Wednesday, 21 July 2010

Kes Samun, Culik dan Hampir nak kena bunuh

I feel obliged to share an email that I received in my inbox this morning...

"Subject: Berita dari TNBD Seri Manjung
Nama                     : MOHD HAPIZAL BIN SHAMSUL BAHARI
No Staff                  : 10088408
Jawatan                  : TT 05
Tempat Bertugas     : TNBD SERI MANJUNG


13.07.2010 lebih kurang jam 2300 mangsa bersama teman wanitanya melalui jalan Ipoh Lumut berhampiran pasar malam Kg Aceh telah dilanggar oleh sebuah motorsikal di bahagian belakang kereta.

Mangsa berhenti dan keluar dari kereta melihat seorang India dan berbincang mengenai perlanggaran tersebut.

Dalam pada masa sama seramai 3 orang berbangsa India datang berkerumun keluar dari kawasan semak.

Tiba tiba mangsa terasa diketuk di kepala dan merasai kepala berdarah..dipercaya i menggunakan parang.Mansa juga telah di tetak di peha kiri.

Mangsa bersama teman wanitanya dibelasah dan dihumban kedalam kereta seorang di depan seoarang di belakang.Teman wanitanya di pijak oleh seorang penyamun tersebut sambil kawan penyamun memandu kereta .Yang selebihnya menaiki motosikal.

Mangsa berkeadaan berdarah di kepala dan peha kiri sempat memaut kepala penyamun yang memandu kereta kerana si penyamun tidak melepaskan brek tangan kereta tersebut. ( Toyota Wish ) Kawan penyamun dibelakang cuba melepaskan tangan mangsa dari memaut kepala kawanya dan teman wanita mangsa mengambil kesempatan membuka pintu kereta untuk meminta bantua dalam keadaan kereta bergerak perlahan.

Sebuah lori telah berhenti dan memberi bantuan kepada mangsa.Pemandu lori dan kelindannya berbangsa melayu dapat menahan salah seorang penyamun tersebut dan membelasahnya sehingga 2 jari kanan penyamun patah.Yang lain dapat melarikan diri masuk kedalam semak berhampiran arah ke Kg Aceh.Mangsa dan teman wanitanya dibantu oleh orang ramai membawa ke hospital Manjung.Mangsa ditahan di wad 6 dan menerima 16 jahitan luar dan dalam di kepala serta 14 jahitan di peha kiri manakala teman wanitanya sebagai pesakit luar.

Mangsa dan teman wanitanya telah membuat laporan polis.Seorang penyamun telah di tahan dan bakinya dalam siasatan polis.Penyamun dipercayai dari Pantai Remis mengikut pengenalan dan rekod.

Mengikut laporan …jika mangsa tidak melawan berkemungkinan besar kes ini menjadi kes samun,culik dan bunuh
Kata pegawai polis yang mengambil kes ini.

Moral : Dari cerita ini dapatlah kita mengambil iktibar dan berhati hati jika kita terlibat dalam perlanggaran seperti ini …jangan berhenti …sebaiknya terus pandu sampai ke  kawasan terang dan ramai atau terus ke balai polis berhampiran."

tu bulat2 me copy paste from the email.


1 comment:

Nur Sakinah Ahmad said...

pernah dengar kes seumpama ini terjadi di Melaka kalo tak silap (seorang bapa dlm perjalanan menghantar anaknya ke uitm melaka). dia pon naik wish gak. dan dia bgtau perompak tu mmg aim keta dia.huhu, gerunnnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails