jelas dan terang cara penyampaiannya...
me suka& tertarik sbb entry kat blog Ustaz ni santai tp penuh mesej :) kiranya dakwah secara berhikmah :) sudi2kan jd follower Ustaz Love yer :) santapan minda pun nak kena ada gak..selain having fun in blogging & contest-montest
Isu Halal : Ayam Sembelihan Mesin
Salam...
Entry kali ini merupakan rentetan daripada pertanyaan seorang blogger berkaitan isu halal... Oleh kerana isu halal ini merupakan isu yang sangat sensitif... dan mempunyai banyak bab dan isu di dalamnya, maka Ustaz Love bercadang untuk menulis entry berkaitan isu halal ini secara berkala... mungkin seminggu sekali atau seminggu 5 kali ke... bergantung pada isu yang ditanya...
Logo ni Ustaz Love amik kat blog http://kedahkekl.blogspot.com...
Ustaz Love tak nak pergi secara umum dulu.. sbb Ustaz Love lebih suka menjawab berdasarkan isu yang ditanyakan... kalau Ustaz Love cerita daripada awal, dah jadi mcm kitab plak nanti...
Isu yang ditimbulkan adalah berkaitan KFC Halal di UK (United Kingdom... bukan Ulu Kinta tau) yang mana ayamnya disembelih menggunakan mesin.. dan bukannya menggunakan tangan (maksud Ustaz Love adalah tangan yg menyembelih menggunakan pisau.. bukan karate)...
Yang jadi agak keliru kerana ada 2 pendapat yg bertentangan... ada yang kata boleh (Ustaz Love kata boleh makan) dan ada yg kata tak boleh...
Ustaz Love berpendapat berpandukan kepada hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim "apa yg mengalirkan darah dan disebut nama Allah padanya, maka makanlah ia"... dan terdapatnya pengkhususan larangan iaitu sembelihan menggunakan kuku dan gigi.... manakala Dar al-Ifta' (Mesir) juga mengeluarkan fatwa keharusan sembelihan ayam menggunakan mesin ini asalkan urat yang sepatutnya terpotong itu (urat maurih - saluran makanan... dan urat pernafasan) terpotong habis... juga mesin itu pasti dijaga oleh seseorang untuk menekan butang on off dsb... maka cukup org itu (Muslim atau Ahli Kitab) baca bismillah sekali untuk semua penyembelihan (mungkin mencapai ribuan ekor itu)...
Adapun menurut mufti Brunei, cara sembelihan menggunakan mesin adalah tidak sah...
Pada pandangan Ustaz Love, oleh kerana fatwa itu dikeluarkan oleh autoriti tempatan (UK), maka untuk kita terima sahaja. Sbb kita sendiri bukanlah ahlu an-nadzar (org yg berkemampuan menyelidik) dalam hal ini... Itu pandangan Ustaz Love berdasarkan fatwa...
Jika berdasarkan taqwa, maka eloklah kita sembelih sendiri... sbb dengan cara itu, kita dapat melihat sendiri akan sah tak sahnya sembelihan itu... (even di pasaraya pun, kita cuma dapat tengok ayam tanpa kepala... mungkin juga ayam tu tak sempurna sembelihannya...)
Jika di Malaysia, memang takde masalah sbb mesin bukan digunakan untuk sembelihan.. cuma untuk proses sebelum dan selepas sembelihan.. Sembelihan masih lagi dilakukan oleh tangan2 manusia...
WA
3 comments:
terima kasih berkongsi
erm..info yg bagus sis..tq..=)
can ask somebody handle fasal ni kat UK..Utk lebih yakin
Post a Comment