebabkan kematian...sedih me baca kat Utusan Online, psl sorang perempuan ni, bersalin caeser kat HUSM kubang kerian, then doktor teringgal kapas dlm rahimnya...last2 meninggal lepas operate dua kali slps operate caeser tu..org sihat pun kalau operate sampai 3 kali maunya boleh mati..ni kan plak baru lepas bersalin..

tak leh imagine kalau me jd keluarga perempuan tu...ajal maut di tgn Tuhan, tp penyebab kematian tu adalah kecuaian, of course lah rasa regret and nak marah..

kat Msia, susah nak menang kalau sue govt bodies or govt staff--which includes doctors..even terang2an kes cuai pun..kalau kat US or kat negara2 barat...boleh menang gak sue dlm kes2 kecuaian ni..

different people different experience-- me & family memang ada bad experience dgn hospital kerajaan ni--bukan semua yer..yg me ckp ni ialah specifically HKB, masa arwah ayah me koma dulu...sbb nurse2 wad tu sgt tidak beretika+kurang ajar..panjang ceritanya..nak ingat balik pun buat sakit hati ajer..
hospital kerajaan ada jer yg OK, like hosp selayang (me pernah warded kat situ pun masa preggy Zharfan)..ok jer...

me &family memang seboleh mungkin takkan admit ke HKB--cukuplah hanya sekali pengalaman ngeri kat situ ...

anyway, ni citer yg me baca kat Utusan Online tu.

Suami dakwa isteri mati kerana hospital cuai

KOTA BHARU 23 Sept. – Seorang Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini mendakwa kecuaian kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dekat sini telah menyebabkan isterinya meninggal dunia selepas menjalani pembedahan untuk bersalin pada 17 Ogos lalu.

Musa Abdul Kadir, 44, berkata, arwah isterinya, Aumil Khairri Abd. Razak, 44, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi kelmarin selepas koma dua minggu di hospital berkenaan sementara bayi lelakinya seberat 2.3 kilogram kini berada dalam keadaan sihat.

Menurutnya, kecuaian pihak HUSM semasa melakukan pembedahan awal telah menyebabkan beberapa keping kain kapas atau ‘pack’ tertinggal di dalam rahim arwah isterinya itu.

Dakwanya, kain kapas itu dikesan seorang doktor yang membuat ujian sinar-X ke atas isterinya selepas arwah mengadu sakit teramat sangat selepas tiga jam bersalin anak keempat mereka melalui pembedahan.
“Saya diberitahu oleh doktor ada objek yang tertinggal di dalam perut isteri saya dan doktor meminta kebenaran untuk melakukan pembedahan kali kedua pada 22 Ogos lalu kira-kira pukul 2 petang.

“Ketika pembedahan dilakukan, doktor berjaya mengeluarkan dua keping kain kapas yang tertinggal di sebelah kiri dan kanan rahim isteri saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Musa mendakwa, selepas itu isterinya dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana mengalami masalah di dalam perut.

Dakwanya, pada 25 Ogos lalu, keadaan arwah isterinya menjadi tidak menentu sehingga menyebabkannya meracau, mengamuk dan demam teruk sehingga doktor terpaksa memberinya ubat tahan sakit.
Katanya, sejak itu arwah isterinya terus koma dan terpaksa makan dan minum menggunakan tiub sementara perutnya pula semakin membesar.

“Pada 7 September kira-kira pukul 9 malam, doktor sekali lagi meminta kebenaran saya untuk membuat pembedahan kali ketiga yang memakan masa selama kira-kira sembilan jam kerana difahamkan ada jangkitan kuman akibat pembedahan kali kedua,” dakwanya.

Menurut Musa, apa yang mengejutkan apabila doktor memberitahu berlaku lima kebocoran pada usus arwah isterinya, menyebabkan dua daripada ususnya dijahit sementara tiga pula terpaksa dibuang kerana ada yang terputus dan melekat pada rahim.

“Ada tiga usus lagi berdarah dan keadaannya bertambah kritikal dan kira-kira pukul 8 pagi pada 21 September lalu, isteri saya disahkan meninggal dunia,” ujarnya.

Dakwanya, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak hospital mengenai kejadian yang menimpa arwah isterinya, tetapi mereka enggan memberi kerjasama.

Berikutan itu, Musa telah membuat laporan di balai polis Kubang Kerian kira-kira pukul 6.44 petang semalam berhubung kejadian yang menimpa isterinya.


18 comments:

Shiqa Nawar said...

huhu risau kan.. mcm x selamat je..

Wan Amira said...

i setuju, hospital selayang change my perception on government hospital, layanan dia memang class, dulu i ade bad experience jugak dekat HKL mase arwah atok i sakit dulu.. sebab tu bile pikir balik, setengah orang sanggup berhabis pergi private hospital sebab dapat layanan up sket

missrivebell mumun said...

takziah kepada keluarga mangsa..
Iya betul.. Mumun pun berpendapat kalau ada duit lebih tu pergi la ke hospital swasta for better medication.. tapi xsemua yg swasta tu bagus so, pandai2 lah pilih..

AyuArjuna BiGoshh said...

kesian sebab menderita sakit kerana kecuaian dari orang yang kita harapkan...takziah..mode sedey lepas baca kisah ni

cikpia said...

astaghfirullah............... teruk nya....... takut!!

takziah buat keluarga mangsa......

Nur Hawa Mohd Zin said...

MasyaAllah...benda-benda macam ni buatkan ramai orang takot dan tak yakin pada kepakaran doktor dan hospital..

Sha@Mama TinaAzra said...

kdg2 takut la dgn menda2 mcm ni...kecuaian org2 lain ni..ibu lepas bersalin meninggal la..baby 3 bulan tercekik susu kat rumah pengasuh la.. alahai...

Unknown said...

ni not the 1st time jadi. Still ada yang berlaku. The staff should always have a checklist of all the things they put in and patut dah kira balik before sewing the patient up. At least mesti ada 3 people or 4 in the OT. Seorang pun tak ingat nak recount all apparatus and appliances? Heran.. Wondering what they were doing masa tu..

Unknown said...

kesiannye kat wanita 2 kan?
mmg xdnafikn certain hosp gov mmg begitu..tp mungkin xsume..tapi kerna nilai setitik rosk susu sebelanga,kan?

da byk sbenrnya bnd2 gni terjd!!

suzie rahman said...

biasa klu berlaku bnda cuai sbb bnda tu brg free.tp per pon mnta diekakkan..hurm takt nya klu terkna.

ardinihumaira said...

;( dni takut sangat kes2 kecuaian ni. hu

Nur Sakinah Ahmad said...

siannya..gerun lak baca (terbayang kalo diri sendiri yg jd mangsa)..
kwn sy pernah bersalin normal kt situ..doktor yg sambut dia bersalin boleh plak tersilap jahit! adehhh!!!

Umialya said...

kes ni berlaku di HUSM bukan hosp. gov..

Pelik gak, cam ner boleh tertinggal sbb kebiasaan kt OT, kesemua peralatan dan keperluan spt kapas dikira ngan teliti sblm dan slps prosedur..

moga selepas ini perkara sebegini x berlaku lg. Amin

Unknown said...

adeyyy ngerinya.. kesiannya.. terseksa... semoga keluarganya tabah... byk kes mcm ni (kecuaian doktor yg membawa mudarat/kematian), tp kat mesia ni selalu jer cepat sejuk...

sal ya said...

alhamdulillah... selama bersalinkan si kecik dua org kat govt... semua ok. doc and nurses pun okay. masuk sebab kuning pun layanan ok...

tapi memang ada jugak govt hosp yang pekerjanya tak beretika.

kita harapkan dia... dia buat sambil lewa pulak. huh!

Cute MuM said...

takziah pada keluarga mangsa...

alhamdulillah me selamat bersalin kat Hospital Serdang... Staff nurse ada yang baik n yang kurang mesra... tp bersyukur semuanya selamat..

Effi Rahmat said...

sedaynya.. kalau terjadi pada keluarga terdekat... moga dijauhkan...

aanie said...

takutnya baca cite ni....gov hosp ni ada yg ok dan ada yg x ok....sy pun penah kena yg x ok...mmg sakit hati...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails