Friday, 27 August 2010

RM2 = 40 pence..and it's a not a gimmick rupanya...balik Msia nanti me nak terjahlah...

me dh baca psl restoran mkn harga RM2 tu kat few blogs..and all this while, me ingatkan gimmick jer...

then td me baca kat Utusan Malaysia Online...apparently betul rupanya..just pay RM2 for nasi,  lauk, sayur, minuman..just tunjuk IC masa nak bayar to prove rakyat Msia...

so me excited nak try ler...restoran tu kat Shah Alam ajer :) uolls ada ker yg dh try??

ni me copy paste from Utusan Malaysia..

Berbuka puasa dengan RM2


Restoran Malaysia Negara Ku yang tampil dengan konsep unik.


PERTAMA kali mendengar harga yang dikenakan untuk setiap sajian, pengunjung pasti akan terkejut dan bertanya sekali lagi benarkah cuma RM2?
Makin sukar dipercayai apabila pada harga serendah itu setiap sajian lengkap mengandungi nasi putih dengan tiga jenis lauk berserta pencuci mulut dan minuman.
Itulah yang ditawarkan di Restoran Malaysia Negara Ku yang terletak di Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Memulakan operasinya pada 1 Ramadan lalu, Restoran Malaysia Negara Ku menawarkan juadah berbuka puasa kepada orang ramai pada harga RM2 setiap hari.

Pengurus Restoran Malaysia Negara Ku Azahar Samat, berkata, restoran itu dimiliki seorang ahli perniagaan, Datuk Zainal Abidin Awang Kechik, yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam industri makanan dan memiliki lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.
Menceritakan idea penubuhannya, Azahar memberitahu, konsep berkenaan yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia adalah lebih sekadar tempat makan. Semua pelanggan akan dilayan secara sama rata.
"Restoran ini dibuka bagi membolehkan semua orang tidak kira bangsa dan kedudukan ekonomi bersama-sama menjamu selera.

"Kami juga sebenarnya bukan ingin mencari keuntungan besar, kerana kalau diikutkan kami tidak mendapat keuntungan pun. Tetapi niat kami lebih kepada membantu masyarakat yang susah.
"Di sini, orang ramai tidak dibenarkan menempah awal kerana kami ingin bersikap adil. Kami turut menggunakan bangku panjang untuk tempat duduk pelanggan supaya ketika makan, pelanggan akan bergaul dan tidak hanya duduk secara berkumpulan," katanya.

Menurut Azahar, setiap hari restoran berkenaan akan menyediakan juadah berbuka puasa berbeza meliputi nasi putih, satu sajian utama seperti ayam, ikan, daging, ketam atau sotong.
Juadah itu, katanya, dilengkapkan dengan sayur atau telur goreng, salad dan minuman.
Pada masa sama ujarnya, bersesuaian namanya, dekorasi restoran diterapkan dengan ciri-ciri budaya tempatan bagi mendidik orang ramai menghargai negara dan memupuk perasaan cinta menjadi warganegara Malaysia serta menanam semangat patriotik.

Azahar berkata, pelanggan diwajibkan menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka warganegara Malaysia untuk mendapatkan tawaran harga RM2.
Manakala bagi warganegara Malaysia yang tidak membawa kad pengenalan atau warganegara luar, mereka kena bayar RM6.

Satu lagi perkara menarik mengenai restoran ini ialah konsep pelanggan melayan diri ketika mengambil makanan dan membasuh pinggan sendiri selepas menjamu selera.

Ketika ditanya perancangan pada masa depan restoran itu, Azahar berkata, pemiliknya merancang untuk menambah jumlah cawangan.
"Ini adalah cawangan pertama kami, dan insya-Allah kami merancang untuk membuka 220 cawangan restoran Malaysia Negara Ku di seluruh negara dalam tempoh beberapa tahun.
"Perniagaan kami juga akan diteruskan selepas Ramadan dan kemungkinan selepas ini kami akan menambah jenis menu seperti mi.
"Walau apa pun jenis menu tambahan, kami tetap akan mengekalkan harga RM2 kerana nilai itu juga adalah keistimewaan kami," ujarnya.

4 comments:

niny said...

ohh... i have read bout this article bfore. mmg best kan dpt mkn RM2 je sdgkan restoran kat bndr besar tu. insya-Allah will go there once i have chance. hehhe.

Wan Amira said...

sure penuh restoren ni,

Sheherazade said...

thanks MZ,me xtau pon hihi

Oyis said...

smg bertambah berkat perniagaan tuan kedai nih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails